Seperti yang kita tahu bagi mereka yang suka bersenam, senaman push up merupakan antara teknik yang paling berkesan untuk membina ketahanan diri, stamina dan membesarkan otot.
Disebabkan itulah juga push up menjadi amalan kepada semua pasukan-pasukan keselamatan beruniform di seluruh dunia.
Jika anda melakukan push up untuk membina dada yang bidang mungkin anda rasa senaman klasik ini tak dapat melawan keberkesanan senaman bench press.
Tapi anda sebenarnya silap.
Menurut saintis yang melaporkan menerusi Journal of Strength and Conditioning Reserach, senaman push up dan bench press memberikan hasil yang lebih kurang sama terhadap aktiviti otot lalu meningkatkan kekuatan yang hampir sama.
Dan seperti senaman yang lain push up juga akan memberikan hasil yang betul-betul berkesan jika anda melakukannya dengan betul.
Ayuh, dikongsikan bagaimana untuk melakukan push up dengan selamat dan efektif.
SASARAN UTAMA: Dada, tangan dan teras perut.
Pastikan kedudukan kaki dan tangan berada dalam keadaan lurus. Bermul dari badan terus ke bahagian kepada hingga kaki. Pastikan tangan anda betul-betul selari dengan bahu. Tegapkan baodan dalam posisi ini.
Dengan meletakkan siku ke bahagian luar badan dan kepala ke bawah, rendahkan bahagian torso sehingga dada anda berada beberapa inci dari lantai.
Berhenti buat seketika kemudian angkat badan kembali ke posisi asal secepat mungkin.
Letakkan kotak atau bangku kecil atau permukaan lebih tinggi kemudian letakkan tangan anda di situ. Semakin tinggi sudut badan anda berbanding lantai ia menjadi semakin senang
Cuba lakukan ‘dead stop push up’ dengan merendahkan dada rapat ke bahagian lantai. Kemudian angkat tangan anda sedikit ke atas dan bertahan. Teknik ini lebih mencabar dan menuntut kekuatan lengan yang lebih besar.
Opsyen lain: Lakukan single-leg push up dengan sebelah kaki diangkat atau decline push up dengan kedua belah kaki diletakkan di atas kerusi atau permukaan lebih tinggi.
Tolak bahagian belakang badan anda ke atas setiap kali anda mula kembali ke posisi asal. Dengan melakukan teknik ini anda telah meningkatkan kekuatan otot serratus anterior. Mengapa ini penting?
Ini kerana otot tersebut biasanya lemah dan boleh menyebabkan shoulder impingement
atau dikenali sebagai weightlifter’s shoulder. Otot serratus anterior yang kuat bukan sahaja membantu anda dapat postur badan yang etul tetapi turut memberi reaksi balas terhadap posisi humpback yang dialami ramai orang ketika berada di pejabat.Artikel Berkaitan:
Mudah & Jimat. 6 Kebaikan Senaman Skipping Ramai Tak Tahu, Boleh Cepat Turunkan Berat Badan!
5 Senaman Ringkas Bantu Pejalkan Otot, Baru Bertenaga Kerja Dari Rumah Sepanjang PKP
4 Jenis Senaman Kekal Fit & Elak Gemuk Di Hari Raya