
Masalah bibir gelap ini sebenarnya boleh menggangu penampilan sesetengah wanita dan membuatkan rasa kurang yakin nak keluar tanpa pakai gincu.
Ada banyak faktor yang menyebabkan bibir gelap, salah satunya salah pilih lipstik. Ya, jika anda tidak ambil peduli tentang bahan yang terkandung dalam lipstik, boleh jadi bibir akan jadi gelap daripada asal.
Bibir Gelap, Jom Rawat
Jangan risau, anda boleh mencuba beberapa petua daripada bahan alami ini untuk mencerahkan semula bibir yang gelap.
Jus Lemon
Jus lemon mampu untuk mencerahkan kulit. Gosok beberapa titik jus yang segar di bibir anda sebelum tidur pada setiap malam. Kemudian cuci dengan air bersih sebaik sahaja anda bangun keesokkan harinya. Jika ingin kesan yang lebih baik, anda juga boleh campurkan jus lemon itu bersama madu.
Biji Buah Delima
Buah delima mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Ia juga mempu mengembalikan warna asal di bahagian bibir anda. Hancurkan biji delima itu dan kemudian campur dengan sedikit susu, jadikan seperti pes. Kemudian gosok pes itu di bahagian bibir antara dua hingga tiga minit.
Ubi Kentang
Ubi kentang mempunyai katekolase iaitu enzim semula jadi yang terkenal untuk mengurangkan bahagian gelap pada kulit dan juga parut. Gosok sepotong ubi kentang di bahagian bibir sebelum tidur. Dan kemudian gunakan air suam untuk mencuci bibir anda sebaik sahaja bangun daripada tidur.
Haa.. dah tahu rahsia nak cantikkan bibir gelap, anda boleh lah cuba amalkan. Apa yang penting, anda guna
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Malas Bersenam Sebab Masalah Baju. Jenama Ini Tawar Outfit Sesuai Dari Saiz XXS Ke XXL!

Malas bersenam sebab masalah baju. Jenama ini tawar outfit sesuai dari saiz XXS ke XXL. Tidak dinafikan bagi mereka yang mempunyai saiz fizikal yang besar agak sukar pastinya berdepan dengan masalah untuk mencari pakaian sukan bersesuaian.
Kebanyakan baju sukan yang dijual di pasaran agak fit dengan saiz badan bagi memberi keselesaan kepada si pemakainya.
Apabila masuk ke mana-mana kedai pakaian dan keperluan sukan tempatan, lambakan jenama serta jenis pakaian sukan cukup banyak.
Artikel Lain: Dua Tahun Disiplin Buat Diet Suku-Suku Separuh, Akhirnya Berjaya Tampil Kurus Di Majlis Kahwin
Tak dinafikan, memilih baju sukan yang sesuai begitu mengelirukan wanita jika dibandingkan memilih pakaian untuk tampil ke majlis makan malam.
Sebelum membuat pembelian, banyak aspek yang perlu diambil kira seperti saiz yang sesuai, material yang digunakan serta kawalan peluh.
Bertambah penting apabila senaman yang dilakukan itu mungkin menyebabkan pengeluaran peluh yang banyak sekaligus mendatangkan kesan bau badan.
Memilih pakaian sukan yang sesuai bukan sekadar tampil yakin ketika bersenam malah pemilihan pakaian sukan yang benar-benar mengikut saiz dan bentuk tubuh ketika bersukan sebenarnya amat penting untuk keselesaan optimum ketika bersenam.
Artikel Lain: Gara-Gara Stres Sampai Muntah & Sesak Nafas. Elfira Loy Akhirnya Serah Diri Ke Hospital
Baru-baru ini, jenama sukan Singapura butter. memperkenalkan pakaian aktif yang direka khusus buat saiz badan wanita Asia. Terkenal dengan fabrik sutera lembut dan licin bergaya, butter. disesuaikan untuk pergerakan berbeza yang menyasarkan satu siri gaya hidup serba boleh.
Tidak seperti activewear lain, butter. sangat mewah dan bergaya menampilkan dua fabrik iaitu BaseCore™, direka untuk aktiviti intensiti tinggi, dan BaseFlex™ yang memenuhi keperluan aktiviti intensiti rendah.
Memperkenalkan barisan bra dan seluar, direka untuk menyokong aktiviti wanita Asia dengan selesa, baik ketika masa lapang dan aktiviti berintensiti tinggi dan rendah sambil kelihatan bergaya pada masa yang sama.
Untuk meraikan pelancaran di Malaysia, butter. telah bekerjasama dengan Journey mengeluarkan koleksi edisi terhad yang akan dijual secara eksklusif di Journey Indoor Cycling Studio.
Koleksi ini terdiri daripada produk BaseCore™ seperti V-Bra dan Classic Leggings dalam warna kuning mentega, butter. memenuhi semua saiz dari XXS hingga XXL.
Nak tukar pakaian sukan yang biasa ke pakaian sukan serba selesa dari butter.? Layari laman web butter.sg. Setiap pembelian akan disertai dengan penghantaran percuma meleibihi RM200 dan pertukaran percuma untuk saiz pada pesanan pertama anda!
Artikel Lain: Diet Biasa Tak Menjadi, Akhirnya Melly Geoslew Pilih Buat Bariatrik. Dah Berusia Mahu Jadi Lebih Sihat!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Panik. Doktor Ini Terangkan Apa Nak Buat Kalau Zip Anak Tersekat Di Kemaluan!

Minggu lalu sepasukan bomba telah berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun yang tersekat kemaluan pada zip seluar selepas keluar dari tandas.
Dengan menggunakan peralatan khas usaha menyelamat ini berjaya dilakukan tanpa sebarang perkara buruk terjadi pada kejadian yang berlaku di Semporna Sabah.
Mengulas perkara ini, seorang Pakar Perubatan Kecemasan Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Ahmad Zakimi Abdullah memberitahu panduan menyelamatkan mangsa yang mengalami situasi begini.
Artikel Lain: Doktor Ini Pesan 3 Bulan Guna Terus Tukar Berus Gigi. Jangan Biar Sampai Kembang!
Cara Atasi Masalah Zip Tersekat Di Kemaluan
“Doktor! Doktor! Tolong murid saya doktor!” Jeritan seorang guru bergegas masuk ke Jabatan Kecemasan.
“Nape ni cikgu?” Tanyaku.
“Tersepit ni! Tersepit!” Cikgu tersebut kelihatan panik.
“Apa yang tersepit ni cikgu? Bertenang… bertenang,” ujarku sambil menenangkan cikgu.
“Bebird… bebird anak murid saya ni tersepit kat zip seluar, doktor.”
“Ohhh. Takpe cikgu. Nanti saya usahakan. Mana mak ayah dia?”
“Ayah dia on the way ke sini, doktor”
Kelihatan murid darjah 1 yang dibawa menangis teresak-esak. Sakit sangat barangkali. Kami tau macamana sakitnya tu. Perempuan apa tau. Ngilu tau.
Begitulah. Banyak juga kes-kes kemaluan khususnya kanak-kanak lelaki tersepit atau tersangkut zip seluar. Biasa kanak-kanak pra-sekolah sehingga darjah 3 ada saja. Dalam tempoh ini mereka belum berkhatan.
Senang tersepit adalah bahagian kulit hujung zakar atau kita panggil ‘preputial skin’. Risiko tersepit pada yang belum khatan berbanding yang sudah berkhatan.
Aku terangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan jika zakar anak-anak tersepit zip seluar;
1. Ibubapa atau guru jangan panik. Tenangkan mangsa.
2. Jangan gunting atau tanggalkan seluar. Minta pertolongan atau bawa ke klinik atau hospital yang berdekatan jika tak pasti atau tak mampu lepaskan zakar yang tersepit.
3. Jika mahu cuba, kalian boleh terus baca kaedah atau teknik dibawah.
Ada beberapa kaedah atau teknik untuk lepaskan zakar tersepit zip jika kalian yakin untuk lakukan. Kalian boleh rujuk gambar kedua untuk tahu anatomi zip.
KAEDAH LEPASKAN SECARA MANUAL
1. Sapukan minyak zaitun atau mineral dengan kadar yang banyak dibahagian kulit zakar dan zip. Biarkan selama 10 minit.
2. Cuba buka zip perlahan-lahan.
3. Jangan cuba membuka zip seluar dengan cara memaksa yang boleh mengakibatkan avulsi atau luka pada kulit.
4. Jika tak berjaya mencuba sila bawa ke Jabatan kecemasan dengan kadar segera.
KAEDAH PEMOTONGAN ‘MEDIAN BAR’
Jika kulit tersepit di antara ‘slider’ dan gigi zip (rujuk gambar ketiga)
1. Potong ‘median bar’ zip dengan pemotong wayar jenis heavy-duty.
2. Plat depan dan belakang zip akan terpisah dan kulit yang terperangkap juga akan terlepas.
Jika kulit zakar tersepit di antara dua gigi zip (rujuk gambar keempat).
1. Potong ‘median bar’ pada ‘slider’ zip.
2. Tarik dua-dua baris gigi secara manual untuk melepaskan kulit yang terperangkap.
Artikel Lain: Doktor Jelaskan Pengalaman Bersalin Hingga Anxiety, Antara Sebab Penyakit Vaginismus Atau Faraj Tertutup
KAEDAH MEMOTONG KAIN SEKELILING GIGI ZIP (rujuk gambar kelima)
Kaedah ini boleh dilakukan jika kulit terperangkap di antara dua gigi zip dan jika tiada pemotong wayar.
1. Gunting kain bahagian memegang zip pada seluar (garis putus-putus panjang seperti dalam gambar).
2. Potong kain di antara gigi yang memerangkap kulit dengan menggunakan gunting kecil (garisan putus-putus kecil seperti dalam gambar).
3. Pisahkan gigi dan bebaskan kulit yang terperangkap.
Di hospital, biasanya kami guna ubat bius (kebas) jenis sapuan dan ada juga bius secara suntikan sebelum prosedur dilakukan.
Jika bahagian kulit zakar tercedera barulah kami akan pertimbangkan untuk khatankan.
Secara dasarnya lebih baik kita pakaikan seluar dalam untuk anak-anak bagi mengelakkan ‘bebird’ tersepit.
Burung adik tersepit, insyaAllah Dr Zek bebaskan ya.
Dr Zek
Artikel Lain: Jaga Portion & Rajin Skipping. Rahsia Pasangan Kembar Ini Dapat Berat Ideal Sebelum Raya!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebab PKP, Ramona Layan Senaman Online. Caranya Jaga Kesihatan & Kecantikan Wajah Di Usia 30-an!

Pernah berdepan dengan masalah wajahnya mengalami bengkak disebabkan alahan kepada makanan.
Namun sebenarnya pelakon Ramona Zamzam seorang yang sangat menjaga kecantikan dirinya.
Malah wanita yang mempunyai nama sebenar Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam ini nampak muda daripada usia sebenar.
Apatah lagi menimang cahayamata dalam usia muda, wanita berusia 31 tahun ini juga akui gelaran sebagai ibu membuatkan dirinya bagai tak cukup masa.
Namun bukan alasan buat wanita kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan isteri kepada Rami Alashkar ini bersikap sambil lewa, malah sangat komited menjaga kesihatan dan kecantikannya.
Dia yang sentiasa ceria tidak lokek berkongsi rahsia kecantikannya ketika ditemubual bersama Majalah Nona.
“Sebenarnya saya tak ada sebarang rahsia kecantikan. Namun, bab jaga kecantikan saya memang rajin menjaga kecantikan daripada skin care, body care dan hair care. Tak boleh tahan jika diri itu rasa comot.
“Saya rajin pergi pusat kecantikan macam untuk facial extraction, penjagaan seperti itu sangat penting sebenarnya.
“Mungkin sebelum kahwin macam tak terasa sangat tapi lepas ada anak kena usaha lebih sikit menjaga kecantikan,” ujar ibu kepada seorang anak perempuan ini.
“Saya rasa effort untuk seorang ibu nak kena rajin tu memang subjektif, walau bagaimana kita kena try jugak. Tapi tengok keadaan, ada jenis orang yang tak cukup masa ada jenis yang terlalu hectic,” katanya.
Menurutnya walaupun jadual kerja sangat padat, tetapi Ramona akan bijak luangkan masa untuk me time dirinya sendiri.
“Saya sendiri yang mempunyai jadual kerja agak hectic tapi dalam masa yang sama saya cuba juga untuk meluangkan masa untuk me time.
“Dari segi saya punya me time tu yang saya guna untuk buat rutin kecantikan yang boleh. Saya buat yang ringkas seperti hair treatment dan sebagainya.
“Tapi dalam semua tu main thing untuk jaga kecantikan lagi-lagi bila umur dah masuk 30 tahun semestinya senaman.
“Saya memang tak banyak buat benda lain lagi-lagi dalam keadaan kita kena lockdown saya cuba maintain dari segi bersukan. Saya taklah pergi naik basikal, tak pergi gym pun tak boleh.
“Apa yang saya buat, banyak buat senaman class secara online seperti yoga. Asalkan dalam seminggu tiga atau empat kali sahaja akan work out itu pun kira okay sangat dah tu.
“Kalau ikutkan time shooting lagi tak ada masa tapi saya cuba. Bila dah ada anak dia kena ada extra effort dia susah nak cari masa tu tapi kalau kita nak mesti kita boleh cari juga masa tu,” kata Ramona yang berketurunan Thailand di sebelah ibu dan Pakistan di sebelah bapanya.
Dia yang juga Finalis Dewi Remaja 2009/2010 ini sangat peramah dan mudah didekati juga mempunyai keistimewaan apabila boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dengan fasih dan lancar.
Masih aktif dalam dunia seni dan terbaru drama lakonannya dalam Love Elsa baru saja selesai tayangan di Astro Ria.
Artikel Berkaitan:
Sebab Alahan Makanan, 2 Hari Ramona Zamzam Alami Derita Wajah Bengkak Teruk
“Nak Maintain Cantik, Kena Rehat & Tidur Cukup” – Rahsia Hannah Delisha Kekal Anggun Lepas Kahwin!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI