Pernah ada pengalaman mempunyai berat badan berlebihan dan sepanjang tempoh itu berusaha untuk mendapatkan berat ideal.
Malah bagi bekas penyampai radio Suria FM, Zulin Aziz, 33 tahun ini dia juga sudah lali apabila sering dikutuk gemuk sepanjang tempoh itu.
Tidak duduk berdiam saja, Zulin turut berusaha untuk mendapatkan berat badan ideal terutama sebelum menjelang majlis perkahwinan tidak lama lagi.
Dia yang ditemui ketika majlis pertunangan minggu lalu kelihatan sangat berbeza dengan penampilan sebelum ini. Dia dilihat sangat cantik, bergaya dan anggun mengenakan kurung moden rona cerah.
“Seperti yang semua tahu, saya mempunyai produk pengganti makanan, Dmagia dimana terdapat dietician khas yang akan memantau berat badan saya menjelang hari perkahwinan nanti.
“Tentang isu pernah dikutuk gemuk, sejujurnya saya sudah melupakan semua kecaman itu kerana sudah dua tahun berlalu sejak saya berjaya mendapat berat badan ideal,” ujar Zulin yang mengamalkan diet suku-suku separuh dan perlu mengikut jadual pemakanan disediakan.
Join Aktiviti Muay Thai
Menurut Zulin juga dalam program diet dmagia dilakukan, terdapat jadual pemakanan untuk setiap hari yang dibekalkan.
Ads
“Saya diwajibkan update apa yg dimakan setiap waktu makan. Untuk meal replacement (dmagia) digantikan pada waktu breakfast dan dinner sahaja dengan sebanyak 150 kalori setiap satu sachet.
“Pada waktu lunch, saya amalkan suku suku separuh. Makan lima kali sehari termasuk dua kali snacking. Zulin jugaterlibat dengan seni pertahankan diri, muay thai setiap dua kali seminggu,” katanya yang kini mempunyai berat 55kg berbanding 86 sebelum itu.
Namun menjelang majlis perkahwinannnya nanti, dia menginginkan berat mencecah 50kg. Dalam majlis pertunangan berkenaan diadakan secara tertutup dan sederhana selain dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak di kediaman abang Zulin di Segambut Dalam.
Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, dia dan tunang sepakat memilih untuk melangsungkan pertunangan pada hari ini selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrahhujung tahun lalu.
Doa Diperkenan Di Tanah Suci
Pada majlis berkenaan, Zulin turut menerima dua bentuk cincin (merisik dan bertunang) daripada tunangnya.
Ads
“Alhamdulillah, Farhan melamar saya ketika berada di Madinah. Sebenarnya sudah lama kami merancang, akhirnya Allah memperkenankan doa saya ketika berada di Tanah Suci.
“Majlis pada malam ini juga diadakan serba ringkas. Malah atas permintaan keluarga kami hanya menjemput keluarga terdekat sahaja demi menjaga prosedur operasi standard (SOP),” kata Zulin usai majlis selesai.
Menyingkap kembali momen saat pertama kali mereka berkenalan, kata tunangnya, Farhan Norzaini, dia yang memberanikan diri menghantar mesej kepada Zulin menerusi Instagram (IG) selepas menonton rancangan Melodi di TV3.
“Waktu itu saya sedang menonton rancangan Melodi bersama arwah ibu. Kebetulan ada paparan cerita Zulin tak jadi kahwin. Lepas tu arwah ibu cakap dia rasa kasihan dengan Zulin. Malah tak semena mena, arwah ibu tiba-tiba cakap tak kisah andai Zulin menjadi menantunya.
Ads
“Seterusnya, adik saya yang mendesak supaya mengirimkan mesej langsung kepada Zulin di IG. Saya memberanikan diri dan tak sangka diamembalas mesej. Masa itu saya fikir tak mungkin Zulin membalas mesej itu keranasaya hanya orang biasa di antara jutaan pengikutnya yang lain,” kata Farhan.
Pasangan ini menetapkan tempoh kurang dari sebulan untuk ikatan pertunangan dan merancang untuk berkahwin pada 20 Februari depan.
Patutlah kulit pelakon dan bekas model, Natasha Hudson cukup cantik tanpa sebarang cela, rupanya dia memang jenis suka pakai mask dalam bab penjagaan wajah.
Memang kadang nampak dia bersolek tetapi tidak lah tebal, dan jika tengok dia aktif aktiviti lasak, terus dibawanya muka ‘bogel’.
Natasha yang juga merupakan seorang penulis banyak menulis pelbagai jenis buku yang popular sekitar tahun 2006 dan 2007.
Natasha Hudson Pakai Mask Buat Sendiri Di Sungai, Patutlah Kulitnya Cantik!
Kalau anda mengikuti laman instagram miliknya, dia selalu memuat naik aktiviti hariannya bersama suami. Malah Natasha juga kerap melakukan live di tiktok bagi berkongsi maklumat tentang alam semula jadi dengan peminatnya.
Natasha ada memuat naik satu video yang meraih perhatian daripada orang ramai. Video berkenaan mendapat jumlah tontonan sebanyak 411 ribu dan 18 ribu tanda suka.
Menerusi video berkenaan, kelihatan Natasha sedang membuat clay mask dengan menggunakan batu-batu tertentu dari sungai yang diambilnya di kawasan berhampiran tempat duduknya itu.
Dia menyapu seluruh badan serta mengajarkan cara membuat dan mendapatkan batu tersebut jika sesiapa berkesempatan pergi ke sungai.
Rata-rata netizen kagum dengan cara Natasha yang menggunakan cara Back to Nature dalam kehidupan sehariannya, baik dari segi makanan, produk kecantikkan serta penjagaan alam semulajadi.
Mereka juga berkongsi di ruangan komen, bahawa jika pergi ke sungai pasti mereka buat perkara yang sama iaitu memakai clay mask dari batu atau tanah. Malah ramai netizen memuji dengan cara Natasha menjaga kulit wajahnya. Jimat dan mudah!
Hah, selepas ini kalau anda ada pergi ke sungai, boleh lah cari batu yang boleh dijadikan clay mask dan pasti anda akan rasai kelainannya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cukup suka melihat perwatakan Sherie Merlis, macam langsung tak dimamah usia walau sudah berusia 50-an. Murah dengan senyuman, itu lah salah satu yang membuatkan air wajah ini awet muda.
Terkenal sebagai anak seni yang tak lekang senyuman di bibir dan bakat lakonan yang mantap, Sherie Merlis atau nama sebenarnya Sharifah Saadah Wan Zainal Abidin masih aktif mewarnai industri seni.
Malah, dia juga menjadi tenaga pengajar FINAS bagi mengasah kemahiran penghayatan lakonan dalam kalangan bakal pelapis baharu.
Walau industri seni hari ini menerima kehadiran ramai muka baharu namun pesona dan kemampuan Sherie sebagai pelakon sentiasa mendapat pujian dan dinanti-nantikan peminat seni tanah air.
Pendek kata, aura ibu empat anak ini masih berbisa. Sherie dilahirkan di Sibu, Sarawak dan khabarnya mewarisi keturunan Arab dan Melayu dari ayah. Manakala ibunya pula berketurunan Melayu dari Indonesia dan Cina.
Sepanjang lebih 30 tahun bergelar anak seni, Sherie berjaya membawa watak dan menggalas karakter yang diberikan dengan sebaiknya.
Komitmen dan disiplin aktres ini dalam kariernya terbukti menerusi i-Tanggang yang menguji kemampuan Sherie melakonkan watak ibu psiko. Pelakon serba boleh!
Sebelum ini dia pernah membintangi filem Leftenan Adnan dan tahun 2022 Sherie muncul dalam filem Tablis Iblis serta Coast Guard Malaysia: Ops Helang pada Februari 2023.
Terdahulu, dia pernah berkahwin dengan pelakon Esma Daniel dan dikurniakan dua anak iaitu Habib Daniel, 29 tahun dan Harith Daniel 28 tahun.
Pada 2 Januari 2012, Sherie bergelar isteri kepada Tengku Shafiz Rullah As Syafiee atau dikenali sebagai Ash. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Tengku Kaseh Anaqah berusia 11 tahun dan Tengku Areef Bolkiah, sembilan tahun.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!