Umur Dah Masuk 40 Tahun Tapi Sukar Turun Berat Badan. Ini Caranya Boleh Amalkan Setiap Hari!

Share

Tanpa kita sedar rupanya tabiat pemakanan dan hormon antara faktor penting terhadap timbunan lemak dalam badan sehingga mempengaruhi berat badan.

Oleh sebab itu setelah usia mencapai 40 tahun bukan mudah untuk menurunkan berat badan. Salah satu puncanya ialah perubahan beraktiviti.

Namun kalau ada usaha pasti segala yang diimpikan akan tercapai. Ada tiga cara utama yang perlu dilakukan bagi menjaga berat badan ideal iaitu bersenam, menjaga pemakanan dan amalan gaya hidup sihat.

Cara Mudah Jaga Berat Badan Usia 40-an

1. Lakukan senaman 30-60 minit sehari

Jumlah ini tidak perlu dilakukan sekaligus. Anda boleh melakukan 2-3 kali sehari sehingga berpeluh. Jika anda pergi bercuti sekalipun pastikan anda menjaga jadualnya secara teratur.

2. Dengar muzik kegemaran

Muzik yang rancak dan ceria terbukti dapat membangkitkan semangat untuk bergerak dan bersenam. Cubalah! Cari muzik yang anda sukai untuk anda bersenam.

3. Serta kumpulan senaman

Selalunya melakukan senaman secara bersendirian banyak halangannya. Disarankan sertailah kumpulan kecergasan seperti aerobik atau zumba di kawasan kejiranan anda. Tentu lebih mudah. Atau, ajak rakan-rakan anda untuk membentuk kumpulan kecergasan sendiri.

4. Minum air secukupnya

Air mencepatkan metabolisme badan selain dapat membantu membersihkan racun dalam badan. Minumlah air putih secukupnya setiap hari.

5. Ambil makanan berserat tinggi

Makanan jenis ini menjadikan anda merasa kenyang dalam jangka masa panjang. Antara contoh makanannya ialah kekacang, beras merah, kelapa dan buah pear.

6. Elak berbelanja ketika lapar

Sedang anda mencari barang keperluan untuk program diet di pasaraya, tiba-tiba perut anda berkeroncong. Lantas dengan lajunya anda mencapai snek atau makanan kudapan yang manis masuk ke dalam troli. Jangan dibiasakan tabiat ini, pastikan anda dalam keadaan kenyang sebelum keluar membeli.

7. Tidur yang mencukupi

Tidurlah 7-8 jam untuk kebaikan otot-otot badan setelah bersenam. Mereka yang kurang bersenam biasanya akan mengambil kudapan secara berlebihan. Apabila anda mengalami kesukaran tidur, lakukan senaman pernafasan yang mudah.

Artikel Berkaitan:

Rupanya Yogurt Dah Lepas Tarikh Luput, Masih Lagi Selamat Dimakan. Ahli Kimia Ini Jelaskan Sebabnya!

Ambil 16 Jenis Makanan Ini, Boleh Kurangkan Hormon Estrogen Berlebihan. Punca Penyakit Berkaitan Peranakan Wanita

 

 

Published by
Siti Zurina Mat Saman