Faktor sering berjaga lewat malam boleh menyebabkan seseorang itu mengalami gejala penyakit insomnia.
Jika tidak diatasi segera akan mengganggu rutin harian kerana kita tidak tidur pada waktu kebiasaannya.
Jadi bagi mereka yang mengalami masalah ini, akan dinasihatkan untuk bersenam dan menjaga pemakanan serta tidur pada waktu ditetapkan
Perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad menerangkan lebih jelas gejala lain dan langkah untuk atasinya.
TAK TIDUR TIGA MALAM TANDA INSOMNIA KRONIK
Tidak dapat tidur secara berterusan selama tiga malam dalam tempoh seminggu dan mengalaminya secara berterusan sepanjang tiga bulan, tanda seseorang itu menghidap insomnia kronik.
Ada pelbagai cara merawat insomnia termasuk ubat hipnotik atau ubat tidur tetapi ia hanya untuk jangka pendek kerana boleh menyebabkan ketagihan. Jika pesakit mempunyai penyakit mental, amat penting penyakit itu diubati dengan ubat sepatutnya.
Insomnia terbahagi kepada dua peringkat iaitu primer dan sekunder. Insomnia primer adalah disebabkan gangguan tidur, berlaku bukan disebabkan penyakit, penyakit mental, genetik atau ubat.
Insomnia sekunder pula disebabkan pelbagai jenis penyakit kronik seperti asma, hipertiroidisme, arthritis, barah, pedih ulu hati (GERD), alahan dan sakit belakang. Sesetengah ubat yang diambil juga memberi kesan sampingan insomnia seperti ubat darah tinggi dan demam.
Gaya hidup tidak sihat juga seperti makan lewat malam, mengambil dadah atau alkohol boleh menyebabkan insomnia.
GANGGUAN MENTAL PUNCA SUKAR TIDUR
Penyakit mental yang dikaitkan dengan gejala insomnia adalah kemurungan (depression) dan kegelisahan (anxiety) iaitu penghidap sentiasa risau atau sering memikirkan masalah sehingga mengganggu tidur.
Pesakit `Bipolar Mood Disorder’ juga boleh mendapat gangguan tidur yang mana ketika fasa mania, penghidap ada kalanya berasakan sentiasa bertenaga, banyak perkara yang diperlu dilakukan, banyak idea yang perlu diketengahkan sehingga enggan tidur.
Insomnia yang terjadi dalam tempoh antara beberapa hari sehingga beberapa minggu dikenali sebagai insomnia akut.
Serangan ini boleh berlaku apabila emosi terganggu disebabkan kejadian seperti kematian orang disayangi atau mengalami tekanan hidup serta boleh datang dan pergi mengikut keadaan semasa individu terbabit.
Pesakit juga dinasihatkan menjalani gaya hidup lebih sihat termasuk bersenam, makan diet seimbang dan tidur pada waktu tetap setiap hari.
GEJALA INSOMNIA
1. Mengantuk pada sebelah siang.
2. Keletihan.
3. Mudah marah.
4. Sukar memberi tumpuan dan memori.
LANGKAH ATASI INSOMNIA
1. Tidur pada waktu tetap setiap malam.
2. Bangun pada waktu sama setiap pagi.
3. Elakkan tidur di siang hari.
4. Elakkan menggunakan telefon tangan atau membaca menerusi gajet.
5. Elakkan kafein, nikotin dan alkohol di lewat malam.
6. Senaman sebelah petang (elak bersenam tiga jam sebelum tidur).
7. Jangan makan hidangan berat pada lewat malam.
Sekiranya tidak boleh tidur:
1. Baca buku.
2. Lakukan aktiviti yang boleh membuatkan anda mengantuk.
Nak diet tapi jenis tak boleh tinggal nasi, anda boleh cuba cara paling mudah dengan mengawal kalori masuk setiap kali menjamu selera.
Baik dari sarapan sampai lah makan makan, sebaiknya ambil peduli dan kontrol daripada berlebihan.
Nak Diet Tapi Tak Boleh Tinggal Nasi
Ini antara menu diet yang saudari Lyn makan untuk buang 10kg, menu diet kali ni semuanya ada nasi. Jadi siapa yang nak diet tapi tak boleh tak makan nasi boleh try menu ini.
Menu 1
100g nasi putih + ikan siakap bakar dalam airfryer +sayur tauhu dan timun tumis
Menu 2
100g nasi putih + telur hancur sambal + sayur bayam
brazil, tamato cherry dan ikan bilis tumis
Menu 3
100g nasi putih + ikan siakap bakar dalam air fryer + sayur brokoli dan lobak tumis
Menu 4
100g Nasi putih + telur rebus + timun + sayur terung masak terayaki
Kalau anda ikut menu ini, jumlah kalori semua menu yang masuk bawah 400kcal sahaja. Sangat sihat untuk dijadikan menu tengah hari.
Nanti cuba, ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim ikan siakap kan. Banyak sudah info pasal ikan ini telah dikongsikan. Jom kenal bahagian badan ikan siakap pula
Dan atas permintaan Prof Zulkiflee Abd Latif, saya tambahkan khasiat ikan siakap. Semoga bermanfaant untuk semua.
Ikan siakap sangat kaya dengan sumber protein, selenium, asid lemak penting omega-3, potasium dan vitamin B6, disamping sodium, fosforus, magnesium, vitamin B12, iron, kalsium dan vitamin B1.
Kandungan asid lemak omega-3 yang banyak dalam siakap penting untuk kesihatan jantung dan membantu mengawal kolesterol dalam darah. Selenium pula penting untuk badan menghasilkan antioksidan semulajadi dan hormon thyroid.
Vitamin B6 penting untuk sistem saraf, menguatkan imuniti badan melawan penyakit, dan proses metabolisma badan. Vitamin B12 pula menyokong fungsi sel saraf, penting dalam menghasilkan sel darah merah, dan penghasilan DNA.
Pun begitu, seperti juga dengan makanan lain, makanlah ikan siakap dengan bersederhana. Bergantung kepada lokasi penangkapan dan saiz, ikan siakap boleh jadi pengumpul merkuri.
Juga mengandungi jumlah kolesterol yang signifikan. Maka, usah berlebihan kerana apa-apa yang berlebihan boleh membawa mudarat!