Tak terkejut pun dengan kemenangan pelakon wanita popular, Ummi Nazeera apabila dia menang pelakon wanita terbaik dalam Anugerah Drama Sangat yang dianjurkan oleh TV3 Malaysia pada malam tadi.
Ramai terbayangkan lakonan penuh emosi yang pernah dibintangi oleh pelakon wanita cukup hebat ini. Lakonannya memberikan kesan mendalam kepada penonton sekali gus membuatkan ia menjadi bualan hangat ramai.
Kalau Ummi Nazeera menangis dalam TV, kita yang menonton pun auto akan ikut sekali menangis. Punyalah ‘drama’ itu sampai dan dekat dengan jiwa.
Menerusi perkongsian di Instagram TV3 Malaysia, dipaparkan Ummi Nazeera menang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonannya sebelum ini, Risik Pada Hati.
Haa.. masa inilah ramai yang ‘celik’ dengan kehebatan pelakon wanita berwajah manis ini. Malah air wajahnya terus tular di media sosial.
Namun bukan dalam masa yang singkat, pelakon wanita ini mendapat tempat di hati penonton selepas 16 tahun dalam industri.
Artikel berkaitan: Ummi Nazeera Tak Kontrol Cun, Kulit Memang Cantik Asli
Untuk info, drama Risik Pada Hati ini Ummi Nazeera membawakan watak seorang isteri yang tidak boleh memberikan zuriat kepada suaminya. Disebabkan itu, Ummi Nazeera sebagai Hayfa meminta suaminya untuk berkahwin lain.
Artikel berkaitan: Tip Kurangkan Mata Bengkak Akibat Menangis, Yang Tengok Dram Rindu Kasih Kena Amalkan
Pelbagai kejadian yang berlaku dalam kehidupannya selepas itu. Bagaimanapun, untuk yang masih ingat ada beberapa babak lakonan dalam drama ini yang tular dan menjadi satu fenomena. Itulah kesan pelakon hebat seperti Ummi Nazeera bermain emosi penonton.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terharu dengan kemenangan oleh pelakon ini. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan tersebut:
“Tahniah Umi Nazeera. Tak silap masa drama ni sedang ditayangkan dulu saya ada bagi komen mesti masuk anugerah..”
“Sepatutnya dari dulu memang layak menang. Tapi ye la baru tahun ni rezeki dia..”
“Memang selayaknya bukan drama ni saja tapi semua drama yang dia berlakon sangat berkesan..”
Pernah berkongsi tentang penjagaan rambut dalam laman EH!
, Ummi Nazeera pandai potong rambut sendiri ya.“Sebenarnya sama saja. Dulu dengan sekarang. Cuma selepas saya berhijab, saya dapat a new trick on how to cut my hair. Sebab ianya agak susah untuk mencari salun dengan bilik privasi khas untuk wanita berhijab.
Jadi, saya belajar potong rambut sendiri. Sebab sebenarnya memang dari dulu, I don’t really do anything to my hair. Sebab saya percaya bila kita letak terlalu banyak bahan kimia ke atas rambut kita, ia akan merosakkan lagi rambut. So, my tips is not to do so much to the hair.
“Pastikan mencuci rambut sebanyak sekali dalam masa dua hari. I try not to wash everyday. Tetapi jika ada satu masa yang mana saya sibuk untuk penggambaran, saya akan cuci untuk menghilangkan kesan minyak pada kulit kepala.
It’s depends on daily routine. Juga jangan lupa untuk pastikan rambut kering sepenuhnya selepas dicuci dan barulah memakai hijab demi untuk mengelakkan rambut berbuah.” kata Ummi Nazeera.
Sementara itu, ini antara pemenang yang diterima oleh pelakon lain menerusi Anugerah Drama Sangat 2023:
Pelakon Antagois Terbaik
-Gambit Saifullah (Suamiku Lelaki Perdosa)
Penulis Skrip Terbaik
-Wan Mahani & Maizura (Ayahanda)
Drama adaptasi Novel Terbaik
-Melur Untuk Firdaus
Anugerah BBNU Tonton Terbaik
-Aniq Suhair (Tahyul)
Pasangan Drama Terbaik
-Meerqeen & Anne Jobling (Melur Untuk Firdaus)
Ost Terbaik
-Nafas Cinta Khai Bahar & Aina Abdul (Kekasih Hati Mr Bodygrond)
Drama 8TV Terbaik
-My Dream My Wish
Pelakon Lelaki Terbaik
-Dato’ Aaron Aziz (Suamiku Lelaki Perdosa)
Pelakon Wanita Terbaik
-Ummi Nazeera (Risik Pada Hati)
Oppa Pilihan Tonton Dengan Kerjasama TVN Terbaik
-Cha Eun-Woo (True Beauty)
Pelakon Lelaki Popular Terbaik
-Redza Rosli (Kekasih Hati Mr Bodyguard)
Pelakon Wanita Popular Terbaik
-Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)
Drama Popular Terbaik
-Bisik-Bisik Gelora
Pengarah Terbaik
-Eyra Rahman (Suamiku Lelaki Perdosa)
Drama Sangat Terbaik
-Suamiku Lelaki Perdosa
Rapi juga ini mengucapkan tahniah kepada pelakon wanita, Ummi Nazeera di atas anugerah yang dia menangi. Moga terus berjaya dalam industri dan terbang lebih tinggi.