PCOS adalah satu sindrom yang boleh memberi kesan kepada kitaran haid, kesuburan dan rupa fizikal seseorang wanita yang mengidapinya.
Pesakit PCOS akan menghadapi masalah kitaran haid yang tidak menentu disebabkan ketidak-seimbangan hormon dalam badan dan ini boleh menjejaskan kesuburan pesakit.
Kebanyakan wanita PCOS juga akan mempunyai berat badan yang berlebihan (obes) dan boleh mengidapi diabetes, obstructive sleep apnea dan banyak lagi masalah jangka masa panjang (lihat komplikasi).
Oleh itu, mereka perlu menjalani saringan diabetes (kencing manis), tekanan darah dan kolesterol.
PCOS juga boleh menyebabkan ketidaksuburan (infertility) disebabkan telur (ovum) yang tidak menetas keluar, akan tetapi ada ubat-ubatan kesuburan yang boleh membantu masalah ini.
Dalam pada itu Pakar Nutrisi, Syaza Nutritionist turut memberitahu masalah gula dalam darah yang tinggi merupakan perkara yang sering berlaku dalam kalangan PCOS. Ini merupakan 6 simptom yang sering terjadi:
1) Kebanyakan mereka yang ada masalah PCOS sering mempunyai masalah ‘craving’ terutamanya teringin makan makanan manis. Ini kerana otak kita memberi signal supaya kita mengambil makanan yang mudah dicerna untuk membekallan tenaga kepada badan dengan lebih cepat
Ads
2) Rasa letih melampau juga sering terjadi dalam kalangan PCOS walaupun kadang kadang kita dah rasa cukup rehat
3) Sukar untuk tidur atau insomnia juga sering terjadi pada PCOSer dan ini menyebabkan badan rasa cepat letih dan lesu. Secara tak langsung, akan menganggu produktiviti seseorang.
4) Masalah kerintangan insulin juga antara kondisi metabolik yang mempengaruhi hampir 70% PCOSer. Perkara ini menyebabkan mereka rasa cepat lapar walaupun baru sahaja makan.
5) Berat badan juga susah turun walaupun mereka sudah mengurangkan kadar pengambilan. Disebabkan itu, pelbagai sudut perlu kita perhatikan untuk membantu mereka menurunkan berat badan.
Ads
Namun, jangan risau masalah ini boleh dikawal dengan cara yang semulajadi seperti:
Pengambilan karbohidrat yang sederhana. Cuba untuk kurangkan pengambilan karbohidrat sedikit demi sedikit. Lebih mudah jika dapat mengikuti pinggan sihat Malaysia iaitu suku-suku separuh.
Pastikan pengambilan pilihan karbohidrat yang rendah GI. Ini sangat membantu untuk mengawal kenaikan paras gula dalam darah dan membantu mengurangkan rasa lapar yang cepat.
Lakukan senaman secara konsisten atau berkala seperti senaman kekuatan dan berjalan.
Kawal stress kita, ada banyak perkara yang kita boleh lakukan seperti bersenam, berkongsi cerita, dan meluangkan masa bersama orang yang tersayang.
Ads
Boleh cuba untuk ambil supplement yang sesuai mengikut nasihat daripada pakar. Saya yakin jika kita lakukan secara konsisten, inshaAllah kita sendiri akan rasa perbezaan dan perubahan.
Antara señaman paling mudah dilakukan tanpa mengeluarkan modal tetapi tetap sihat adalah brisk walking.
Anda dinasihatkan untuk mencapai langkah 10 ribu sehari dan jika dilakukan secara konsisten dapat membantu menjaga jantung.
Apa itu brisk walking? Ia merupakan aktiviti berjalan dengan cepat dan dilakukan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan tahap kecergasan dan gaya hidup sihat.
Berbeza dengan kebanyakan senaman yang lain brisk walking merupakan aktiviti yang sangat rendah risiko kecederaan dan juga tidak memerlukan sebarang kos.
Kebaikan Brisk Walking
Buat yang aktif melakukan aktiviti brisk walking sebanyak beberapa kali dalam seminggu mereka akan alami beberapa perubahan positif dalam masa yang pendek. Salah satunya ialah brisk walking mampu menurunkan tekanan darah serta membantu mengurangkan risiko menghidapi diabtetes type 2.
Secara dasarnya brisk walking merupakan salah satu aktiviti intensiti sederhana aerobik intensiti. Centers for Disease Control and Prevention (CDC) di Amerika Syarikat mengklasifikasikannya sebagai aktiviti yang mampu membuat seseorang berpeluh dan meningkatkan kadar degupan jantung yang masih mampu membuatkan mereka bercakap tetapi tidak menyanyi.
Dalam erti kata lain senaman brisk walking bukanlah jenis berimpak tinggi yang membuatkan indvidu melakukannya boleh tercungap-cungap. Kebiasaannya aktiviti brisk walking bergerak pada kelajuan maksimum 7.24 km/j.
Melakukan senaman brisk walking secara rutin setiap hari pula mencukupi dilakukan selama 30 minit sahaja.
Teknik Larian Yang Baik
Walaupun brisk walking tidaklah sukar dilakukan namun terdapat beberapa cara dan tip yang baik boleh anda ikuti. Berikut beberapa teknik brisk walking:
– Mulakan dengan susunan berikut iaitu warm up sebelum melakukannya dan cool downn bila sudah hampir berakhir dengan memperlahankan rentak berjalan.
– Pastikan bahu sentiasa di bawah dan lakukan langkahan dengan relaks dan lurus.
– Lakukan langkahan dengan kaki ke depan dari tumit.
– Bila sudah selesa boleh cuba tingkatkan tahap kesukaran dengan kawasan berbukit atau mendaki.
Andai kata kaki terasa sakit selepas melakukan brisk walk, rendamlah kaki di dalam air suam atau lakukan urutan sesuai.
Tahap pembakaran kalori pula bergantung kepada berat seseorang dan juga beberapa faktor lain.
Sebaik memegang jawatan sebagai Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin dilihat sangat komited menjalankan tugas dan amanah diberi.
Dalam seminggu pelbagai perubahan dilakukan dan salah satunya penambah baikan dalam sistem Aplikasi MySejahtera.
Aplikasi MySejahtera yang telah dikemas kini dengan penambahan kemudahan paparan status vaksinasi dan risiko seseorang.
Melalui satu ciapan di laman Twitternya, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, penambahbaikan dalam aplikasi itu bermula pada malam tadi.
Katanya, paparan baharu itu akan menunjukkan sama ada seseorang itu sudah divaksinasi sepenuhnya atau tidak setiap kali dia mengimbas kod QR daftar masuk.
Ciapan ini telah diretweet lebih 32 ribu follower di twitter dan rata-rata warganet menyambut baik penambaikan yang dilakukan kementeriannya.
Lokasi merupakan salah satu faktor yang boleh membuatkan kita rasa lebih seronok dan bersemangat nak buat aktiviti.
Dikongsikan beberapa lokasi yang boleh membuatkan anda rasa seronok melakukan aktiviti kecergasan.
Tahukah anda bila kita lakukan aktiviti di pelbagai lokasi, mood dan juga aktiviti yang kita buat pastinya berbeza.
Taman Rekreasi
Boleh ke taman rekreasi yang berdekatan. Kawasan ni tak sunyi dan selamat sebab ini tempat tumpuan keluarga membawa anak-anak mereka beriadah. Di taman rekreasi selalunya ada fasiliti yang sesuai untuk beriadah. Ada trek joging atau berjalan kaki, berbasikal dan lain-lain.
Padang Luas
Sekiranya kita rancang untuk buat aktiviti secara berkumpulan dan beramai-ramai dengan kawan-kawan atau kenalan, adalah lebih baik kita lakukan di kawasan lapang seperti di padang. Tak mengganggu orang lain .
Taman Tasik
Berjalan kaki mengelilingi tasik pastinya menenangkan. Sambil berjalan, sambil tengok tasik. Tak adalah rasa jauh sangat perjalanan bila ada pemandangan yang cantik dan menenangkan jiwa.
Gimnaisum
Anda perlukan khidmat nasihat profesional kerana mungkin anda ada masalah kesihatan ? Atau anda perlu gunakan alatan senaman yang sesuai ? Gimnasium merupakan lokasi yang paling sesuai. Anda boleh melanggan yuran perkhidmatan secara bulanan atau tahunan.
Dewan
Nak buat aktiviti di dewan kena buat tempahan dulu. Tak kiralah dewan di hotel, sekolah atau dewan orang ramai. Tapi pastinya ada tujuan tertentu bila nak buat aktiviti di dewan kan? Sebagai contoh, anda mungkin mengatur (organize) aktiviti berkumpulan secara formal. Bersama persatuan , sekolah-sekolah, universiti atau lain-lain. Ianya lebih mudah dibuat di sini supaya senang dikawal.
Untuk aktiviti seperti yoga, tentunya anda boleh lakukan sahaja di rumah. Beli sahaja tikar yoga (yoga mat) dan anda boleh lakukan di rumah. Pergerakan senama yoga boleh dilihat melalui video atas talian (online) . Tak ada masalah bukan ? Senaman dari rumah juga sesuai pada mereka yang introvert atau pemalu. Ia pasti menjadi pilihan utama.
Tepi Pantai
Inginkan kelainan atau sedang bercuti di pantai bersama keluarga? Apa kata lakukan aktiviti kecergasan di tepi pantai. Sambil menikmati pemandangan laut dan ombak. Boleh berjalan kaki, boleh TaiChi, boleh yoga dan macam-macam lagi. Yang penting ia pasti tak membosankan anda dan anda rasa sangat tenang.