Tasha menjelaskan, dia mengalami beberapa simpton seperti pening kepala, sakit tekak, hidung tersumbat dan batuk secara berperingkat, manakala anaknya hanya bergejala ringan.
“Walaupun keputusan (ujian saringan) Mateen positif tadi, saya bersyukur dia dalam keadaan yang sihat dan tak ada simpton teruk,” kataya menerusi perkongsian yang dilakukan di Instagram Story milinya.
Dalam pada itu, Tasha berkata, dia telah berusaha sebaik mungkin untuk menjaga bayinya daripada dijangkiti virus tersebut, namun akur dengan ketentuan-NYA
“Banyak tau effort mommy nak jaga Marteen supaya tak kena Covid. SOP paling ketat sekali sampai tidur pun mommy pakai mask. Tak apalah, pengalaman itu berharga. ALLAH nak hapus dosa-dosa mommy, naikkkan darjat mommy.
Ads
“Berhari-hari tak cium Marteen langsung. Bila dapat saja result, terus peluk cium Marteen dah alang-alang sama-sama positif kan. Keluarlah juga air mata mommy,” luahnya.
Dalam perkongsian sama, penyanyi lagu Bukan Aku berkata, biarpun hanya menjalani kuarantin di rumah, namun ia bukan sesuatu yang mudah buatnya apabila tidak dapat bersama suami dan anak sulung.
“Dengar macam kuarantin kat rumah dalam bilik, bukan ada apa pun. Tapi mental juga sebenatnya. Betullah orang kata, siapa yang pernah melaluinya sahaja yang faham.
Ads
“Menghitung hari bila dapat bersama semula dengan anak dan suami, itu yang paling menyakitkan buat saya. Mereka ada, tapi tak boleh dekat. Boleh dengar suara saja dari dalam bilik.
”Bila Muammar menangis, saya tak dapat pujuk. Masa makan paling sedih sebab selalunya saya yang suap dia makan. Kadang-kadang makan dalam biik ni, sampai menitik air mata rindu anak. Sekarang Muammar macam dah tak cari saya sangat, mungkin dah terbiasa. Lagi sedih tu,” katanya.
Tambah Tasha lagi, segala yang berlaku itu menjadi pengalaman dan perjuangan buat dirinya.
“Kita nak semua orang sihat. Jadi kita kena sabar. Bila muhasabah balik, ALLAH tak tipu, memang dalam setiap ujian itu, ALLAH datangkan sekali dengan hikmah.
Ads
”Banyak sebenarnya. Kita saja nak pilih untuk merungut atau bersyukur,” katanya yang mendirikan rumah tangga pada 8 September 2018 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muammar Rafiqi dan Mateen Rizqi.
Buat apa beli baru kalau anda tahu rahsia nak hilangkan kesan kunyit pada blender lama, benda boleh cuci dan jimatkan duit. Jom cuba beberapa tip menarik ini!
Bagi anda yang suka kisar kunyit guna blender, pasti menghadapi masalah ini. Sakit mata dibuatnya, itu yang beli baru. Tetapi sebenarnya ada cara anda boleh gunakan untuk menghilangkan kesan kunyit pada blender di rumah supaya kembali kelihatan baharu.
Hilangkan Kesan Kunyit Blender Lama, Tak Payah Beli Baru
CARA PERTAMA
-2 sudu makan cuka, 1 cawan air panas
1. Masukkan air panas dan cuka ke dalam blender anda. Biar selama 2-3 minit.
2.Kemudian anda blend campuran air panas dengan cuka tu beberapa kali sampai hilang kesan kotoran pada mata blender.
3.Akhir sekali, anda bilas dengan air panas dan keringkan.
CARA KEDUA
-3 sudu makan beras, 1 biji limau nipis, air secukupnya.
1.Anda potong limau nipis tu kecil- kecil.
2.Masukkan ke dalam blender bersama air dan beras.
3.Blend campuran bahan tadi selama 15-20 saat.
4.Tuang bahan kisaran ke dalam bekas lain dan bilas blender sampai bersih.
5.Hampas limau dan beras tadi tu anda boleh guna untuk bersihkan bahagian luar dan dalam blender.
CARA KETIGA
–Baking soda dan cuka
1.1/4 cawan baking soda dan 3/4 cawan cuka.
2.Masukkan dalam blender dan letakkan secawan air.
3.Gosok menggunakan span pinggan bersama cecair pencuci. Kemudian bilas seperti biasa. Lakukan sebanyak beberapa kali.
Sebenarnya banyak alasan digunakan seseorang untuk memulakan aktiviti senaman. Antaranya tidak ada masa, letih dan tiada seseorang yang menemani tatkala bersukan.
Namun itu bukan alasan sebagai penghalang untuk memulakan aktiviti senaman yang boleh membantu kesihatan tubuh badan.
Antara pelbagai cara yang boleh anda lakukan untuk memupuk minat dalam bersenam termasuklah;
1. Mencari Teman Bersenam
Mungkin jika anda melakukan senaman berseorangan, anda akan mudah berasa bosan. Oleh itu, cuba mencari teman bersenam sama ada kawan atau ahli keluarga untuk bersama anda.
Jika anda tidak mempunyai seorang pun rakan atau ahli keluarga yang suka bersenam, apa kata anda cari teman di tempat anda pergi seperti taman rekreasi, pusat gim dan sebagainya agar masa akan datang anda boleh lakukan secara bersama-sama.
Kredit: Pexel.com
2. Mainkan Muzik Digemari
Ketika anda ingin melakukan senaman tidak kira dimana pun anda berada. Cuba mainkan muzik yang bersesuaian agar anda akan berasa lebih yakin dan semangat untuk melakukannya.
Ada kajian mendapati bahawa pemilihan lagu yang tepat dapat meningkatkan pengaruh positif, menghasilkan mood yang baik dan menguatkan kecekapan pergerakan.
3. Pilih Aktiviti Menarik & Disukai
Bila sebut sahaja senaman ramai yang membayangkan anda perlu ke berlari atau memiliki peralatan profesional. Anda perlu tahu bahawa banyak aktiviti yang boleh dilakukan mengikut minat dan kebolehan anda sendiri.
Paling penting adalah anda perlu tahu bagaimana untuk membuatnya menjadi sesuatu yang menarik.
4. Jadikan Sebagai Permainan
Ternyata, kebanyakkan mereka di luar sana melakukan aktiviti senaman ini adalah kerana mereka ingin mencapai sesuatu yang diingini.
Contohnya seperti meningkatkan kadar pembekalan oksigen ke jantung, menghasilkan emosi stabil, mengharapkan bentuk badan yang diidamkan dan banyak lagi.
Oleh itu, anda disarankan menjadikannya sebagai aktiviti permainan agar seronok melakukannya dengan konsisten.
5. Beri Ganjaran Pada Diri
Dan akhir sekali, setkan minda anda dengan apa-apa ganjaran disukai sekiranya matlamat anda dapat dicapai. Jika tujuan anda bersenam untuk menurunkan berat badan tercapai hadiahkan sesuatu untuk diri anda sebagai tanda penghargaan. Secara tidak langsung ia akan memberikan inspirasi dalam diri anda sendiri.