Masa yang banyak di rumah disebabkan PKP menyebabkan kita tidak lepas dari aktiviti makan bersama keluarga.
Situasi ini jika tidak dikawal boleh menyebabkan seseorang itu boleh mengalami pertambahan berat badan mendadak.
Oleh itu, melakukan aktiviti riadah atau senaman mampu mengurangkan risiko penyakit seperti serangan jantung atau diabetes.
Menurut kajian Majlis Amerika, aktiviti fizikal juga dapat meningkatkan kekuatan otot badan, meningkatkan kadar metabolisma, mengurangkan pertumbuhan lemak sekali gus dapat menurunkan berat badan.
Bagaimanapun, terdapat banyak senaman yang memiliki fungsi berbeza sama ada untuk menguatkan otot atau menurunkan berat badan.
Ini antara senaman disarankan yang dapat membantu menurunkan berat badan menurut Insider Monkey:
Senaman ini dapat menguatkan otot teras dan meningkatkan proses pembakaran kalori. Senaman ini melibatkan kekuatan otot di bahagian belakang badan, tangan, kaki dan perut.
Cara melakukan senaman ini kelihatan sama seperti senaman tekan tubi. Sedikit berbeza dengan plank yang memperuntukkan untuk meletakkan tangan ke lantai pada posisi 90 darjah.
Pastikan kaki berada pada keadaan lurus. Cuba bertahan dalam posisi tersebut selama 10 saat, rehat seketika kemudian ulang sebanyak dua kali.
Senaman tinju bayang merupakan salah satu kaedah kardio yang menghubungkan lengan dan kaki.
Keadah ini biasanya digunakan oleh peninju profesional untuk mengekalkan stamina mereka di gelanggang.
Senaman ini dipercayai dapat membakar sekitar 300 kalori dalam tempoh masa satu jam selain dapat menguatkan bahagian otot dan sendi badan.
Proses tendangan pinggul ini sama seperti melakukan senaman lari setempat. Bagaimanapun, sedikit berbeza apabila kaki perlu diangkat sehingga mengena bahagian pinggul.
Difahamkan sebanyak 240 hingga 255.5 kalori berjaya dibakar dalam tempoh masa 30 minit senaman.
Senaman lompat bintang ini boleh dikategorikan sebagai ‘senaman klasik’ kerana ia telah diajar sejak kecil di sekolah.
Senaman lompat bintang ini merupakan salah satu cara untuk menurunkan berat badan dengan efektif.
Bagi mendapatkan kadar penurunan berat badan yang memuaskan, lakukan 30 kali lompatan sebanyak 10 set. Sebelum melakukan set seterusnya, ambil 30 saat untuk berehat.
Sama seperti senaman lompat bintang, aktiviti lompatan tali skip ini turut menjadi salah satu rutin ketika di usia kanak-kanak.
Bukan sahaja anak kecil, malah atlet profesional juga gemar melalukan lompatan tali skip sebagai senaman memanaskan badan.
Senaman ini menghubungkan banyak anggota tubuh seperti bahu, kaki, tangan dan betis. Lakukan senaman ini selama 15 minit sahaja dapat membakar sekitar 200 hingga 300 kalori.
Sumber: SinarPlus
Artikel Berkaitan:
Selain Senaman & Buat Fisioterapi, Pesakit Arthritis Wajib Ambil Tahu 3 Minuman Ini
Ini 5 Senaman Paling Sesuai Untuk Yang Alami Sakit Belakang & Tak Mudaratkan Kesihatan
Mudah & Jimat. 6 Kebaikan Senaman Skipping Ramai Tak Tahu, Boleh Cepat Turunkan Berat Badan!