Lemak di bahagian perut adalah sesuatu yang sangat mengganggu. Ia bukan sahaja berpunca daripada faktor pemakanan, tetapi terhasil kerana kurang bersenam.
Namun begitu, ada penyelesaian yang anda boleh buat jika anda benar-benar mahu kempiskan perut.
Syaratnya, mestilah rajin dan komited melakukan senaman ringan seperti yang dicadangkan.
1. Bicycle exercise
Cara melakukan bicycle exercise adalah anda perlu terlentang dan meletakkan kedua-dua tangan di belakang kepala. Angkat lutut kanan hingga ke dada dan secara serentak, kepala angkat ke hadapan dan diarahkan ke sebelah kiri. Lakukan secara berselang seli sebanyak 10 kiraan.
Ads
2. Vertical leg crunch
Senaman selanjutnya adalah vertical leg crunch. Pertama, anda harus berbaring dan letak kedua tangan di kepala. Seterusnya angkat kedua kaki lurus ke atas membentuk sudut 90 darjah. Kemudian, angkat bahu dan turunkan kembali. Ulangi hingga 10 kiraan.
3. Senam lilin
Posisi awal senam lilin tidak jauh bezanya dengan vertical leg crunch. Anda harus berbaring kemudian angkat kedua kaki. Letakkan tangan di pinggang. Seterusnya angkat kedua kaki sehingga perut terangkat. Untuk lebih mudah, anda boleh menggunakan tembok untuk menyandarkan kaki.
Ads
4. Sit up
Ini adalah gerakan senaman yang paling popular. Anda harus berbaring dan rapatkan kedua-dua lutut. Letakkan tangan di belakang kepala atau silangkan di bahu. Angkat tubuh perlahan hingga membentuk 90 darjah. Tahan posisi tersebut beberapa saat sebelum turunkan perlahan tubuh. Ulangi hingga beberapa kali.
Ads
Dengan perkongsian ini, anda tiada lagi alasan untuk kempiskan perut. Semoga senaman yang dilakukan ini akan memberikan hasil untuk anda. Yang penting, kena amalkan selalu!
Biasanya perempuan atau lelaki, suka pakai minyak wangi untuk jaga penampilan dan meningkatkan keyakinan diri. Macam tak selesa lah bila duduk sebelah orang tetapi bau badan kita, dia yang hidu. Nak selamat, pakailah minyak wangi!
Namun, pernah tak rasa dah beli minyak wangi mahal-mahal tapi ketahanan bau tidaklah sampai ke tahap maksimum. Pakai kejap, dalam sejam dah lenyap baunya. Mula lah rasa menyesal beli mahal-mahal tapi bau tak tahan lama.
Cara Nak Kekalkan Bau Minyak Wangi
Haaaa.. ikuti tips daripada pengguna TikTok @jusderose supaya bau minyak wangi tetap bau wangi dari pagi hingga petang. Video ini juga telah mendapat sebanyak 199.1K dan semestinya tipsnya sangat berkesan.
Berikut adalah tip yang boleh anda jadikan panduan agar minyak wangi tahan lebih lama, sekali gus boleh menjimatkan wang supaya tidak perlu selalu membeli pewangi yang baru.
1. Menggunakan losyen tanpa bau pada badan yang nak disembur minyak wangi.
Pakai dengan losyen tanpa bau akan memberikan kesan maksimum dengan ketahanan yang lama. Jika kulit lembap, barulah sesuai untuk kita sembur perfume. Molekul minyak wangi akan bind bersama keadaan yang lembap dengan lebih baik berbanding dengan kulit kering. Pastikan juga losyen ini adalah tidak berbau supaya bau perfume akan lebih menyerlah.
2. Jangan gunakan petroleum jelly.
Mesti ramai yang ingat kena guna petroleum jelly kan? Namun, bukanlah petroleum jelly yang kita kena gunakan. Petroleum jelly mempunyai bau gas. Oleh itu, Jus De Rose tidak menggalakkan menggunakan pelembap tersebut.
Akan tetapi, jangan lupa juga untuk mandi ya! Kalau tak mandi tapi letak perfume tak guna juga kerana baunya tidak akan kekal lama atau boleh jadi bau badan anda akan menutupi bau minyak wangi itu.
Kalau rajin amal kiub ais pada wajah, kulit akan cantik secara semula jadi. Memang ada bezanya, nak-nak kalau anda selalu buat 2-3 kali seminggu selepas cuci muka.
Tetapi kalau nak buat setiap hari pun boleh, ambil masa lebih kurang 1 minit sehari pun boleh dapat kulit dapat kulit cantik. Jom, petua cantik daripada Osha ini!
Ini Cara Amal Kiub Ais
1. Letak Kiub Ais pada sehelai kain atau sapu tangan ( untuk memudahkan pegang).
2. Sapu ketulan ais pada seluruh wajah dengan putatan membulat.
3. Tak perlu basuh. Lap dengan tuala atau kain bersih.
Green tea, Daun Pudina, Daun Basil, madu, tea tree oil (opt) – hilangkan dark spots, kecilkan Pori, hilangkan Jerawat, anti-penuaan (fight aging) (kandungan antioksida yang tinggi), menyegarkan kulit, mencerah dan merawat sunburn.
Gula pasir – (cairkan / jadikan seperti air gula) – melembapkan kulit, kulit sihat & cerah, kecilkan pori, singkirkan kulit kering.
Buah- buahan
Oren – Mencerahkan
Anggur Hijau – Kulit lebih Berkilau
Apple merah – Membantutkan pertumbuhan Jerawat
Lemon – Mengurangkan muka berminyak
Peach – anti- penuaan (fight aging) / anjalkan kulit
Sayur- sayuran
Kentang – mata (sembab/ eyebag/ Bengkak)
Tomato – Melembabkan kulit
Kunyit Hidup – kecutkan jerawat
Hah, senang bukan? Nak kulit cantik tak perlukan kos mahal tetapi cukup ada ilmu dan rajin. Yang penting guna bahan semula jadi yang tak rosakkan kulit anda.
Selamat mencuba semua petua cantik ini!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah atau tidak anda berhadapa situasi tangan sering berpeluh. Apa punca sebenar masalah ini dan bahayanya jika tidak diatasi segera.
Ikuti penjelasan Dr Zubaidi Hj Ahmad berkenaan masalah tangan berpeluh atau dikenali dengan Hyperhidrosis ini.
Masalah Tangan Berpeluh
Berpeluh merupakan sesuatu yang biasa bagi seseorang manusia, namun keadaan berpeluh boleh menjadi satu masalah yang serius sekiranya didapati berlebihan terutama pada bahagian tangan dan ia dikenali sebagai Hyperhidrosis.
Masalah seperti ini boleh menganggu aktiviti harian bagi mereka yang mengalaminya terutama bagi masalah tangan berpeluh.
Masalah tangan berpeluh atau dikenali sebagai Hyperhidrosis adalah masalah dimana seseorang individu menghasilkan peluh yang lebih banyak berbanding dengan mereka yang normal sehingga boleh mengganggu aktiviti harian.
Masalah ini boleh berlaku seawal peringkat usia kanak-kanak atau remaja. Bahagian anggota badan yang boleh mengalami masalah berpeluh yang banyak adalah seperti tapak tangan, tapak kaki, ketiak dan muka.
Keadaan ini sebenarnya boleh membawa kepada tekanan perasan, perasaan malu untuk bersosial dan gangguan terhadap prestasi kerja. Ia turut menjadi lebih rumit sekiranya masalah tersebut berlaku di bahagian tangan.
PUNCA-PUNCA
Masalah berpeluh berlebihan pada keseluruhan bahagian badan boleh disebabkan oleh masalah saraf autonomi iaitu yang melibatkan saraf sympathetic. Masalah berpeluh juga boleh berpunca daripada masalah-masalah lain seperti:
1. Demam 2. Kanser 3. Lemah jantung 4. Masalah kerisauan (Anxiety problem) 5. Masalah metabolik seperti hipertiroid, hipoglisemia, gout 6. Pengambilan ubat seperti propanolol, physostigmnine, pilocarpine dan lain-lain lagi 7. Peminum alkohol yang mengalami ketagihan kronik
Masalah berpeluh di bahagian tapak tangan dan tapak kaki pula boleh berpunca daripada faktor keturunan.
Mereka yang mempunyai masalah berpeluh ini selalunya mengalami simptom ini bermula pada peringkat usia kanak-kanak atau remaja.
Namun, jika simptom ini berlaku pada peringkat usia dewasa atau warga emas, pemeriksaan lanjut hendaklah perlu dilakukan untuk mengenalpasti penyakit lain yang mungkin boleh membawa kepada masalah berpeluh tersebut.
Saraf sympathetic merupakan saraf yang berperanan menyediakan badan seseorang supaya berada dalam keadaan bersiap sedia untuk berlawan atau berlari.
Ketika berada dalam keadaan seperti tersebut, denyutan nadi akan semakin bertambah, gula dalam darah juga bertambah dan mental akan menjadi lebih fokus. Namun, pada ketika ini juga, secara tidak langsung ia akan meransang kelenjar peluh untuk mengeluarkan peluh.
Oleh sebab itu, keadaan seseorang yang mengalami masalah berpeluh berlebihan akan menjadi semakin teruk apabila dia berada di dalam keadaan yang takut ataupun ketika hendak berlawan.
Adalah amat sukar untuk merawat Hyperhidrosis secara efektif. Namun, masalah ini tidaklah sampai membawa kepada kematian. Bagi peringkat yang lebih teruk, mereka yang mengalami masalah ini akan merasa kehidupan mereka menjadi terganggu.
Berpeluh adalah sesuatu keadaan yang memalukan, boleh mengotorkan pakaian, mengganggu hubungan sosial serta menjadikan komunikasi menjadi lebih sukar.
Bagi kes yang teruk, ia mungkin akan membawa kepada masalah untuk menulis, memegang stering kereta atau berjabat tangan dengan orang lain.
Dengan kewujudan cara rawatan yang terbaru dan pelbagai jenis, pesakit berpeluang untuk mendapatkan rawatan yang lebih berkesan.
RAWATAN
1. Ubat sapuan
Ubat sapuan yang selalu digunakan untuk merawat masalah ini adalah ubat sapuan yang mengandungi aluminium chloride hexahydrate. Ubat ini perlu disapu pada kawasan yang mempunyai masalah tersebut ketika sebelum tidur.
Sapuan tersebut hendaklah dibilas setelah bangun daripada tidur untuk mengelakkan berlaku iritasi (kerengsaan).
2. Iontophoresis
Rawatan ini menggunakan air yang mempunyai arus elektrik yang rendah. Ia diberikan pada keseluruhan kulit yang mempunyai masalah peluh berlebihan. Rawatan ini memerlukan masa selama 30 minit pada setiap hari.
Oleh sebab itu, kebanyakan pesakit tidak akan memilih rawatan seperti ini kerana ia akan mengambil masa yang lama.
3. Suntikan botox
Suntikan botox mengandungi bahan yang dinamakan sebagai toksin botulinum. Bahan ini berfungsi sebagai perencat kepada kalenjar peluh dalam menghasilkan peluh. Rawatan ini terbukti dalam mengurangkan masalah peluh berlebihan.
4. Pembedahan
Oleh kerana masalah berpeluh ini adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan fungsi saraf sympathetic, pesakit boleh mendapatkan rawatan pembedahan untuk membuang sebahagian saraf tersebut. Rawatan ini dikenali sebagai sympathectomy.