Bagaimana kita tahu waktu yang sesuai untuk mengawal pengambilan makanan? Sebenarnya ‘loceng’ itu akan berbunyi apabila badan sudah memberi tanda cepat letih, tidak bermaya dan sering diundang rasa malas.
Bukan mudah untuk terus memotong atau membuang terus tabita pemakanan harian. Cara yang betul adalah memotong kandungan kalori yang biasa diambil.
Ditambah pula dengan senaman untuk mendapat keputusan yang benar-benar berkesan.
Segelas jus oren mengandungi sedikit sari buah dan tidak mempunyai fiber daripada oren. Manakala jika makan sebiji buah keseluruhan nutrisi buah dapat dinikmati.
Ayam ditumis dengan sedikit minyak lebih sihat daripada ayam bergoreng dalam minyak yang banyak. Bagi menambah rasa, tumis sekali sayur-sayuran pelbagai warna. Tentu enak dan menyelerakan.
Membeli buah-buahan dan sayur-sayuran di pasar basah atau kedai runcit lebih segar berbanding dengan produk import. Produk segar daripada lading lebih kaya khasiat dan vitamin serta mineralnya.
Makan anggur yang telah disejuk beku boleh membantu mengurangkan kalori jika disbanding dengan popsicle. Ditambah pula dengan kandungan gula semulajadi anggur!
Beras perang mengandungi kurang kanji berbanding beras putih. Mengawal pengambilan nasi boleh membantu mengurangkan berat badan.
Jika sudah biasa menggunakan mentega sebagai lepa di atas roti cuba ubah menggunakan buah avakado. Pasti lebih sihat dan yang penting tidak mengandungi lemak.
Bagi melengkapkan sarapan yang penuh khasiat ambil telur rebus bagi menikmati khasiat protein. Telur goreng? Cuba elak mengambil minyak di pagi hari.
Lebih elok mengambil sumber kekacang berbanding mentega kacang. Ini kerana mentega kacang mengandungi lebih lemak dan gula berbanding kacang.
Artikel Berkaitan:
Selain Senaman & Jaga Diet, Ini Rupanya Amalan Mudah Boleh Dilakukan Untuk Jaga Jantung
Ini Senaman Perlu Dilakukan Sebelum Mula Aktiviti Pendakian, Persediaan Untuk Kuatkan Otot Kaki