Lompat Tali Senaman Paling Mudah & Jimat, Rugi Tak Buat Terutama Bagi Yang Bercita-Cita Nak Kurus

Share

Terdapat beberapa senaman kardio yang cepat membakar lemak dan berupaya bantu seseorang itu untuk menurunkan berat badan.

Selain jogging, menaiki basikal atau berenang, aktiviti lompat tali juga antara senaman paling baik diamalkan untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

Menerusi posting di laman sosial  Facebook Public Heatlh Malaysia memberitahu kebaikan yang diperoleh apabila melakukan senaman lompat tali ini.

Dengan melakukan senaman lompat tali ini, ia dapat menggerakkan banyak otot secara serentak dan menguatkan sendi-sendi tulang.

Selain melatih kekuatan otot, aktiviti ini juga merangsang koordinasi iaitu keseimbangan tubuh.

Paling menjimatkan kerana anda tidak perlu untuk menbayar yuran gimnasium yang mahal setiap bulan kerana boleh melakukannya sendiri di rumah atau di mana-mana sahaja.

Bukan itu sahaja, tali senaman skipping ini juga tidak mahal dan tahan lama. Malah boleh dibeli di mana-mana kedai peralatan sukan.

Jadi sangat rugi sekiranya anda tidak melakukan aktiviti mudah ini terutama bagi mereka yang bercita-cita untuk menurunkan berat badan.

Anda hanya perlukan 5 minit dan terdapat banyak kelebihan yang diperoleh daripada aktviti lompat tali ini. Ini antaranya jika rajin melakukan senaman ini setiap hari.

Kebaikan Senaman Lompat Tali

1. Membakar Lemak

2. Kuatkan sendi kaki

3. Hilangkan stress

4. Menguatkan pelbagai otot

5. Mengurangkan risiko kecederaan

6. Meningkatkan koordinasi tubuh

7. Perbaiki postur tubuh

8. Pernafasan jadi lebih lancar

9. Menguatkan tulang

Artikel Berkaitan:

Berjalan Kaki, Senaman Ringkas Tak Perlu Modal. Amalkan 30 Minit Sehari Untuk Menyihatkan Jantung!

Kekal Cergas 7 Hari Seminggu, Ini Senaman Boleh Diamalkan Walaupun Hanya Duduk Rumah Musim PKP Ini

IKLAN