Ada ramai yang tengah diet tetapi teringin nak makan roti canai untuk sarapan. Cuma agak risau sebab menu ini kalorinya boleh tahan.
Jadi ada tak cara nak halang kita dari makan roti canai yang jadi makanan sarapan kegemaran orang kita?
Haa… jom ikut saranan Coach Fitness, Arif Syukri tentang kiraan kalori roti canai.
Salah Ke Sarapan Roti Canai?
Saya tahu. Ada orang pagi pagi suka sangat makan Roti Canai. Kalau tak pekena satu, memang tak sah.
Ads
Kalau tengah diet nak makan Roti Canai ok ke?
Untuk sekeping Roti Canai dengan set kuah sekali anggaran kalori adalah sekitar 300-350 kalori. Ini baru cerita satu jenis kuah Dhal sahaja. Belum tambahan Sardin, Kari dan sambal.
Cuma ia tidaklah bermakna awak perlu untuk tinggal atau haramkan terus Roti Canai dalam diet. Sebab ada orang 300kcal ok sahaja pada dia. Sebab still capai target dietnya.
Ads
Ada pula sebahagian orang, sekeping roti canai mana nak cukup. Kurang-kurang 2 keping barulah terasa nikmatnya. Kenyang sikit perut katanya. Kalau camni pagi pun dah habis 700kcal.
Mudahnya makanlah ikut kepada keperluan kalori kalian sendiri. Benar, Roti Canai antara sumber karbo. Boleh buat perut kita kenyang.
Namun jangan dilupa dalamnya juga ada sumber lemak dari minyak yang digoreng. Lagi banyak minyak diguna, lagi tinggi jugalah kalori yang ada padanya. Lemak pun tinggi.
Jika awak dalam fasa diet boleh kurangkan jumlah Roti Canai yang biasa diambil. Dari 2 keping, tukar kepada sekeping sekali makan. Dari 2-3 jenis kuah, tukar kepada 1 jenis kuah.
Begitulah. Tak mesti kena haramkan terus atau beralih sepenuhnya kepada Capati. Selang selikan tanpa perlu rasa terbeban. Fleksibelkan diet dengan baik, tapi dalam kawalan.
Insya-Allah tak akan stres diet yang awak buat. Ada kat sini penggemar Roti Canai macam saya?
Selepas ini, anda boleh lah kira kalori setiap kali sarapan pagi. Seksa nak buang kalori tu bila dah bertapak dalam badan, jadi lebih baik jaga-jaga.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semakin berusia, anda kena jaga makan kalau nak berat badan cantik dan sihat. Jangan kata main belasah ikut apa yang ada depan mata, itu bahaya!
Malah jika tidak dikawal boleh memudaratkan kesihatan anda, jadi jom cuba cara saudari Suhada Hassan ini pula. Nampak berkesan dan mudah.
Apa langkah pertama yang saya buat adalah cut gula putih, saya memang tak minum langsung air manis, susu pekat pun saya cut, dessert jangan cakap lah.
Haramkan terus termasuk buah-buahan yang tinggi gula contohnya macam buah tembikai, mangga, pisang dan laici. Kalau ikutkan banyak lagi buah yang tinggi gula.
Kemudian lebihkan ambil protein. Macam mana nak dapatkan protein, sila makan ayam dan telur banyak. Serious ni, saya memang makan ayam dan telur hampir setiap hari. Cuba pelbagaikan menu ayam dan telur supaya tak jemu.
Seterusnya, lebihkan makan sayuran hijau yang tinggi fiber untuk boost metabolisma badan. Saya suka makan broccoli, avocado, Asparagus, zucchini, green beans & lettuce. Itu antara yang jadi kegemaran.
Apa yang paling penting tau, mesti minum air putih yang mencukupi. Minum air ikut berat badan, boleh google “water intake calculator” untuk tahu berapa L air yang badan perlukan. Air putih sangat bagus untuk badan dan buat kulit lebih cerah.
Sesekali anda boleh buat IF jadi anda boleh skip breakfast atau layan kopi O sahaja.
Nasi pun boleh kurangkan, 2 hari sekali baru saya makan nasi. Ikut mood juga dan cukup penting air masak memang wajib paling kurang 2000ml sehari.
Jadi, kalau benar anda nak kurus, jom lah kawal pemakanan yang masuk setiap hari. Yang penting, konsisten dengan apa yang anda amalkan dalam hidangan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Asam Jawa adalah sejenis tumbuhan saka malar hijau yang menghasilkan buah asam. Sangat terkenal di negara Asia dan menjadi bahan penambah perasa dalam sesuatu masakan.
Seiring peredaran zaman, asam jawa kini sudah dikomersialkan kerana ada yang membuat dalam bentuk gula-gula dan air jus.
Berbeza dulu asam jawa biasa digunakan untuk menjadi ubat tradisional bagi merawat sakit tekak dan juga batuk.
Malah ramai juga selebriti terutamanya penyanyi mengamalkan minum air asam jawa untuk menjaga suara mereka. Jadi, ternyatalah ia sangat bagus untuk kesihatan oral anda.
Ayuh, kita lihat khasiat dan manfaat asam jawa untuk kesihatan dan kecantikan.
Tumbuhan ini yang kaya dengan vitamin, antioksidan dan mineral adalah sangat bagus untuk kesihatan dan kecantikan individu. Berikut merupakan antara manfaat-manfaat asam jawa untuk kesihatan:
Untuk pengetahuan anda, tumbuhan ini mengandungi antioksidan yang dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi kita. Disebabkan itu, pengambilannya sangat membantu untuk melindungi kita dari pelbagai jenis penyakit seperti demam, selesema, batuk dan jangkitan virus yang lain-lain.
Tumbuhan ini juga sebenarnya mampu membantu meningkatkan tahap metabolisma tubuh badan kita. Oleh itu, pengambilannya dapat membantu individu yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Ia mengandungi asid sitrik yang membantu mengurangkan pembentukan lemak dalam tubuh badan. Dalam pada itu juga, pengambilannya juga dapat membantu merangsang produksi enzim-enzim yang dapat mengurangkan penyimpanan lemak di dalam tubuh badan.
Tumbuhan ini sangat bagus untuk membantu mengurangkan pembengkakan pada sendi dan otot serta mampu membantu meningkatkan aliran pada darah. Oleh itu, pengambilannya secara rutin juga dapat membantu mengurangkan masalah refluks asam dalam tubuh badan kita.
Tumbuhan ini mengandungi sifat diuretik ringan yang membantu mengatasi masalah pencernaan. Sekiranya anda kerap mengalami sembelit, kekembungan dan kekejangan perut, maka apa kata anda cuba mengambilnya sebagai makanan atau minuman pada setiap pagi. Ini pasti dapat membantu anda untuk membuatkan usus anda menjadi lebih sihat.
Selain untuk kesihatan, asam jawa juga adalah sangat baik untuk kecantikan individu terutamanya kecantikan kulit. Berikut merupakan antara manfaat-manfaat asam jawa untuk kesihatan:
Caranya adalah mudah sahaja, cuba rendam beberapa asam dalam air panas sehingga ia mula berubah menjadi ekstrak. Kemudian, campurkan serbuk kunyit dan sapukan pada kulit wajah atau mana-mana bahagian kulit anda. Tunggu sehingga 10 minit dan bilas bahagian kulit tersebut sehingga bersih. Ulang cara ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk mendapatkan kesan yang lebih maksimum.
Ya, putih itu tidak bermaksud cantik manakala hitam pula tidak bermaksud buruk. Pun begitu, jika anda mahu kulit yang lebih putih, tidak salah jika anda mencubanya, bukan? Apa yang anda boleh lakukan adalah campurkan madu dan lemon dalam ekstrak asam dan kemudian jadikannya sebagai jus. Selepas itu, sapukan pada kulit dan bilas selepas 10 minit. Jika anda konsisten melakukannya, kulit anda mungkin akan terlihat lebih putih daripada sebelumnya.
Ini adalah masalah yang sering dialami oleh ramai individu terutamanya yang berbadan sedikit gempal. Sekiranya anda memiliki kulit yang gelap di sekitar leher, ketiak, punggung, bawah paha atau mana-mana bahagian kulit sekalipun, cuba gunakan cara ini. Campurkan air mawar dan madu dalam ekstrak asam. Kemudian, sapukan ia pada bahagian kulit yang gelap dan bilas dengan air selepas 15 minit. Anda pasti akan terkejut dengan hasilnya selepas melakukannya beberapa kali.
Selulit memang terkenal dengan sifatnya yang degil. Hakikatnya, ia memang sangat sukar untuk dihilangkan. Jadi, apa kata anda cuba cara yang ini pula. Ambil beberapa ekstrak asam, tambahkan sedikit lemon, gula dan serbuk penaik di dalamnya. Kemudian, gosok kulit yang mengalami selulit itu dengan sikat yang telah dicelupkan ke dalam campuran ini. Lakukannya beberapa kali dalam seminggu untuk mendapatkan kesan yang lebih memuaskan.
Asam mengandungi asid alfa hidroksi yang merupakan bahan yang bagus untuk mengelupaskan sel-sel kulit mati. Ini disebabkan oleh asam memiliki kemampuan semula jadi untuk menghilangkan kotoran yang terjebak di dalam pori-pori kulit. Caranya, ambil beberapa ektrak asam dan satu sudu garam. Kemudian, gaulkannya dengan rata dan sapukan perlahan-lahan pada kulit anda dengan menggunakan jari. Selepas beberapa minit membiarkannya, bilas dengan air bersih. Anda pasti akan berpuas hati apabila semua sel kulit mati akan hilang daripada kulit anda.
Bukan sahaja untuk kulit, ia juga sebenarnya adalah sangat bagus untuk rambut anda. Asam dapat membantu anda mengurangkan rambut gugur dan rosak. Caranya, urutkan kulit kepala anda dengan asam yang sudah diekstrak dan balutkan kepala anda dengan kain tuala. Selepas 15 minit, cuci rambut anda dengan syampu dan perapi rambut. Jadikannya ia sebagai rutin mandian anda untuk menguatkan lagi rambut anda.
Dan sudah pasti, asam dapat membantu mencegah penuaan daripada terlihat dan terkesan kepada anda. Ini kerana ia mengandungi vitamin, serat, asam dan antioksidan yang sangat bagus untuk kulit terutamanya. Caranya, campurkan ekstrak asam dengan madu, adunkan dan sapukan ia pada bahagian tubuh badan yang mula menunjukkan penuaan.
Buah-buahan sitrus bukan hanya menyegarkan malah kaya dengan khasiat untuk meningkatkan kesihatan.
Terkenal dengan kandungan vitamin, mineral dan serat diet buah sitrus juga boleh meningkatkan sistem imun tubuh dan tenaga.
Mengeluarkan khasiat tanpa mengira peringkat usia dan boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat jus.
Buah sitrus berkesan membantu menurunkan tekanan darah tinggi, serangan jantung, angin ahmar dan lain-lain. Potasium yang terdapat dalam buah sitrus menjaga keseimbangan cairan dan elektrolit tubuh agar organ penting seperti jantung, buah pinggang, saraf dan otot boleh berfungsi dengan baik.
Peningkatan usia menyebabkan berlaku penurunan kesihatan. Buah sitrus mampu membantu menyihatkan sel tubuh. Asid folat yang terkandung dalam buah sitrus menjaga kesihatan sel dan perkembangannya.
Buah sitrus diketahui sebagai buah yang membantu menurunkan berat badan. Kadar metabolisma yang menurun membantu lemak berkumpul di bawah kulit. Buah sitrus yang rendah kalori dan jaya dengan serat adalah diet yang terbaik untuk mengawal berat badan.
Vitamin C yang terdapat dalam buah sitrus berkesan untuk meningkatkan kekebalan tubuh. Mengambil buah sitrus boleh menurunkan risiko penyakit seperti demam dan selesema. Anti oksida yang terkandung dalam buah sitrus membantu menyerap kalsium penting untuk fungsi sistem kekebalan tubuh.
Kaya dengan sumber flavonoid boleh membantu merawat dan mencegah penyakit kronik seperti obesiti, penyakit jantung, diabetes dan kanser. Hesperidin, salah satu sumber flavonoid penting untuk mengawal tekanan darah, mengurangkan kolesterol dan pertumbuhan tumor.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.