Bila penat berjalan jauh, ramai yang kurang ambil peduli tentang bahaya tidur dalam kereta. Malah masih ada yang berhenti rehat dan mengambil keputusan untuk lelapkan mata sekejap di tepi jalan tanpa matikan enjin.
Kalau tiba-tiba ada masalah pada mekanikal kereta, kemungkinan berlaku kebocoran ekzos kereta ke dalam kabin kenderaan ketika anda sedang tidur dan boleh menyebabkan risiko mati lemas.
Menurut World Health Organization (WHO), CO boleh mengancam nyawa manusia walau pun dalam kadar yang rendah. Dalam dunia automotif, CO merupakan salah satu daripada beberapa jenis gas yang boleh membahayakan kesihatan.
Kenapa Karbon Monoksida Bahaya?
1. Ini kerana, pengumpulan karbon monoksida (CO) yang disebabkan oleh kebocoran daripada ekzos akan menurunkan paras oksigen di dalam kenderaan.
Ads
2. Peningkatan tahap karbon monoksida di dalam kereta memberi kesan kepada oksigen dalam darah. Ini mengakibatkan darah membawa lebih banyak karbon monoksida dan boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba (sudden death).
Walaupun dengan tingkap dibuka, karbon monoksida tetap boleh terkumpul dan akan menyebabkan penurunan oksigen dalam darah.
Bahaya Kepada Orang Yang Tidur Dalam Kereta
Ads
Ya, kesannya mangsa akan kehilangan cecair dan air dalam badan selepas satu jangka masa.
Jadi kenapa kita boleh bertahan memandu dengan penghawa dingin terpasang? Jawapannya mudah. Kerana kita sedar dengan perubahan suhu dan akan sedar jika terdapat kebocoran.
Tanda Keracunan Karbon Monoksida (CO)
Ads
Antara gejala keracunan CO ialah sakit kepala, pening, lemah anggota badan, sakit perut, muntah, sakit dada dan sesak nafas serta mengalami kecelaruan.
Tetapi jika gas ini dihidu sewaktu anda sedang tidur, sukar untuk kita sedar sebarang gejala ini dan sekali gus boleh membuatkan anda tidur selama-lamanya! Menakutkan bukan?
Biasanya kalau kita mula merasa tidak selesa, kita akan segera bertindak dengan menutup penghawa dingin dan membuka tingkap.
Untuk selamat, elakkan tidur di dalam kereta. Jika perlu berehat semasa memandu jauh, keluar dari kereta dan carilah tempat yang sesuai.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Melakukan hubungan intim menjadi tuntutan wajib perlu dilaksanakan bagi setiap pasangan suami isteri yang sudah berkahwin.
Namun pernah atau tidak anda mendengar jika ada antara pasangan yang tidak pernah atau tidak mampu lakukan hubungan intim ini.
Ini sebenarnya adalah satu penyakit yang memang wujud dan jarang diketahui orang, iaitu dikenali sebagai Vaginismus.
Apakah itu penyakit Vaginismus? Temubual oleh Sirap Limau bersama pakar Perubatan Keluarga, Dr. Siti Aishah Yunos mengupas lebih lanjut mengenai penyakit ini.
Menurut Dr. Aishah, Vaginismus merupakan penyakit di mana, pasangan suami isteri mempunyai masalah tidak mampu melakukan hubungan seks.
Vaginismus terbahagi kepada dua iaitu primary dan secondary. Dr. Aishah berkata, primary merupakan keadaan seseorang wanita yang tidak pernah melakukan hubungan kelamin walaupun sekali. Katanya lagi, terdapat banyak sebab yang berlaku di dalam primary.
Gambar sekadar hiasan.
Antara Sebabnya:
Anxiety
Takut sakit
Otot mengeras
Sejarah silam
Anxiety terjadi apabila isteri takut melakukan hubungan seks kerana mendengar perkongsian rakan-rakan yang menyatakan bahawasanya ‘seks itu sakit’. Dr. Aishah menyatakan majoriti pesakit beliau datang disebabkan masalah anxiety dalam diri mereka.
Kesan anxiety, secara tidak langsung mendorong kepada tindak balas badan pesakit yang menjadikan otot-otot mengeras ketika melakukan hubungan intim itu.
“Apabila dia takut, otot badan otot kaki dan otot penis akan mengeras. Ini adalah yang paling selalu terjadi sebab kenapa pesakit itu ada Vaginismus.” kata Dr. Aishah.
Mengungkap mengenai sejarah silam, Dr. Aishah menjelaskan menjadi mangsa cabul memungkinkan pesakit berasa sangat takut mendekati seks ekoran trauma yang dihadapi.
Manakala, secondary ialah wanita yang pernah melakukan hubungan seks tetapi tiba-tiba pada satu waktu dia tidak mampu lakukannya.
Ini Antara Sebabnya:
Anxiety
Bersalin
Pembedahan
“Biasanya lepas bersalin atau pembedahan dekat vagina, mungkin pesakit berasa takut sakit atau pun dia fobia. Time tu dia jadi anxiety dan dia takut untuk buat hubungan seks.” kata Dr. Aishah.
Beralih kepada persoalan bagaimana boleh timbulnya perasaan takut kepada wanita untuk melakukan seks, ini yang disampaikan oleh Dr. Aishah.
“Rata-rata pesakit yang datang ke klinik saya, daripada pengalaman saya, kaum hawa ni dia takut nak buat hubungan seks dia dapat Vaginismus…sebab dia dengar cakap kawan.
“Kawan cakap seks itu sakit! Seks itu berdarah! Seks tu pedih! Maka dia pun takut sebab dia tak pernah lagi rasa sakit ni (seks) kan.” jelas beliau.
Tambahnya lagi, sebelum membuat rawatan Vaginismus pesakit akan ditanya terlebih dahulu mengenai penyakit lain yang juga boleh jadi faktor tidak mahu/takut lakukan seks.
Gambar sekadar hiasan
Antara Penyakitnya:
Jangkitan kuman pada vagina
Jangkitan kuman pada pundi kecing
Masalah dubur
Vulvar Vestibulitis (sensetif pada kawasan berhampiran tempat kemaluan)
Vulvodynia (urat saraf pada kemaluan yang sentiasa aktif akibatkan rasa sakit)
Masalah kulit
Menopause
Malah, Dr. Aishah turut berpesan kepada penghidap penyakit Vaginismus. Di mana, 80% adalah keinginan pesakit untuk berubah dan selebihnya adalah rawatan daripada doktor.
Pesakit tidak perlu berasa segan dan takut untuk mendapatkan rawatan. Pergilah bertemu dengan pakar yang bertauliah. Ternyata kita mampu mengubah dan jika mahu hidup bahagia bersama pasangan tercinta.
Diabetes, penyakit yang sukar untuk dikesan pada peringkat awal, sehinggakan sesiapa sahaja yang menghidapnya menganggap ia perkara ringan dan diabaikan.
Jangan pandang ringan pada penyakit ini kerana diabetes mencetus segala punca penyakit kronik dan jika tidak ditangani boleh membahayakan kesihatan seseorang, mungkin juga boleh membawa maut.
Diabetes – Penyakit Metabolik
Diabetes adalah sejenis penyakit metabolik yang sering ditemui di merata dunia termasuk di Malaysia. Penyakit ini akan menyebabkan kerosakan organ-organ dalaman seperti ginjal, jantung, otak, saraf, mata, kulit dan sebagainya.
Seseorang yang dikaitkan dengan diabetes adalah mereka yang mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi dan boleh membawa banyak jenis gejala dan masalah lain.
Malahan, jangan anggap diabetes tidak menyerang remaja atau orang muda. Walhal, sekarang ini semakin ramai yang menghidap diabetes pada usia muda, bahkan kanak-kanak. Salah satu penyakit ini disebabkan oleh faktor keturunan.
Keturunan – Faktor Penyebab
Selain daripada faktor keturunan, terdapat juga faktor lain yang menjadi punca kepada penyakit diabetes iaitu, ketidak seimbangan pemakanan (makanan dan minuman yang tidak sihat atau manis), kurang bersenam, berat badan berlebihan dan sebagainya.
Diabetes juga dibahagiakan kepada diabetes tahap 1, tahap 2 dan lain-lain. Diabetes tidak hanya diturunkan kepada gen (keturunan) kerana faktor lingkungan dan pola gaya hidup juga boleh menjadi pemicu timbulnya diabetes.
Lelaki @ Perempuan
Sesiapa sahaja boleh mendapat penyakit ini tanpa mengira jantina atau umur. Tidak dinafikan, semakin ramai pesakit-pesakit muda yang mendapat diabetes sekarang ini, malah ada pesakit yang dalam lingkungan umur belasan tahun.
Antara Simptom
Berat badan turun tanpa sebab
Berat badan akan turun jika anda mengubah pola pemakanan, melakukan aktiviti yang melebihi aktiviti biasa, sembuh dari sakit dan sebagainya. Tetapi, jika berat badan turun tanpa sebab, mungkin kerana gejala diabetes tahap 1.
Kerap membuang air kecil
Kerap mahu membuang air kecil. Walaupun baru sahaja ke tandas, selang beberapa minit mahu ke tandas untuk kencing.
Sering dahaga
Tanpa sebarang sebab anda merasa sangat dahaga sepanjang hari. Ia terjadi kerana badan kehilangan air dan memerlukan cairan dalam badan.
Penglihatan semakin lemah
Penglihatan anda semakin kabur kerana tingkat glukosa dalam darah meningkat.
Cepat penat
Anda merasa cepat penat daripada biasa.
Warna kulit berubah
Bintik-bintik hitam timbul pada kulit dan biasanya berlaku di bahagian leher.
Kerap lapar
Kadar insulin membuatkan seseorang itu cepat merasalapar walaupun sudah makan banyak daripada biasa.
Luka sukar sembuh
Petunjuk yang senang anda tahu tentan diabetes adalah luka pada bahagian badan. Perhatikan, jika anda mengalami luka atau tergores sehingga mengambil masa yang lama untuk sembuh berbanding biasa.
Jenis-Jenis Diabetes
Diabetes jenis pertama (Type 1 Diabetes) – Dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM – Insulin Dependent) atau diabetes awal remaja. Rawatan penyakit ini memerlukan suntikan insulin dari umur kanak-kanak atau awal remaja lagi.
Gejala: Ia berlaku pada kanak-kanak. Jika anak kerap rasa tidak sihat atau demam, lakukan ujian paras glukos dalam darah.
Diabetes bebas insulin (Type 2 Diabetes) – Dikenali sebagai diabetes peringkat permulaan dewasa. 90%-95% daripada penghidap kencing manis mengidap diabetes bebas insulin (Type 2 Diabetes).
Gejala: Ia berlaku kepada orang dewasa. Kerap terkena jangkitan kuman atau kudis, luka yang lambat sembuh, kerap kencing terutamanya pada waktu malam, selalu rasa lapar atau dahaga yang luar biasa.
Diabetes Boleh Disembuhkan
Ada beberapa kes di mana penyakit diabetes dapat dikawal seperti sedia kala tetapi dengan menggunakan ubat. Ada juga kes di mana pesakit diabetes yang pulih dan tidak lagi memerlukan ubat. Jadi, untuk mendapatkan kepastian, pesakit perlu mendapatkan nasihat daripada Pakar Perubatan masing-masing.
Sumber: Dr. Soehardy Zainudin, Consultant Nephrologist & Physician Tropicana Medical CentreTropicana Medical Centre (M) Sdn Bhd, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Wooww, macam tu saja Selena Gomez tanggal mekapnya yang berharga RM1075! Ya, sebab harganya itu, videonya tular dan mengejutkan ramai peminatnya.
Memang teknik menanggalkan mekap dan kotoran pada wajah, kita dah tahu caranya. Ada yang guna wipes, micellar water, dan kalau rajin pasti guna teknik double-cleansing atau sekadar dengan pencuci muka.
Namun ramai yang lebih menyukai double-cleansing sebab lebih bersih dan memberi kebaikan terbaik pada kulit.
Makna Double Cleansing
Double cleansing ialah kaedah mencuci wajah secara dua kali. Cucian pertama menggunakan oil cleanser sahaja dan yang kali kedua kita akan gunakan water base cleanser ataupun oil cleanser.
Biasanya semasa cucian kali kedua ini kita akan gunakan pencuci wajah yang biasa kita pakai. Teknik cucian ini juga berasal daripada rutin penjagaan kulit yang diamalkan oleh masyarakat Korea dan Jepun.
Selena Gomez Tanggal Mekap Guna Serum Harga RM1075, Mahalnya!
Berbeza dengan artis wanita ini, Selena Gomez, pengasas Rare Beauty muncul di TikTok dengan satu video berkongsi cara untuk menanggalkan mekap.
Apa yang menarik, Selena menggunakan serum, La Mer, untuk menanggalkan mekapnya yang berharga RM1075 untuk 15ml!
Dari video tersebut, serum La Mer The Concentrate Serum disapu pada kedua belah pipi untuk mengeluarkan kesan foundation. Kemudian ditarik pada bahagian mata dan menggosok perlahan untuk menanggalkan bekas pembayang mata. Bersih tetapi terkejut bila tahu harganya, bukan?
@selenagomezPSA I got most of these products free. I ain’t just rolling like that everywhere. Use any serum to take off make up before washing. It breaks it up nicely. Also use a sponge to wipe eyes to treat eyes delicately when removing make up. K I’m done pretending I know what I’m taking about.♬ Never Be Me – Miley Cyrus
Selain itu, Selena juga menggunakan Bioderma Sensibio H2O Make-up Removing Micelle Solution untuk kesan mekap yang degil atau jenis waterproof.
Penyanyi ini tidak hanya menggunakan tuala tetapi mekap span seperti beauty blender.
La Mer The Concentrate Serum 15ml [RM1075]
Haaa… ada yang mahu ikut cara Selena Gomez tak?
Anda kena waspada kerana setiap formula serum berbeza dari segi tekstur dan bahan. Serum mengandungi formula yang lebih pekat, dan jika digunakan sebagai face-rubbing mungkin dapat memberi kesan kulit sensitif.
Cara yang terbaik ialah tanggal sahaja mekap guna produk yang lebih ringan sebagai contoh micellar water.
Lagipun, serum bukan murah ya guys! Sebelum tiru caranya, semak poket dulu.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!