Kurang sihat, pelakon dan usahawan, Wawa Zainal muntah darah ketika menunaikan ibadah umrah di Mekah akibat terlalu letih.
Menurut Wawa atau nama penuhnya Nur Hawa Zainal Abidin, 32, masalah kesihatan tersebut dihadapi selepas mengalami panas dalam namun bersyukur masih mampu mengerjakan ibadah yang turut ditemani suaminya, Aeril Zafrel.
Wawa Zainal Muntah Darah Ketika Umrah
“Alhamdulillah, selesai menunaikan umrah semalam. Pagi itu, saya rasa sakit sangat memang tak mampu nak bangun.
Ads
“Sampai muntah darah. Mungkin sebab panas dalam. Minta doa banyak-banyak supaya sembuh, jadi boleh umrah bersama kumpulan. Alhamdulillah dipermudahkan,” katanya dalam InstaStory hari ini.
Menerusi hantaran berbeza, bintang filem 99 Kali Rindu itu turut memuat naik foto keputusan ujian kesihatan kendiri Covid-19, Influenza A dan B, namun bersyukur semuanya negatif.
Ads
“Dua kali buat pemeriksaan sebab sakit sendi dan urat yang tak boleh bawa bincang tetapi Alhamdulillah keputusannya negatif.
Ads
“Mungkin letih sangat sebab bekerja tanpa henti kemudian terus ke sini Mekah untuk menunaikan umrah. Badan pula sudah mencecah 30-an tetapi perasan 20-an dan ingat boleh buat semua benda,” katanya lagi.
Pergi Ke Tanah Suci Dengan Team
Terdahulu, Wawa bersama Aeril dan anak ketiganya, Ayya Soffya berangkat ke Tanah Suci pada Khamis lalu bersama kumpulan usahawan yang banyak membantu perniagaan Wawa Cosmetic.
Setiap kali melihat orang lain berpenampilan langsing, hati terdetik kenapa diri tidak boleh jadi seperti itu.
Dek kerana mahu berubah dan menjalani hidup lebih sihat memberikan azam kepada wanita ini untuk tampil dengan berat badan ideal.
Sememangnya niat Nadia Ismail, 32 tahun untuk kurus adalah kerana mahu menjalani gaya hidup lebih sihat. Maklumlah ada sedikit rasa cemburu tatkala melihat penampilan rakan-rakan lain yang kurus dan langsing.
Tidak menunggu lama untuk berubah, bermula 1 Januari 2021 lalu bermulalah perjalanan diet bagi dirinya.
Setahun Hilang 26 KG
Justeru dia terus mengubah minda terlebih dahulu jika mahu kurus kena bermula dengan menjaga yang diambil.
“Saya start diet bermula 1/1/2021 dengan berat ketika itu 85 kilo. Dan sekarang berat saya sekitar 59 kg. Untuk tempoh setahun berdiet ini saya telah berjaya melenyapkan hampir 26 kg.
“Sebaik memulakan diet, saya memang terus menjaga pemakanan. Saya amalkan diet suku-suku separuh, cut terus air manis dan segala macam kuih-kuih dan juga kek.
“Bukan itu saja, saya tinggalka terus fast food, tidak ambil roti canai dalam tempoh 6-7 bulan itu.
“Kalau teringin sangat nak makan, saya ambil sikit saja sebagai kata orang rasa-rasa,” katanya yang sekarang bila berat sudah turun, barulah berani ambil sekali sekala makanan berkenaan.
Menurutnya, kuih-muih dan air minuman manis inilah penyumbang utama badan seseorang itu menjadi gemuk.
Kurus Sebab Nak Cantik Untuk Suami
“Permulaan diet itu memang saya buat dengan cara kira kalori makanan diambil. Selain itu, saya juga buat senaman workout seperti skipping, tabata, walking, hiking dan sekarang lebih gemar aktiviti berbasikal.
“Aktiviti berbasikal pula kini sudah jadi hobi yang menyeronokkan. Setelah hampir setahun amalkan gaya hidup sihat, alhamdulillah saya berjaya dapat berat ideal. Kalau boleh mahu kurang lagi,” tambahnya yang berkata minum air kosong juga menjadi amalannya sehinga kini.
Jelas Nadia, dia mahu kurus bukan untuk sihat semata-mata, tetapi mahu kelihatan cantik untuk suami.
Pesannya lagi untuk menjalani proses diet ini minda dan jiwa kena kuat. Selain itu seseorang juga perlu sentiasa berdisiplin terutama dalam menjaga pemakanan. Ini kerana jika tidak segara usaha dilakukan hanyalah sia-sia.
50 Peserta Join #RapiWerkit, Layan Zumba Aerodance Tiktok Party Tanpa Henti Satu Jam Setengah. Jika sebelum ini peserta yang hadir sekitar 30 orang, tetapi untuk zumba kali ini team #RapiWerkit berjaya menghimpunkan 50 peserta sekaligus dalam Zumba Aerodance Tiktok Party anjuran portal kecantikan dan kesihatan RAPI pada Sabtu lalu bertempat di Ladies Fitness Inspire, Bandar Saujana Putra.
Seawal jam 8 pagi peserta sudah datang dan masing-masing tidak sabar untuk mengeluarkan peluh.
Zumba Aerodance kali ini lebih istimewa kerana menghimpunkan 3 Zin bertauliah, iaitu Coach Sarimah, Coach Ariatie dan Coach An yang begitu bertenaga menggerakkan seluruh anggota badan mengikut muzik dimainkan.
Bermula tepat jam 9 pagi, dengan permulaan lagu-lagu rancak sebagai pembukaan tarian Zumba Aerodance, peserta begitu bersemangat mengikut rentak senaman dengan bantuan tiga zin cukup berpengalaman serta amat fit kerana mampu berzumba tanpa henti selama satu jam.
Layan Zumba Aerodance Tiktok Party Tanpa Henti
Kelihatan peserta masing-masing terus leka dan ligat menari hinggalah ke muzik yang terakhir. Kelihatan peluh merecik keluar dari dahi disebabkan aktiviti senaman Zumba Aerodance non stop ini.
Sebelum majlis berakhir, turut diadakan acara Lucky Draw untuk tiga pemenang serta sesi photography sebagai kenang-kenangan dari semua team dan peserta yang terlibat.
Baru-baru ini anak kedua kepada pelakon Amyra Rosli telah dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti virus Kawasaki.
Keadaan ini amat mencemaskan apabila tahap oksigen menurun hingga Amyra turut meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan Aryssa yang berusia 2 tahun.
Namun begitu dalam perkembangan terkini, Aryssa sudahpun beransur pulih tapi masih lagi dalam pemantauan doktor.
Apa sebenarnya bahaya virus Kawasaki ini hingga boleh menyerang mangsanya terutama kanak-kanak.
Perkongsian di laman twitter MyHeart Community memberikan penjelasan mengenai virus ini yang biasanya menjangkiti budak bawah 5 tahun ke bawah.
Baru-baru ini, anak selebriti Amyra Rosli dijangkiti virus Kawasaki. Virus ini biasanya menjangkiti budak bawah 5 tahun & boleh effect pada jantung.
Apa sebenarnya penyakit ni? Kenapa nama dia macam bunyi2 Jepun? Parents yg ada anak bawah umur 5 tahun kena baca thread ni
Virus Kawasaki pertama kali direkodkan ialah pada tahun 1967 di Jepun oleh Dr Tomisaku Kawasaki. Lebih 75% pesakit Kawaski ialah kanak-kanak berumur bawah 5 tahun & selalu menyebabkab penyakit jantung dalam kalangan kanak-kanak.
Jika pesakit dapat dikesan & dirawat awal, biasanya dapat pulih dalam masa beberapa hari. Penyebab utama virus ini masih tak dpt dikenalpasti tapi penyakit ini tak berjangkit.
Ini adalah tanda & simptom virus kawasaki:
1. Demam panas antara 38.3-39.4 melebihi 4 hari & tak sembuh dengan ubat demam biasa. Simptom lain akan muncul dalam tempoh 14 hari sejak demam bermula.
2. Kelenjar membesar terutamanya di leher
3. Tangan atau tapak kaki membengkak & menjadi kemerahan
4. Konjunktivitis, iaitu mata merah tapi tak berair
5. Lidah merah & bengkak serta pecah bibir
6. Ruam yang sangat teruk pada kulit
7. Kemerahan pada tempat suntikan BCG
8. Kulit terkupas pada hujung jari tangan & kaki selepas 2 minggu.
Gambar sekadar hiasan.
Simptom virus ini datang dalam 3 peringkat. Virus ini boleh menyebabkan masalah jantung pada hari ke 10-14 selepas simptom pertama bermula.
Sesetengah pesakit mengalami radang atau sakit sendi antara masa demam berakhir sampai hari ke 25 virus ini muncul. Virus ini juga boleh berterusan sampai 8 minggu.
Bila perlu jumpa dengan doktor?
Jika parents lihat suhu badan anak sangat tinggi dalam satu tempoh yang lama & tak sembuh dengan makan ubat demam & anak ada salah satu dari simptom Kawasaki, segeralah berjumpa dengan doktor terutamanya lika baby berumur bawah 1 tahun.
Virus ini tak dapat dielak tapi pesakit biasanya akan pulih sepenuhnya dalam 6-8 minggu tapi pesakit masih boleh develop complications.
Lagi cepat pesakit mendapatkan rawatan adalah lebih bagus. Intravenous immunoglobulin (IVIG), a solution of antibodies, and aspirin adalah antara 2 rawatan utama yang digunakan untuk merawat Kawasaki disease.
Moga setiap anak & ibu bapa yang diuji dengan kesakitan ini, diberikan kekuatan dan ketabahan oleh Tuhan.
Jangan lupa follow @MyHeartAssoc untuk tahu lebih banyak tentang isu kesihatan di negara kita.