Tak Buat ‘Warm Up’ Punca Kerap Kejang Otot Lepas Bersenam. Ini Cara Mudah Atasinya!

Share

Salah satu punca berlakunya kekejangan otot terutama selepas melakukan senaman adalah kerana seseorang itu tidak melakukan pergerakan atau aktiviti memanaskan badan.

Ini tidak dilakukan sebelum melakukan aktiviti fizikal seperi berlari, menaiki basikal atau mendaki.

Menurut perkongsian Physiomobile Malaysia, otot akan berasa tegang dan ketat dan mengalami kesakitan pada tapak kaki, tangan, lengan, abdomen dan tulang rusuk.

Artikel Lain: Doktor Kongsi Tip Penting Agar Luka Cepat Sembuh. Lepas Lahir Anak Secara Pembedahan!

Melakukan sesi memanaskan badan perlu kerana ia dapat mengembangkan dan mengecutkan otot dengan baik, kata laman web perubatan itu.

Beberapa faktor lain yang boleh jadi penyebab masalah kekejangan otot adalah keletihan, kesukaran untuk membuangkan bahan toksik dalam dalam, otot kekurangan oksigen dan dehidrat.

Bagaimanapun, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan daripada masalah ini berterusan.

Berikut beberapa perkara yang boleh dilakukan menurut Doctor On Call dan Physiomobile Malaysia.

1. Berasa Sakit

Berhenti melakukan sebarang aktiviti sukan atau kerja apabila tubuh sudah memberikan isyarat kejang otot.

2. Persediaan

Bagi mengelakkan perkara sebegini berulang, sebaiknya lakukan aktiviti memanaskan badan terlebih dahulu sebelum bersukan.

Sebaiknya lakukan beberapa regangan badan sebelum dan selepas bersukan.

Artikel Lain: Campuran Jus Limau Nipis & Garam, Petua Tradisional Putihkan Gigi, Segarkan Nafas

3. Urutan

Salah satu cara untuk mengurangkan rasa tegang pada bahagian otot adalah dengan cara urutan.

Lakukan secara perlahan-lahan atau boleh meletakkan beg ais sebagai salah satu teknik rawatan haba.

4. Minum Air

Pastikan pengambilan air putih yang mengcukupi terutama saat melakukan aktiviti fizikal. Otot badan akan mengembang dan kecut dengan sempurna jika kandungan air yang mencukupi.

5. Makanan Seimbang

Pengambilan makanan yang kaya dengan kandungan mineral seperti kalium, kalsium dan magnesium. Boleh amalkan makan lobak merah, jagung, bayam dan epal.

Biarpun ada beberapa cara yang boleh dilakukan bagi mengatasi dan merawat segera masalah kekejangan otot, sebaiknya cuba dapatkan nasihat pakar.

Rawatan berkala boleh mengatasi masalah tersebut daripada berlarutan mahupun berpanjangan.

Artikel Lain: Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan. Doktor Beritahu Bahaya Ambil Produk Overclaim Kesihatan!

Published by
Siti Zurina Mat Saman