“Baiknya Kejap Je, Lepas Tu Sakit Datang Balik”. Doktor Dedah Bahaya Kesan Beli Produk Overclaim!

Share

Memang menjadi sikap sesetengah daripada kita yang gemar sekali membeli produk overclaim yang tidak diketahui keberkesanannya.

Tidak kiralah sama ada membeli secara dalam talian atau di pasaran terbuka. Malah dek kerana terpengaruh dengan promosi dibuat, ramai yang sanggup mengeluarkan belanja besar untuk mendapatkan produk berkenaan.

Kesudahannya, bukan saja duit habis, tetapi penyakit dideritai tidak baik-baik, malah bertambah sakit seperti sebelumnya.

Artikel Lain: Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan. Doktor Beritahu Bahaya Ambil Produk Overclaim Kesihatan!

Gambar sekadar hiasan

Baiknya Kejap Je

Perkongsian Dr Arisman M.D ini memberitahu pengalaman salah seorang pesakitnya yang mengalami sakit lutut turut membeli produk overclaim ini di pasaran.

Tidak semua sakit lutut atau sendi itu adalah gout.

Tidak semua sakit kepala itu adalah migraine.

Doktor perlu pastikan dahulu sama ada semua gejala yang dialami itu adalah menepati diagnosis Gout atau Migraine.

Dipendekkan cerita tadi saya menerima seorang pesakit dengan kaki sakit berlatar belakangkan gout. Selesai pemeriksaan dan soal jawab memang dia alami serangan gout juga sekarang.

Lepas Tu Sakit Datang Balik

Saya beritahu juga bahawa komplikasi gout jika tidak dirawat dan kawal bacaan Uric Acid dengan baik boleh menyebabkan batu karang pada buah pinggang dan itu yang kita takut sebenarnya.

Hampir 20 minit juga, sebelum dia balik saya sempat sampaikan pesanan “Oh ya, encik Z jangan pergi buat rawatan cucuk darah keluarkan bla bla untuk gout tu ya…”

“Doktor, saya dah pernah buat dah sebelum ni doktor.” Dia menjawab sambil gelak kecil.

Dia sambung “Saya buat semua tu .. dia ambil darah then saya sampai nak pengsan.. dah pengsan dah.. so sempat buat sebelah kaki je.”

“Dia datang ke rumah buat rawatan F***** tu. Lepas tu memang saya tak pernah buat lagi. Tempat tu pun dah tutup dah kot sekarang.” jawabnya.

“Sakit hilang tak lepas tu encik Z?” tanyaku.
“Tak doktor. Makin sakit. Memang tak buat dah lepas tu.. ye lah waktu tu kita desperate. Nak cepat sembuh. Ikut je nasihat orang lain.” jawabnya.

Artikel Lain: Rupanya Bahaya Makan Ubat Tiada Kelulusan KKM, Boleh Rosakkan Buah Pinggang & Hati

Doktor Dedah Bahaya

Saya terangkan sedikit pasal rawatan seperti itu memang 100 peratus salah dan malah membahayakan. Boleh jadi pengsan kerana darah yang keluar terlalu banyak menyebabkan tekanan darah menurun dan berikan tanda hampir pitam atau pengsan.

Bahaya kepada nyawa kita.

Lagi satu dengan alirkan darah seperti itu tidak akan membuang uric acid atau batu gout pada sendi. Tidak sama sekali.

Saya sempat beritahu dia juga “Encik Z jangan beli produk-produk yang overclaim juga ya. Bahaya tu.. banyak sangat produk luar sana yang tak benar.. bla bla”

Kesan Beli Produk Overclaim

“Doktor.. saya memang pernah beli tu doktor. Ada satu produk tu memang beli, selepas beberapa minit memang takde sakit dah. Ntah apa dia campur. Campur ubat tahan sakit kot.. tapi selepas tu sakit balik dan menjadi-jadi pula.” jawabnya sambil bergelak.

Saya pun tergelak kecil. Saya faham. Dan banyak pesakit saya begitu juga perangainya. Suka cuba mencuba hehe.. tapi InshaAllah selepas ni mereka dah faham dan tak akan beli dah.

Dr. Arisman, MD.
“Sama-sama belajar”
(Gambar sekadar hiasan Klinik Iris)

Artikel Lain: Elak Beli Ubat Tidak Dilulus KKM, Doktor Nasihat Jangan Jadi Mangsa Scammer Produk ‘Overclaim’

Published by
Siti Zurina Mat Saman