Tidak dinafikan, ramai kini memilih untuk aktiviti berbasikal dalam mengekalkan kecergasan tubuh.
Dilakukan secara berkumpulan atau individu, aktiviti lasak ini memberi manfaat yang sangat baik untuk menjaga kesihatan.
Jika dilakukan secara konsisten berat badan boleh turun dengan cepat dan perut lebih mudah kempis.
Malah mengayuh basikal adalah salah satu cara yang berkesan untuk membakar kalori dan membantu meningkatkan tahap kesihatan serta kekuatan fizikal tanpa perlu menyekat diet harian.
Seperti semua jenis senaman sebelum berkayuh perlu melakukan aktiviti pemanasan badan sekitar 15 minit. Pemanasan badan ini penting untuk elak sebarang kecederaan dan merangsang otot untuk bersedia untuk mengayuh.
Begitu juga selepas mengayuh perlu melakukan aktiviti penyejukan badan seperti melakukan kayuhan ringan sekitar 15 minit bagi membantu merehatkan otot dan badan.
Terdapat tiga jenis basikal yang biasa digunakan dalam aktiviti basikal ini iaitu;
Basikal jenis ini hanya boleh digunakan di jalan raya. Ia sangat ringan dan mempunyai tayar yang kecil yang direka khusus untuk menyusur di jalan raya. Boleh dikatakan basikal jenis ini berteknologi tinggi kerana sering berubah mengikut peredaran zaman terhadap aerodinamik dan materialnya.
Mungkin itu punca basikal ini mahal harganya. Namun kepuasan menunggang basikal jenis ini apabila berkayuh jarak jauh sekitar 80km hingga 160km.
Basikal jenis ini sesuai untuk kayuhan di atas jalan biasa. Ia adalah basikal pelbagai guna kerana boleh menyusur di laluan lereng bukit, gunung, sungai, jalan hutan dan taman perumahan. Basikal gunung ini terbahagi kepada dua;
i. Hard tail – mempunyai penangguhan (suspension) hanya di bahagian depan (fork) dan tidak di bahagian belakang. Biasanya digunakan untuk memanjat bukit dan offroad yang tidak mencabar.
ii. Soft tail – mempunyai penangguhan (suspension) di bahagian depan (fork) dan belakang. MTB jenis ini biasa digunakan ketika menuruni bukit yang mencabar.
Basikal jenis ini biasanya digunakan oleh pelancong untuk melawat sesuatu tempat pelancongan. Basikal jenis ini mempunyai ruang untuk meletak beg dan mengayuh dengan santai.
Apabila sudah mula mengayuh cuba pelajari teknik yang betul. Ini kerana teknik yang betul dapat membantu mengurangkan kecederaan dan kayuhan lebih berkesan. Teknik yang salah boleh menyebabkan otot menjadi lenguh dan prestasi menurun.
Gunakan gear yang paling berat dan berkayuh secara agak perlahan sekitar 50 hingga 60 rpm. Keadaan ini akan membuatkan anda menggunakan semua otot untuk mengekalkan corak pusingan kayuhan di samping menggunakan tenaga yang bersesuaian untuk mengekalkannya.
Kemudian cuba kayuhan dengan gear yang ringan dan pusingkan pedal selaju yang mampu (100, 120, 150 rpm) tanpa merasa terlambung-lambung. Ini akan memperbaiki pusingan kayuhan supaya lebih sempurna.
Memilih basikal bukan umpama membeli bola di kedai sukan. Pembelian basikal perlu bersesuain dengan penunggan dengan mengambil kira saiz tubuh. Setiap basikal mempunyai saiz yang dikira dalam inci iaitu:
Saiz XS (13inci hingga 14inci)
Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian antara 5 kaki hingga 5 kaki 4 inci.
Saiz S (14inci hingga 16inci)
Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian 5 kaki 4 inci hingga 5 kaki 7 inci.
Saiz M (16inci hingga 18inci)
Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian 5 kaki 7 inci hingga 5 kaki 10 inci.
Saiz L (18inci hingga 20inci)
Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian 5 kaki 10 inci hingga 6 kaki 1 inci.
Saiz XL (20inci hingga 22inci)
Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian lebih dari 6 kaki 1 inci.
Namun ini hanya panduan sahaja kerana bentuk tubuh manusia tidak sama. Apa yang penting sebelum membeli perlu mencuba dengan mengayuh basikal tersebut terlebih dahulu. Berbincang dahulu dengan mereka yang pakar kerana basikal yang tidak sesuai dengan tubuh memudahkan lagi kecederaan.
1. Merentas desa (cross country – XC)
2. Enduro/All mountain (AM)
3. Freeride (FR)
4. Downhill (DH)
5. Dirt jump (DJ)/ Urban and Street (DJ)
Artikel Berkaitan:
Rupanya Inilah Senaman Paling Sesuai Dilakukan, Untuk Yang Sering Stres & Ada Tekanan Darah Tinggi
Nak Kekal Cantik, Bukan Buat Senaman & Jaga Makan Saja, Tapi Kena Bijak Uruskan Tekanan