Enam Pilihan Loose Powder Paling Best & Mampu Milik. Boleh Tutup Cela Sepanjang Hari! Pemakaian loose powder dianggap sebagai pelengkap dalam sentuhan terakhir mekap pada wajah.
Ia merupakan bedak tabur bertekstur halus untuk memastikan foundation serta concelaer dipakai kekal terpelihara sepanjang hari. Bukan itu saja, loose powder juga dapat menutup lubang pori agar tidak jelas kelihatan.
Enam Pilihan Loose Powder Paling Best & Mampu Milik
Bagaimanapun, loose powder hanya mengandungi komponen serbuk dan tidak mempunyai pelembap atau SPF.
Sangat sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak atau jerawat setiap kali selesai make up.
Oleh kerana lambakan loose powder dijual secara online atau offline, disenaraikan antara 6 produk terbaik.
1. SILKYGIRL Shine Free Loose Powder
Dirumus khas bagi kulit wanita Asia, SilkyGirl Shine Free Loose Powder ini bertekstur serbuk mikro lembut dan terasa sangat licin apabila bersentuhan dengan kulit. Serbuk ini sesuai buat semua jenis kulit terutama buat si kulit berminyak.
Walaupun harganya yang mampu milik, loose powder serba lengkap ini diperkaya dengan bahan-bahan bermanfaat bagi mengekalkan kelembapan kulit serta bebas peluh selama 4 jam. Pastikan anda menyapu loose powder ini setiap kali selepas mengaplikasikan foundation kerana ia akan membantu menghasilkan kemasan matte yang sempurna.
Ads
2. INNISFREE No Sebum Mineral Powder
No Sebum Mineral Powder dari Innisfree ini dapat mengawal pengeluaran sebum berlebihan atau kesan peluh pada wajah bagi memastikan solekan kekal lebih lama. Diperkaya ekstrak Green Tea, Birch, Rumex serta Crispus agar wajah tidak kelihatan melekit walaupun sedang melakukan aktiviti luar.
Dengan kandungan Vitamin E yang tinggi, bedak loose ini dapat memastikan kesegaran serta kelembapan wajah pada wajah biarpun mengenakan solekan tebal. Kini, anda tidak perlu risau lagi tentang timbulnya kesan cela.
3. MARY KAY Translucent Loose Powder
Translucent Loose Powder khas dari jenama Mary Kay adalah serbuk mesra dan lembut pada kulit menjadikan garis halus, kedutan serta ketidaksempurnaan tidak lagi kelihatan. Ianya tahan lama serta mudah untuk digunakan, memberi hasil kemasan natural atau semula jadi yang menawan.
Ads
Diuji secara klinikal, translucent powder ini sesuai bagi semua jenis kulit termasuk yang paling sensitif. Diformulasi dengan bebas minyak, wangian, serta paraben, ia membantu meneutralkan nada kulit bagi memberi kesan penampilan kulit bebas minyak sepanjang hari.
IN2IT merupakan jenama terkenal dengan harga yang berpatutan. Tidak ketinggalan, jenama ini juga mengeluarkan beberapa jenis loose powder yang mempunyai kelebihan mengikut kesesuaian ramai. Loose powder ini diperkaya dengan vitamin E yang membuatkan kulit wajah menjadi lebih sihat dan berseri.
Tanpa perlu risau loose powder ini sesuai untuk anda atau tidak, kerana tonanya sesuai untuk semua jenis warna kulit. Bagi anda yang beragama islam, isu halal menjadi satu persoalan yang penting. Tanpa perlu risau produk ini telah mendapat kelulusan JAKIM.
Ads
5. Revlon New Complexion Loose Face Powder
Loose powder kebiasaannya mempunyai tekstur ringan dan sesuai bagi anda yang tidak gemarkan heavy makeup. Jadi bagi gadis yang simple, loose powder ini adalah pilihan terbaik. Lagipun ketahanan loose powder dari Revlon ini mampu bertahan hingga 16 jam. Malah mempunyai shining effect yang menjadikan wajah lebih menyerlah.
Walaupun begitu, tekstur powder ini tidak membuatkan liang pori pada wajah anda tersumbat. Bagi anda yang mempunyai masalah kulit sensitif, loose powder ini paling sesuai untuk digunakan. Bebas minyak dan pewangi yang boleh menyebabkan iritasi serta jerawat.
6. Wardah Lightening Matte Loose Powder
Bila pakai loose powder dari Wardah ini, wajah anda tidak kelihatan seperti memakai bedak sebab terdapat kesan matte finishing. Jadi kulit wajah anda kelihatan semulajadi tapi bagi kulit yang berminyak, tekstur kulit menjadi kekal lembab tanpa menyebabkan lebihan minyak pada wajah. Ini kerana produk ini mempunyai bahan yang dapat mengawal penghasilan minyak pada wajah.
Tidak seperti loose powder lain, jenama Wardah mencipta loose powder yang mempunyai UV protection. Kemudian, bahan Estrak Licorice, menjadikan kulit kelihatan lebih cerah, mengurangkan bintik hitam dan membantu membaiki hiperpigmentation pada kulit. Bahana vitamin 3 dan B3 pula mampu mencerahkan, kaya dengan antioksidan yang membantu melindungi kulit dari radikal bebas.
Masker tepung beras ini khas untuk anda yang suka hasil natural beauty, yang kurang gemar mekap boleh cuba.
Perkongsian tip cantik daripada Puan Nurasykin Ali ini dikatakan membantu anda yang mahu kulit halus cantik dan kecilkan pori.
Masker Tepung Beras
Memang super jimat lah pakai produk makanan untuk kulit. Kak ekin terasa rajin pulak nak buat Masker TEPUNG BERAS + KUNYIT + MADU.
Selongkar je barang kat dapur, tak ada istilah ‘Beauty Is Pain’. Kalau korang nak lebih rajin binti lebih jimat cer try pinjam barang dapur kakak ipaq tuu.. confirm no pain!
Bahan-bahan:
1) 2 sudu besar Tepung Beras
2) 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
3) 2 sudu besar madu lebah
4) Sedikit air (bancuhan jangan terlalu cair)
Masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam mangkuk. Lepas tu gaul rata.
3 kombinasi hebat (Tepung beras+kunyit+madu) sangat efektif untuk kecutkan jerawat, kecilkan pori-pori, menghalus, melicin & glowingkan kulit wajah korang! Best sangat!
Tepung beras dan kunyit tu bedal la brand apa asal boleh. Madu tak kisah. Haip! Madu lebah okeh! Jangan silap pilih madu sudah haa..
Nak keluar dah tak payah pakai makeup tebal-tebal. Tanpa mekap pun still nampak fresh je muka tu. Natural giteww…. ni antara cara yang kak ekin amalkan.
Gaul sebati semua bahan. Agak-agak cukup nak tepek kat muka korang. Campurkan sedikit air. Bancuhan jangan terlalu cair. Sapu ke seluruh wajah. Biar selama 20-30 minit.
Waktu nak bilas tu gosok lembut muka korang secara memutar. Dan bilas bersih dengan air sejuk seperti biasa.
Masker ni sesuai untuk menghalus dan mencerahkan kulit, kecilkan pori, kecutkan jerawat dan glowingkan kulit. Cukup dengan 3 kombinasi hebat ni! Even korang jauh 1 km pun dah nampak bercahaya.
Kak ekin buat sebelum nak tidur malam. Tapi jangan pula lupa cuci sebelum lena ya.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan, ramai kini memilih untuk aktiviti berbasikal dalam mengekalkan kecergasan tubuh.
Dilakukan secara berkumpulan atau individu, aktiviti lasak ini memberi manfaat yang sangat baik untuk menjaga kesihatan.
Jika dilakukan secara konsisten berat badan boleh turun dengan cepat dan perut lebih mudah kempis.
Malah mengayuh basikal adalah salah satu cara yang berkesan untuk membakar kalori dan membantu meningkatkan tahap kesihatan serta kekuatan fizikal tanpa perlu menyekat diet harian.
Seperti semua jenis senaman sebelum berkayuh perlu melakukan aktiviti pemanasan badan sekitar 15 minit. Pemanasan badan ini penting untuk elak sebarang kecederaan dan merangsang otot untuk bersedia untuk mengayuh.
Begitu juga selepas mengayuh perlu melakukan aktiviti penyejukan badan seperti melakukan kayuhan ringan sekitar 15 minit bagi membantu merehatkan otot dan badan.
Terdapat tiga jenis basikal yang biasa digunakan dalam aktiviti basikal ini iaitu;
1. Basikal jalanan (road bike)
Basikal jenis ini hanya boleh digunakan di jalan raya. Ia sangat ringan dan mempunyai tayar yang kecil yang direka khusus untuk menyusur di jalan raya. Boleh dikatakan basikal jenis ini berteknologi tinggi kerana sering berubah mengikut peredaran zaman terhadap aerodinamik dan materialnya.
Mungkin itu punca basikal ini mahal harganya. Namun kepuasan menunggang basikal jenis ini apabila berkayuh jarak jauh sekitar 80km hingga 160km.
2. Basikal gunung (mountain bike – MTB)
Basikal jenis ini sesuai untuk kayuhan di atas jalan biasa. Ia adalah basikal pelbagai guna kerana boleh menyusur di laluan lereng bukit, gunung, sungai, jalan hutan dan taman perumahan. Basikal gunung ini terbahagi kepada dua;
i. Hard tail – mempunyai penangguhan (suspension) hanya di bahagian depan (fork) dan tidak di bahagian belakang. Biasanya digunakan untuk memanjat bukit dan offroad yang tidak mencabar.
ii. Soft tail – mempunyai penangguhan (suspension) di bahagian depan (fork) dan belakang. MTB jenis ini biasa digunakan ketika menuruni bukit yang mencabar.
3. Basikal untuk melancong (touring bike)
Basikal jenis ini biasanya digunakan oleh pelancong untuk melawat sesuatu tempat pelancongan. Basikal jenis ini mempunyai ruang untuk meletak beg dan mengayuh dengan santai.
Apabila sudah mula mengayuh cuba pelajari teknik yang betul. Ini kerana teknik yang betul dapat membantu mengurangkan kecederaan dan kayuhan lebih berkesan. Teknik yang salah boleh menyebabkan otot menjadi lenguh dan prestasi menurun.
Gunakan gear yang paling berat dan berkayuh secara agak perlahan sekitar 50 hingga 60 rpm. Keadaan ini akan membuatkan anda menggunakan semua otot untuk mengekalkan corak pusingan kayuhan di samping menggunakan tenaga yang bersesuaian untuk mengekalkannya.
Kemudian cuba kayuhan dengan gear yang ringan dan pusingkan pedal selaju yang mampu (100, 120, 150 rpm) tanpa merasa terlambung-lambung. Ini akan memperbaiki pusingan kayuhan supaya lebih sempurna.
Memilih Basikal Yang Sesuai
Memilih basikal bukan umpama membeli bola di kedai sukan. Pembelian basikal perlu bersesuain dengan penunggan dengan mengambil kira saiz tubuh. Setiap basikal mempunyai saiz yang dikira dalam inci iaitu:
Saiz XS (13inci hingga 14inci)
Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian antara 5 kaki hingga 5 kaki 4 inci.
Saiz S (14inci hingga 16inci)
Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian 5 kaki 4 inci hingga 5 kaki 7 inci.
Saiz M (16inci hingga 18inci)
Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian 5 kaki 7 inci hingga 5 kaki 10 inci.
Saiz L (18inci hingga 20inci)
Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian 5 kaki 10 inci hingga 6 kaki 1 inci.
Saiz XL (20inci hingga 22inci)
Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian lebih dari 6 kaki 1 inci.
Namun ini hanya panduan sahaja kerana bentuk tubuh manusia tidak sama. Apa yang penting sebelum membeli perlu mencuba dengan mengayuh basikal tersebut terlebih dahulu. Berbincang dahulu dengan mereka yang pakar kerana basikal yang tidak sesuai dengan tubuh memudahkan lagi kecederaan.
5 JENIS AKTIVITI MOUNTAIN BIKE
1. Merentas desa (cross country – XC)
2. Enduro/All mountain (AM)
3. Freeride (FR)
4. Downhill (DH)
5. Dirt jump (DJ)/ Urban and Street (DJ)
Ini tip kecilkan liang pori terbuka di wajah, anda yang ada masalah mekap nampak tak smooth patut cuba petua kecantikan ini.
Sebenarnya segala kotoran kesan daripada makeup, udara, dan sebagainya boleh membuatkan pori menjadi besar.
Tip Kecilkan Liang Pori
Jadi jom tengok cara-cara yang dikongsikan oleh Kween Lea untuk merawat masalah kulit liang pori terbuka, barulah lebih yakin nak bersiap.
Clay mask
Clay mask dapat membersihkan pori-pori secara mendalam. Clay ialah benda yang boleh menyerap sebum berlebihan menjadikan mask sebagai rawatan yang berkesan untuk kulit berminyak dan berjerawat.
Chemical exfoliate
Chemical exfoliate membantu untuk refine pores. It contains oil-soluble product acids contohnya macam salicylic acid which break down hard oil developed in the pores.
Moisturizer
Kelembapan kulit sangat crucial. Bila kita lembapkan kulit wajah, it produces less sebum atau oil to compensate for dryness.
Jadi, proses ini boleh prevent pores daripada tersumbat dengan sebum dan kotoran.
Senang kan? Nanti biasakan buat, tau!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!