Kes jangkitan Covid-19 di negara kita masih lagi tinggi tetapi kebanyakan adalah mereka yang positif pada tahun 1 dan 2.
Mereka ini hanya disarankan menjalani kuarantin di rumah saja.
Walaupun hanya kuarantin kendiri di rumah ada beberapa perkara perlu diambil tahu bagi mengelakkan peningkatan kes Brought In Dead (BID) tanpa kita ketahui.
Perkara ini turut dijelaskan oleh Dr Hana Hadzrami dalam satu perkongsiannya di laman sosial Facebook.
Sedih bila lihat angka BID yang meningkat. Varian delta ini bukan calang-calang Covid. Berganda lebih virulen dari virus Covid asal.
Bagaimana cara untuk pastikan anda yang sedang menjalani kuarantin rumah agar tidak tergolong dalam BID?
Lakukan pemantauan kendiri. Periksa suhu, nadi, kadar pernafasan dan paras oksigen setiap hari
Laporkan jika ada tanda amaran: demam berpanjangan >5 hari, keletihan melampau, nafas laju >25 per minit, paras oksigen <95%
Sekiranya anda perlu ke hospital namun ambulans tak sempat nak bawa; usah tunggu lama. Pergi terus ke kecemasan dengan kenderaan sendiri. Peneman atau pemandu hanya perlu memakai pelitup muka N95, face shield dan sarung tangan.
Tolong elakkan ambil ubat sendiri. Dah ada kematian kerana mengambil ubat anti radang dari klinik seperti prednisolone dan azathioprine. Atau ubat anti parasit berdos tinggi, antibiotik dan ubat pencair darah.
Sedih bila tahu ubat-ubat ini diprescribe oleh sebilangan doktor sendiri tanpa pantauan.
Tahukah anda, kami di hospital perlu pantau pesakit, periksa darah setiap hari dan pantau x-ray dada bersiri terlebih dahulu untuk memilih masa tepat sebelum memulakan anti radang?
Anti radang jika diambil pada peringkat viraemia boleh menerukkan lagi jangkitan Covid, bukan mengurangkannya.
Mungkin ada yang kata; saya ambil ubat tu elok je sihat. Itu testimoni dari anda yang hidup.
Bagaimana pula dengan testimoni mereka yang dah mati atau BID? Siapa boleh bercakap bagi pihak mereka?
Tolong, tolong dan tolong jangan bahayakan diri. CAC dan PKRC sentiasa ada untuk membantu anda.
Syukur ibubapa kita yang dah divaksinkan tetap negatif atau hanya simptom ringan walaupun duduk serumah dengan pesakit Covid.
Sebelum itu beliau juga dalam posting sebelum Dr Hana Hadzrami juga pernah mengingatkan apa perlu dilakukan bagi yang menjalani kuaranti kendiri ini.
Perkara terpenting apabila dijangkiti Covid tahap 1&2 dan menjalani kuarantin rumah ialah:
– Fikiran positif dan berlapang dada.
– Pemantauan kendiri: nadi, suhu, paras oksigen.
– Cuba makan walaupun tak lalu. Makanlah makanan berkhasiat bukan yang pelik-pelik.
– Pastikan tubuh cukup hidrasi
Perhatikan jika ada tanda amaran (boleh rujuk video saya https://www.facebook.com/1363681809/posts/10227389524148168/?d=n) segeralah ke hospital.
Perkara yang tak perlu:
– Antibiotik yang dibeli tanpa preskripsi (anda dijangkiti virus bukannya bakteria)
– Inhaler oksigen (paling merepek)
– Ubat parasit yang dibeli tanpa preskripsi atau dibeli dari pasaran gelap
– Tangki oksigen*
– Oksigen concentator*
*Kecuali anda tinggal di tengah pulau, dalam hutan, atau atas gunung (akses lambat ke hospital). Ataupun kategori paliatif yang dah berniat tak akan ke hospital.
Pesakit kronik, ibu mengandung yang dijangkiti Covid walau tahap 1&2 memang kita tak benarkan kuarantin di rumah. Jadi tak timbul keperluan simpan tangki oksigen di rumah.
Dah berapa puluh ribu rakyat Malaysia yang dijangkiti Covid kategori 1&2 kembali pulih tanpa ambil ubat bukan-bukan?
Artikel Berkaitan:
Bekas Pesakit C19, KKM Saran Guna Spirometer. Alat Senaman Paru-Paru Bantu Kuatkan Otot Pernafasan!
“Nak Maintain Cantik, Kena Rehat & Tidur Cukup” – Rahsia Hannah Delisha Kekal Anggun Lepas Kahwin!