Tak Salah Nak Makan Roti Canai Waktu Tengah Diet, Tapi Ikutlah Nasihat Lelaki Ini

Share

Ada ramai yang tengah diet tetapi teringin nak makan roti canai untuk sarapan. Cuma agak risau sebab menu ini kalorinya boleh tahan.

Jadi ada tak cara nak halang kita dari makan roti canai yang jadi makanan sarapan kegemaran orang kita?

Haa… jom ikut saranan Coach Fitness, Arif Syukri tentang kiraan kalori roti canai.

Salah Ke Sarapan Roti Canai?

Saya tahu. Ada orang pagi pagi suka sangat makan Roti Canai. Kalau tak pekena satu, memang tak sah.

Kalau tengah diet nak makan Roti Canai ok ke?

Untuk sekeping Roti Canai dengan set kuah sekali anggaran kalori adalah sekitar 300-350 kalori. Ini baru cerita satu jenis kuah Dhal sahaja. Belum tambahan Sardin, Kari dan sambal.

Cuma ia tidaklah bermakna awak perlu untuk tinggal atau haramkan terus Roti Canai dalam diet. Sebab ada orang 300kcal ok sahaja pada dia. Sebab still capai target dietnya.

Ada pula sebahagian orang, sekeping roti canai mana nak cukup. Kurang-kurang 2 keping barulah terasa nikmatnya. Kenyang sikit perut katanya. Kalau camni pagi pun dah habis 700kcal.

Mudahnya makanlah ikut kepada keperluan kalori kalian sendiri. Benar, Roti Canai antara sumber karbo. Boleh buat perut kita kenyang.

Namun jangan dilupa dalamnya juga ada sumber lemak dari minyak yang digoreng. Lagi banyak minyak diguna, lagi tinggi jugalah kalori yang ada padanya. Lemak pun tinggi.

Ikut Cara Ini Kalau Nak Makan

Jika awak dalam fasa diet boleh kurangkan jumlah Roti Canai yang biasa diambil. Dari 2 keping, tukar kepada sekeping sekali makan. Dari 2-3 jenis kuah, tukar kepada 1 jenis kuah.

Begitulah. Tak mesti kena haramkan terus atau beralih sepenuhnya kepada Capati. Selang selikan tanpa perlu rasa terbeban. Fleksibelkan diet dengan baik, tapi dalam kawalan.

Insya-Allah tak akan stres diet yang awak buat. Ada kat sini penggemar Roti Canai macam saya?

Selepas ini, anda boleh lah kira kalori setiap kali sarapan pagi. Seksa nak buang kalori tu bila dah bertapak dalam badan, jadi lebih baik jaga-jaga.

IKLAN