Kelebihan Senaman ‘Jump Rope’, Selain Bakar Kalori Dapat Kesihatan Jantung Baik

Share

Senaman menggunakan alat bantuan senaman seperti ‘jump rope’ bukan sahaja mevariasikan rutin senaman tetapi mampu memberikan pelbagai kelebihan.

RAPI juga bersetuju dengan anggapan melakukan senaman jump rope membuatkan rutin jadi lebih seronok dan mantap.

Berikut RAPI kongsikan beberapa kelebihan hebat melakukan senaman menggunakan jump rope.

BAKAR KALORI DENGAN BAIK

Buat anda yang ingin turunkan berat badan dan mahukan senaman yang mudah, jump rope boleh menjadi senaman pilihan paling unggul. Tahukah anda, selepas melakukan jump rope selama 15 minit, anda mampu membakar kalori sebanyak 200 hingga 300 kalori.

Senaman lompatan seperti jump rope menggerakkan banyak otot badan yang menjadi aktif. Ia menjadikan badan kita dalam kategori dikenali sebagai ‘thermogenic’ iaitu keadaan di mana badan kita menghasilkan haba yang banyak semasa bersenam.

MAMPU KUATKAN TULANG

Melakukan senaman lompat tali atau jump rope juga dikatakan dapat menguatkan kekuatan tulang. Terdapat kajian mendapati seseorang yang melakukan bersenam jump rope selama 10 minit setiap hari didapati mempunyai ketumpatan tulang yang lebih tinggi serta lebih kukuh. Ia sekali gus boleh mengurangkan risiko kesihatan tulang seperti osteoporosis.

Gym girl photo created by senivpetro – www.freepik.com

KESIHATAN JANTUNG

Senaman ini mampu menaikkan kadar degupan jantung dengan pantas. Jadi lakukanlah dengan kadar sesuai dengan kemampuan jantung anda. Jika dilakukan dengan baik ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan kardiovaskular.

Buat anda yang mampu melakukannya dengan baik, jump rope amat digalakkan bagi menguatkan jantung serta mengurangkan risiko berisiko seperti serangan jantung.

Asian exercise photo created by nakaridore – www.freepik.com

HAPUSKAN LEMAK PERUT

Untuk anda yang mempunyai masalah berat badan, senaman jump rope boleh membantu anda membakar lemak di bahagian perut dengan baik sekali. Senaman yang konsisten diikuti dengan amalan gaya hidup dan pemakanan diet seimbang mampu memberikan anda hasil yang mantap.

OTAK LEBIH FOKUS

Tak ramai tahu bahawa melakukan senaman jump rope memerlukan fokus yang baik. Menurut Jump Rope Institute, rutin lompat tali secara konsisten akan mengembangkan aktiviti otak di bahagian kanan dan kiri hemisfera. Ini akan meningkatkan lagi kemahiran seseorang dalam mengingat dan meningkatkan kepekaan minda.

IKLAN