Boleh Buat Aktiviti Larian Lepas Suntikan Vaksin Covid-19, Tapi Syaratnya Kena Sihat

Share

Buat masa ini kerajaan sedang giat menjalankan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk mengekang penularan virus Covid-19.

Namun antara persoalan yang ditanya, adakah seseorang itu boleh melakukan aktiviti bersenam seperti berlari selepas menerima suntikan atau berehat saja dulu di rumah.

Dalam persoalan ini, anda sebenarnya boleh berlari selepas dapat suntikan tetapi dengan syarat anda berasa sihat.

Ini kerana terdapat beberapa kesan sampingan yang boleh menjejaskan larian. Antaranya kesan sampingan seperti sakit/bengkak/kemerahan di tempat suntikan, penat, sakit kepala, menggigil, sakit sendi, demam, loya, rasa tidak sihat, bengkak kelenjar limfa dan lain-lain kesan sampingan semasa.

Biasanya kesan sampingan akan hilang selepas sehari dua dan ini pastinya akan jejaskan kemampuan anda untuk berlari atau melakukan aktiviti senaman.

Menurut Dr Fadly Khairie, anda boleh teruskan training seperti biasa jika merasa sihat selepas suntikan vaksin.

Jika tidak merasa sihat, dinasihatkan berehat dulu untuk sehari dua. Berilah masa kepada sistem imun badan anda untuk membina daya tahan terhadap virus Covid-19.

Selain itu anda juga dinasihatkan untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan apabila melakukan aktiviti harian.

SUMBER: JOMKIRALARI.COM

Artikel Berkaitan:

“Makan Panadol Lepas Vaksin Bukan Sebelum” – Ahli Kimia Jelaskan Sebabnya & Senaraikan Jenis Panadol

Dituduh Anti Vaksin, Rita Rudaini Kongsi Khasiat Minum Air Rebusan Herba Untuk Kecergasan Diri

Sakit Di Pergelangan Tangan Sebab ‘Ganglion Cyst’. Wanita Kongsi Pengalaman Bedah Guna Kaedah Local Bius!

Published by
Siti Zurina Mat Saman