Ada yang nak tip bersenam ketika puasa? Ada orang cakap, kalau bersenam waktu berpuasa ini boleh membuatkan diri menjadi terlalu letih.
Selain organ badan berehat kerana berpuasa, bukankah ini membuatkan tubuh badan menjadi lebih sihat kerana bersenam?
Melalui perkongsian tips bersenam ketika berpuasa dari seorang pakar, terdapat 3 waktu yang sesuai untuk anda lakukannya.
Mari ikuti tips bersenam ketika berpuasa dan waktu bersenam yang sesuai, seperti dikongsikan oleh Puan Syaza Nutritionist, seorang Pakar Pemakanan Wanita.
Tip Bersenam Ketika Puasa, Ini 3 Waktu Yang Sesuai
Ada ramai yang berniat mahu bersenam tetapi risau haus. Haa… jom kita tengok macam mana nak bersenam waktu bulan Ramadan ini.
Ads
BILA WAKTU BOLEH BERSENAM?
1. 30 MINIT – 1 JAM SEBELUM BERBUKA
Jarak masa ini sesuai untuk kita ganti balik protein yang telah digunakan semasa bersenam. Dengan erti kata lain kita akan mengambil post workout meal semasa berbuka.
2. SELEPAS SOLAT SUBUH
Ads
Badan mendapat tenaga atau lebih dikenali dengan pre-workout meal semasa sahur. Menjadikan ia masa yang sesuai untuk bersenam.
3. SELEPAS TARAWIH
Pada masa ini tiada masalah untuk minum air bagi tujuan hidrasi. Menjadikan selepas tarawih merupakan salah satu waktu yang sesuai untuk bersenam.
Ads
TIPS BERSENAM KETIKA BERPUASA
Minum air secukupnya selepas berbuka sehinggalah habis waktu sahur.
Makan protein bersama-sama karbohidrat semasa berbuka sebagai post-workout meal.
Elakkan senaman berintensiti tinggi, fokus kepada senaman berintensiti rendah atau sederhana, 30-45 minit sahaja.
Kalau anda sudah terbiasa denagan senaman, boleh teruskan rutin senaman pada waktu yang sesuai. Manakala, bagi individu yang baru ingin mulakan senaman, pastikan anda buat senaman yang tidak membebankan diri anda.
Semoga bermanfaat dan selamat berpuasa.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau anda mahu kecilkan liang pori guna kiub timun, ini salah satu cara paling jimat dan berkesan. Langsung tidak mengeringkan kulit, malah kiub ini bagus untuk anjalkan kulit dengan rasa fresh!
Menurut Puan Rosnani Ikan, memang ramai yang dah amalkan petua ni. Caranya mudah je, okay jom buat.
Bahan utama :
Timun
Ini cara-caranya :
1. Kisar timun hingga hancur.
2. Masukkan terus hasil kisar/sagat timun tu dalam bekas ais cube.
3. Pastikan muka dah dibersihkan dahulu dari sebarang krim atau makeup.
3. Gosok timun yang dah beku tu diseluruh muka, fokus pada kawasan pori dan jerawat.
4. Biarkan selama 15 minit atau sehingga kering.
5. Bilas dengan air bersih.
Kelebihan kiub ais timun yang anda perlu tahu dan mesti kena cuba:
Menghilangkan lingkaran hitam bawah mata.
Mencerahkan kulit.
Mengatasi masalah kulit berminyak.
Mengecilkan liang liang pori.
Merawat masalah kulit sensitif.
Merawat masalah kulit kering.
Mencegah penuaan kulit.
Getah timun membantu membersihkan kulit, memudarkan parut dan mengecutkan jerawat. Kandungan air yg tinggi dalam timun dapat bantu untuk kulit kekal lembap dan tegang. Kulit terbaik adalah kulit yg lembap, bukan terlalu berminyak mahupun terlalu kering.
Jadi lepas ini sila amalkan pakai kiub timun ini sahaja, sekurang-kuranya kulit tetap terjaga tanpa cela.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walaupun hanya duduk di rumah, anda sebenarnya masih boleh melakukan señaman kardio yang mudah seperti menaiki tangga.
Oleh itu, jika anda tinggal di rumah atau bekerja di pejabat yang mempunyai lift, elakkan menggunakannya dan gunakan tangga sebagai alternatif.
Amalan menaiki tangga ini sebenarnya mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan anda. Ini antara manfaat yang diperoleh jika anda melakukannya setiap hari dan secara konsisten.
Menerusi kajian bertajuk Promoting Stair Climbing as an Exercise Routine among Healthy Older Adults yang diterbitkan MDPI 2019 menyebut, rutin menaiki tangga secara konsisten (sekitar 20 hingga 34 anak tangga seminggu) dapat menurunkan risiko serangan angin ahmar, selain meningkatkan denyutan jantung dan menurunkan kesan fisiologi kepada warga emas.
Menurut jurnal diterbitkan BMC Public Health pada 2012, menaiki tangga dapat membantu membakar lebih banyak kalori dalam kiraan seminit daripada berjoging atau melakukan aktiviti mendayung.
Jurnal bertajuk The effect of step climbing exercise on balance and step length in chronic stroke patients (2015) pula menyatakan, menaiki tangga dapat menguatkan otot kaki kerana ia melibatkan gerakan secara vertikal dan horizontal selain menjaga keseimbangan badan.
Aktiviti naik tangga juga dapat membantu meningkatkan fungsi paru-paru seseorang, malah ia juga baik buat mereka yang menghidap masalah paru-paru.
Kajian berjudul Stair-Climbing Capacity as a Marker of Improvement Following Pulmonary Rehabilitation yang diterbitkan oleh Preventive Medicine Reports (2019) menyatakan memanjat tangga secara konsisten berpotensi membantu mengurangkan risiko pelbagai penyakit yang boleh mendatangkan maut seperti diabetes, jantung dan kanser.
Tidak hanya bermanfaat untuk kesihatan fizikal, menaiki tangga juga membantu meningkatkan kerja kognitif berbanding sesi senaman berat.
Ia sekaligus dapat menjaga fungsi mental agar sentiasa lebih fokus dan terhindar daripada sebarang penyakit berkaitan mental seperti kemurungan dan kebimbangan melampau.
Osteoporosis adalah masalah kesihatan global berkaitan dengan tulang. Amalan menaiki tangga dan berjalan kaki mampu membantu mencegah tulang mereput.
Bagi penderita penyakit diabetes, amalan menaiki tangga dalam tempoh pendek dapat menurunkan kadar gula dalam darah sekaligus meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan.
Alangkah takutnya apabila kita membuang air besar turut keluar najis berdarah. Sebelum ini kejadian sebegitu tidak pernah berlaku dan timbul rasa panik seketika berdepan masalah ini.
Apakah yang menyebabkan masalah najis berdarah dan bagaimana kesannya dalam jangka masa panjang. Adakah ia membahayakan kita dan cara untuk mengatasi.
Lebih mengejutkan perkongsian Dr Zubaidi Ahmad memberitahu bahawa najis berdarah ini adalah tanda awal barah.
Rasa seperti hendak membuang air besar tetapi apabila ke tandas, tiada najis keluar adalah antara gejala barah usus besar atau kolon.
Ini berlaku apabila terdapat bengkak atau ketumbuhan di pangkal rektum seakan-akan najis yang menyebabkan rasa seperti hendak membuang air besar.
Bagaimanapun, kebanyakan barah kolon tidak menunjukkan gejala kecuali selepas berada pada tahap lewat termasuk pendarahan ketika membuang air besar.
Perubahan tabiat membuang air besar adalah antara petanda yang perlu diberi perhatian. Sekiranya biasa membuang air besar sekali sehari tetapi berubah kepada tiga hingga empat kali, sembelit atau ada pendarahan, perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan usus menerusi prosedur endoskopi.
Sekiranya terdapat barah sebelah kanan, biasanya darah tidak kelihatan kerana bercampur dengan najis yang kelihatan kehitaman dan perlu dihantar ke makmal untuk ujian lanjut.
Dinasihati supaya menjalani pemeriksaan menerusi endoskopi atau skop bagi mengesan kewujudan sebarang ketumbuhan atau polip di dalam usus sekurang-kurangnya lima tahun sekali.
Ini kerana, sekiranya polip tidak dikesan, ia boleh berkembang secara tidak normal dan seterusnya menjadi barah di dalam kolon.
Bagaimanapun, polip di dalam kolon sukar untuk dikesan kerana boleh tumbuh di dalam lipatan usus atau di belakang usus.
Polip terbentuk pada permukaan membran kolon tetapi tidak semua polip di dalam usus kanser tetapi berisiko untuk berkembang menjadi kanser selama beberapa tahun.
Oleh itu, amat penting untuk mengesan awal sebarang polip yang tumbuh di dalam usus kerana ia tidak menunjukkan sebarang simptom tetapi boleh memberi kesan ke atas corak pembuangan air besar seperti sembelit, cirit birit, najis berwarna gelap atau merah, darah di dalam najis atau sakit perut.
Pemeriksaan usus perlu dilakukan sekiranya mengalami gejala disebutkan selama lebih seminggu, menggunakan kaedah skop kamera iaitu endoskopi kolonoskopi.
Sekiranya ketumbuhan atau polip besar, ia boleh menghalang usus dan terjadi pendarahan apabila najis melaluinya.
Bagaimanapun polip sukar dikesan kerana kedudukannya kadang-kala terletak di celah lapisan usus atau di bahagian usus.
Risiko untuk terlepas pandang polip adalah antara 30 sehingga 40 peratus sekiranya menggunakan skop dengan satu kamera.
Justeru, penggunaan skop dilengkapi tiga kamera dengan penglihatan 360 darjah boleh meninjau setiap ceruk usus dan mengesan polip dan mengeluarkannya walaupun bukan kanser.
Polip yang dikeluarkan daripada usus itu akan dihantar ke makmal untuk dikaji dan mengesan sebarang sel tidak normal.
Terdapat dua bentuk polip dan empat jenis polip berbeza yang mungkin adalah benigna atau malignan (kanser).
Kebanyakan barah kolon tidak ada kaitan dengan keturunan tetapi mereka yang mempunyai ibu bapa dengan sejarah penyakit ini pada usia muda, masing-masing dinasihat menjalani ujian skop sepuluh tahun lebih awal berbanding masa ibu bapa mengalami barah berkenaan.
Barah kolon adalah barah nombor satu dalam kalangan lelaki dan kedua berlaku ke atas wanita selepas barah payudara.
Ramai takut dan malu untuk menjalani prosedur skop, sebaliknya, tidak menyakitkan malah pesakit dibius dan tidak sedar ketika pemeriksaan dijalankan.
Seluar khas juga disediakan untuk dipakai pesakit ketika menjalani skop bagi menjaga aurat pesakit terutama wanita.
Dua jenis yang biasa ditemui: 1. Polip Hiperplastik dan radang: – biasanya tidak berisiko menjadi barah. – polip hiperplastik terutama di belah kanan usus perlu dibuang. 2. Polip Adenoma atau adenomtus – jika dibiarkan boleh bertukar menjadi barah. – disifatkan sebagai pra barah.
Gejala lain termasuk: 1. Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan. 2. Anemia