Tahap kesedaran tentang penyakit diabetes di kalangan kita masih rendah, malah ramai yang memandang remeh untuk membuat pemeriksaan kesihatan.
Malahan kalau ikutkan pendedahan mengenai diabetes sudah dibuat, tetapi masih ramai rakyat Malaysia cukup berat untuk mengamalkan pemakanan sihat. Lebih suka memilih yang manis-manis dan berlemak, jadi kalau ada penyakit pun langsung tak sedar.
Kempen Kesedaran Gaya Hidup Sihat
Baru-baru ini jenama Malaysia meningkatkan kesedaran kesihatan melalui kempen #samasamasihat. Menurut kajiselidik oleh Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, kira-kira 3.9 juta orang dewasa Malaysia terkesan akibat diabetes. Kadar kelaziman telah meningkat sejak 2011, dan dengan perubahan gaya hidup yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 pada tahun 2020, ramai pakar perubatan menyuarakan kebimbangan dan menjangkakan jumlah itu mungkin akan meningkat.
Kajiselidik oleh Indeks Diabetes Malaysia (“MDI”) yang dijalankan pada tahun 2021, yang disokong oleh AstraZeneca dengan Kerjasama Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (“MEMS”), mendapati kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengetahui risiko yang membawa ke arah diabetes, dan seterusnya kepada komplikasi kesihatan.
Ads
Sempena Hari Diabetes Sedunia pada 14 November, Central Sugars Refinery Sdn. Bhd. (“CSR”) dan KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare”) berganding bahu melancarkan kempen #SamaSamaSihat untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya gaya hidup sihat dan pencegahan.
Acara julung kali itu, yang dipanggil Jom Kekal Sihat Bersama, telah dijalankan di hospital pintar peringkat kuaternari utama KPJ Healthcare, Hospital Pakar Damansara 2 (“DSH2”) di Bukit Lanjan. Program ini juga disokong oleh syarikat makanan terkemuka seperti Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd., Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd., Federal Oats Mills Sdn. Bhd., dan FGV Integrated Farming Sdn. Bhd.
Ads
“Sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab dari segi sosial, kami percaya bahawa adalah penting untuk mendidik pengguna mengenai tabiat pemakanan yang sihat. Di CSR, kami menggalakkan penggunaan gula secara bertanggungjawab. Gula, seperti makanan atau minuman lain, harus diambil secara sederhana.” kata Encik Mohamad Zuki, Ketua Pegawai Eksekutif CSR.
Diabetes adalah salah satu punca utama yang membawa kepada pelbagai komplikasi kesihatan, oleh itu penting bagi kita untuk mendidik orang ramai dalam mengamalkan gaya hidup sihat secara keseluruhan dan penjagaan pencegahan melalui pemeriksaan kesihatan.
Ads
Jenama Yang Terlibat
Istimewanya, para hadirin diberikan pemeriksaan kesihatan percuma oleh KPJ Healthcare, manakala jenama yang mengambil bahagian mengambil peluang untuk mendidik pengguna tentang pilihan lebih sihat yang tersedia daripada rangkaian produk mereka seperti Gula Perang Better Brown oleh CSR, PusaCream Parboiled Basmathi Rice oleh JASMINE, Breakthru Wholemeal dengan Gandum Ungu Kanada oleh GARDENIA, Oatmeal Segera oleh CAPTAIN OATS, dan buah-buahan tempatan oleh LADANG’57.
Penampilan istimewa selebriti tempatan, Marsha Milan, yang menyertai sesi senaman Zumba juga mempersembahkan beberapa lagu, diikuti dengan demonstrasi masakan sihat, taklimat kesihatan oleh perunding pakar KPJ Healthcare dan aktiviti interaktif lain yang menarik sepanjang hari.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini tular dengan kisah air mineral yang dikatakan mahal berbanding jenama biasa.
Harganya sebotol berharga RM4.50 dan dianggap harga ‘kayangan’ yang hanya diminum oleh golongan atasan.
Kenapa agaknya air mineral jenama Evian ini mahal dan jadi pilihan ramai berbanding jenama lain.
Dikatakan air mineral ini mahal kerana qualiti yang baik dan bagus untuk kesihatan.
1. Baik Untuk Tulang, Jantung & Mampu Turunkan Berat Badan
Ia kaya dengan kalsium dan magnesium yang akan membuatkan tulang kuat, peradaran jantung yang baik dan membantu untuk menurunkan berat badan.
2. Dari Sumber Semula Jadi
Ia adalah daripada sumber air semula jadi yang bukan sahaja menghilangkan dahaga malah membantu tubuh menjadi lebih sihat.
3. Pengiktirafan Dari Segi Kesihatan & Brand ‘Awareness’
Air mineral Avian mendapat pengiktirafan dari segi kesihatan dan brand awareness tidak seperti jenama lain. Bukan sahaja dia melabur dalam pemasaran, namun dalam pelbagai acara termasuk Terbuka AS dan Wimbledon.
4. Air Dari Perancis
Ia datang dari wilayah tenggara Perancis, Rhone-Alpes. Harga air sedikit sebanyak meliputi kos pengedaran global.
Jika di Perancis atau bahagian lain negara Eropah, air ini mungkin lebih murah daripada harga di Malaysia. Namun untuk sampai ke negara-negara di Asia Tenggara, kos untuk mengedar jenama air Evian ini akan menjadi lebih mahal.
5. Botol Dari Bahan Kitar Semula
Demi melindungi bumi, Evian menggunakan botol dari bahan yang mudah dikitar semula. Website mereka mengatakan botol diperbuat daripada polyethylene terephathalate (PET) yang mempunyai proses pembuatan kompleks. Kosnya juga agak mahal untuk menghasilkan botol dengan kualiti 100% PET.
Cuba ukur portion ikut tangan setiap kali makan dan tengok hasilnya. Okay tak? Sebab orang cakap, kalau nak kurus atau maintain berat badan kena makan kira kalori.
Tetapi kadang susah nak kira kalori kalau makan macam-macam. Jangan risau, ini cara paling mudah untuk anda makan dengan seimbang setiap hari, hanya guna tangan sahaja.
Ukur Portion Ikut Tangan
Karbohidrat: 1 genggam tangan.
Protein:1 tapak tangan.
Lemak: 1/3 jari tangan.
Sayuran: Seluruh tapak tangan atau lebih.
Begitu mudah nak amal gaya hidup sihat, bukan? Yang penting tiap kali ambil makanan, beringat.
Barulah boleh turunkan berat dan maintain slim!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Air barli memang terkenal dengan minuman yang bagus untuk kesihatan. Minuman ini bukan sahaja boleh melegakan rasa haus, tetapi juga mengandungi pelbagai nutrien yang boleh memberi kebaikan kepada kesihatan.
Menerusi satu perkongsian Puan Mastura Rasyid, dia suka amalkan minum air bali untuk amalan kesihatan. Pernah berdepan dengan masalah air kencing kotor, minuman air barli sangat membantu lancarkan air kencing. Hilang terus rasa pedih dan tak puas kencing.
Bagus Untuk Hilangkan Morning Sickness
Minuman barli ni juga jadi pengalas perut waktu morning sickness teruk hingga tak lalu makan dan minum.
Dan kalau demam pula, saya akan minum air barli yang diperah sedikit lemon. Kejap je kebah. Badan pun sedikit bertenaga. Boleh bagi pada anak-anak kecil juga.
Cara masak barli ni pun mudah.
1. Rendam barli semalaman atau paling tidak pun, 2 jam bagi lembut.
2. Masak barli dengan air yang banyak macam masak bubur kosong. Boleh tambah daun pandan.
3. Masak barli hingga pecah. Api perlahan je tau. Selagi tak pecah, selagi tu dia masih kenyal dan tak sedap sangat dimakan.
4. Dah siap, tutup api. Boleh buat air macam saya buat dalam gambar. Tambah sedikit saja gula. Biji tu saya suka ratah.
5. Jika diminum untuk kesihatan, elakkan minum sedap. Maksudnya manis dengan gula.
Sejak saya kecik lagi, mak akan masak barli sekurang-kurangnya seminggu sekali. Biasanya memang dibuat minuman. Biji barli dimakan seperti bubur.
Saya boleh ratah barli ni bercawan-cawan sampai tersandar kekenyangan.
Kakak ipar yang berbangsa korea pula suka tanak nasi dengan mencampurkan sedikit biji barli. Nasi yang ditanak begini ada sifat anti-kanser.
Caranya jika masak 3 pot beras, nisbahnya 2:1. Iaitu 2 pot beras, 1 pot barli. Rendam dulu barli ya bagi lembut.
Dan adjust kuantiti barli ikut kesukaan. Tak perlu ikut nisbah betul-betul.
Untuk wanita yang ada masalah keputihan berketul-ketul, amalkan minum air barli setiap hari. InsyaAllah ini salah satu natural remedy terbaik selain dari makan yogurt dan citrus fruits.
Bonus lain untuk anda yang suka minum barli bersama bijirinnya, minuman ini sesuai diamalkan untuk orang yang sedang ingin menurunkan berat berat badan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!