Uncategorized

Modal Hanya RM1, Wanita Kongsi Rahsia Miliki Kulit Flawless Guna Tepung Beras & Susu Je

Share

Bermula Selasa lalu negara kita telah melaksanakan perintah total lockdown seperti PKP yang pertama dulu.

Apabila duduk di rumah, pasti banvak aktiviti kendiri boleh dilakulan termasuk mencantikkan diri dengan memanjakan kulit wajah.

Tak perlu buat rawatan di luar sebaliknya anda boleh lakukan penjagaan kulit wajah hanya di rumah saja menggunakan bahan dapur sedia ada.

Seperti perkongsian wanita ini Nursha Salleh yang memberitahu caranya untuk dapatkan kulit wajah cerah berseri tanpa perlu berbelanja besar.

Menurutnya amalan ini banyak memberi manfaat dan sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak

TIPS!!

PENJAGAAN WAJAH MENGGUNAKAN TEPUNG BERAS DAN SUSU TEPUNG UNTUK KULIT GLOWING DAN SIHAT.

1. Menyerap minyak berlebihan di muka

2. Memutihkan kulit muka jika digunakan secara konsisten

3. Tiada bahan kimia

4. Mengurangkan jerawat

5. Menghilangkan lingkaran gelap dibawah mata

6. Menanggalkan sel-sel kulit mati

7. Menyerikan kulit muka

Bahan- Bahan :-

1- Tepung Beras

2- Susu Tepung (tak kisah lah apa brand)

3- Sedikit air

4- Kcolly (ini pilihan. Nak guna pon boleh tak nak pon tak apa, tapi i suka guna)

CARA CARANYA:-

1- Beli je memane kedai yang ada jual tepung beras. Murah je dalam RM1 lebih. Tak ingat dah berapa harga. Ni pon HACK barang yang ada kat dapur.

2- amik satu sudu tepung beras tapi, sedikit susu tepung dan kcolly.

3- Bancuh sampai pekat likat. Tak terlalu cair dan tak terlalu pekat macam dalam gambar ni.Kalau korang nak campur serbuk kunyit pun boleh, yogurt, putih telur atau madu. Tapi Sha tak campur apa2 sebab untuk pakai harian kan.

4- Kemudian pakai macam mask atau macam bedak sejuk. Pakai sampai kering dan kemudian basuh. Kalau nak pakai sampai pagi esok pun takde masalah.

5- Amalkan setiap hari, dan korang leh nampak kesan dia. Kulit akan makin lembut dan cerah. Jerawat pon dah tak muncul. Kulit kusam pon dah xde. Nak cakap skin macam telur tu tak lah, tapi ia dapat bantu masalah kulit korang yang bermasalah.

6- Tunggu sehingga kering dalam 5-10 minit, lepas tu kita cuci muka. Fuh!! Bila dah cuci muka tu rasa best yakmat. Time pegang tu rasa sangat sangat lembut

Skin yang naik jerawat pon dah makin okay, kulit kusam dan kering pon dah tak risau. Eh! Tapi kena konsisten. Jangan buat sehari trus nak dapat skin yang sihat.

Jimat pun jimat kan?? Tak perlu guna produk mahal-mahal. Jangan lupa #share untuk dapatkan kulit yang sihat, dan cantik. Jooom kita cantik dengan bahan semulajadi hanya dari dapur.

Cara membuatnya:

Amik satu sudu tepung beras tapi, sedikit susu tepung dan kcolly.

Bancuh sampai pekat likat. Tak terlalu cair dan tak terlalu pekat macam dalam gambar ni.Kalau korang nak campur serbuk kunyit pun boleh, yogurt, putih telur atau madu. Tapi Sha tak campur apa-apa sebab untuk pakai harian kan.

Kemudian pakai macam mask atau macam bedak sejuk. Pakai sampai kering dan kemudian basuh. Kalau nak pakai sampai pagi esok pun takde masalah.

Tunggu sehingga kering dalam 5-10 minit, lepas tu kita cuci muka.

Fuh!! Bila dah cuci muka tu rasa best yakmat. Time pegang tu rasa sangat sangat lembut

Amalkan setiap hari, dan korang leh nampak kesan dia. Kulit akan makin lembut dan cerah. Jerawat pon dah tak muncul. Kulit kusam pon dah xde. Nak cakap skin macam telur tu tak lah, tapi ia dapat bantu masalah kulit korang yang bermasalah.

Skin yang naik jerawat pon dah makin okay, kulit kusam dan kering pon dah tak risau. Eh! Tapi kena konsisten. Jangan buat sehari trus nak dapat skin yang sihat.

Artikel Berkaitan:

Khasiat Makan Betik Secara Konsisten, Mampu Cantikkan Kulit Wajah & Lambatkan Penuaan

Rutin Amalkan ‘Ice Facial’ Untuk Kekalkan Kesegaran Wajah, Cara Cantik Noryn Aziz Di Usia 40an

‘Lari Untuk Lawan Penyakit’ – Pesakit Diabetes Berjaya Hilangkan 56KG, Lepas Aktif Berlari & Jaga Makan

IKLAN