Tidak dinafikan baik wanita atau lelaki, selepas kahwin saja badan akan terus naik. Inilah realiti yang berlaku bila usia sudah memasuki usia 30 hingga 40 tahun.
Antara punca kenaikan badan mendadak ini disebabkan perasaan gembira bila hidup berpasangan selain tidak jaga makan dan kurang bersenam.
Jika lelaki dikatakan berperut boroi, manakala perempuan pula lemak sana sini terutama di bahagian perut dek kerana sudah melahirkan anak.
Namu usahlah anda risau. Setiap masalah itu pasti ada jalannya. Masih tidak terlambat untuk kembalikan bentuk badan seperti mana anda belum kahwin dahulu.
Pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk menghilangkan masalah ini, amun yang terbaik ialah dengan mengubah gaya hidup. Salah satunya ialah melakukan senaman.
Dikongskan 5 jenis senaman yang mampu membakar lemak di bahagian abdomen atau perut sambil anda baring saja!
Senaman ini mengutamakan kekuatan atas perut dengan cara mengangkat kedua lutut merapati dada. Senaman kekuatan otot perut bahagian atas adalah perkara yang paling mudah dalam semua latihan senaman perut dan memberikan hasil yang paling cepat. Lakukan dalam kiraan 20.
Luruskan kaki ke hadapan dan angkat sedikit. Kemudian kedua belah kaki digerakkan ke atas ke bawah secara bersilang sambil kepala ditinggikan sedikit. Ia dapat menghilangkan lemak pada bahagian tengah perut dan menguatkan otot perut. Lakukan dalam kiraan 20.
Senaman ini mengutamakan kekuatan seluruh otot perut. Ia hampir sama dengan senaman crisscross. Cuma kali ini angkat kaki ke atas dan hayunkan kaki secara bersilang seperti anda sedang berenang. Pergerakan kaki tidak perlu terlalu laju atau terlalu perlahan. Lakukan secara sederhana. Lakukan dalam kiraan 20.
Senaman ini dilakukan dengan cara menyilangkan satu kaki pada lutut kaki yang digunakan sebagai sokongan. Kemudian badan diangkat ke arah silang kaki tersebut. Senaman ini hampir sama dengan knee up crunch tetapi ada sedikit penambahan. Ia bertujuan untuk menguatkan otot bahagian atas dan sisi perut bahagian atas. Lakukan dalam kiraan 20.
Senaman ini mengutamakan kekuatan bawah dan tengah perut. Sebenarnya senaman legs lower ini boleh dilakukan dalam dua cara. Cara pertama, angkat kaki kanan lurus ke atas berselang seli dengan kaki kiri. Atau lakukan cara kedua dengan mengangkat kedua-dua belah kaki lurus ke atas sehingga 90 darjah. Lakukan dalam kiraan 20.
Artikel Berkaitan:
Tak Perlu Berlapar, Ini 8 Makanan Bantu Jadi Kurus Cara Lebih Sihat & Selamat
Diserang Kejang Otot Betis Bukan Sebab Tak Cukup Vitamin. Doktor Jelaskan Punca Sebenar!