Tular sulam bedak yang dikatakan jadikan kulit cantik, malah ramai yang sanggup buat untuk dapatkan efek glowing dan flawless dalam sekelip mata.
Salah satu cara untuk dapatkan efek tersebut adalah teknik sulam bedak (atau BB Glow) yang tular semula di TikTok.
Sulam Bedak Buat Kulit Cantik, Tapi Ini Pesanan Doktor!
Sama fungsi seperti pakai foundation atau BB Cream setiap hari, tetapi sulam bedak ini tak perlu dipakai setiap hari, malah anda akan dapat kesan ‘makeup ready face’ setiap masa. Walaupun trend ini menjimatkan masa dan wang, tetapi tak bahaya ke?
Nak tahu jawapannya, baca perkongsian doktor dermatologi berikut;
‘Tatu’ foundation atau BB Cream hanya sekali saja
Menggunakan Micro Needle Theraphy System Derma Rolling, teknik ini fungsinya untuk menyamarkan cela di wajah; hiperpigmentasi, kemerahan, lingkaran hitam, pori, parut dan banyak lagi.
Ads
Hanya perlu lakukan sekali, kesannya adalah separa kekal dan tak perlu top-up dengan kerap.
Disebabkan kita guna kaedah ‘tatu’, sulam bedak ini tak akan hilang walaupun anda dah cuci wajah berulang kali, mandi atau berpeluh.
Memang best, tapi doktor dermatologi pula kata ini…
Ads
Berdasarkan Doktor Arthur, SpKK, FINSDV, di TikTok berkongsikan teknik sulam bedak ini dari segi tujuan dan kaedah rawatannya.
Katanya sulam bedak ini merupakan tatu tetapi ianya tidak dilakukan terlalu dalam seperti tatu yang kebiasaannya. Tujuan sulam bedak ini dilakukan adalah untuk menutup cela di wajah seperti bekas jerawat, parut, bintik hitam dan banyak lagi.
Walaupun sulam bedak beri kesan yang segera, tetapi doktor ini mendedahkan ramai yang alami kesan sampingan yang buruk.
Ada yang alami alahan, jerawat makin muncul dengan banyak dan kulit makin rosak. Bukan itu sahaja, sulam bedak boleh juga akibatkan kesan seperti:
Penggunaan micro needle secara berulang boleh mendedahkan pengguna pada HIV atau cross-contamination Hepatitis B/C.
Menyebabkan kerosakan sel kulit wajah, alergik yang teruk dan paling berisiko adalah kanser kulit.
Sulam bedak tinggalkan pigmen di bawah kulit secara kekal dan ianya mengandungi lebih 40 bahan kimia (yang mungkin berbahaya untuk jangka masa panjang).
Agak-agak, anda sendiri berminat tak nak buat sulam bedak?
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai yang nak kulit cantik cara cepat dan jimat tetapi kurang ada ilmu bab pilih produk terbaik untuk masalah wajah sendiri.
Jadi kali ini anda boleh dapatkan produk terbaik yang ada di farmasi, jom baca perkongsian daripada Puan Sara Damia yang berjaya memiliki kulit flawless dengan hanya menggunakan produk dari farmasi yang selalu kita kunjungi seperti Guardian dan Watson.
Ini semua apa yang dia guna, jadi kalau anda nak skincare lain pun boleh. Janji selepas ini semua orang dapat kulit yang sihat dan cantik.
Okay, ini kulit sihat selepas menggunakan beberapa produk terbaik.
Bagi anda yang tengah struggle dengan masalah kulit, boleh cuba tip berikut:
Pencuci muka pilih Cetaphil, mahal sedikit tetapi puas hati. Alhamdulillah, sangat sesuai sebab memang berkesan dan kulit tak rasa kering. Banyak fungsinya tau, nak guna jadi makeup remover boleh, moisturizer pun boleh.
TIP :
Cuci muka 2 kali sehari, waktu pagi lepas bangun tidur dan malam sebelum masuk tidur. Untuk kulit normal boleh guna air suam, lebih cepat serap ke dalam kulit muka. Untuk kulit berminyak pula kena cuci guna air suhu bilik, tak boleh guna air suam nanti kulit akan jadi lebih cepat berminyak.
Sambil cuci, anda boleh urut muka, usap menghala ke atas, itu tip awet muda. Haa… jangan sesekali lurut muka ke bawah kalau tak nak kulit berkedut.
Lepas dah siap cuci tu, jangan lap muka guna tuala atau apa-apa sekalipun, biarkan muka kering sendiri, duduklah depan kipas ke aircond ke kalau nak cepat kering.
Cuci muka penting untuk refresh muka dan hilangkan kotoran yang lekat pada wajah, barulah kulit boleh bernafas. Kalau bersih, liang roma akan tersumbat dan halang pertumbuhan sel-sel kulit baru seterusnya mengundang kepada pembentukan pigmentasi.
Ini paling best segarkan wajah, soothing facial toner for sensitive skin. Toner ini memang sesuai untuk semua jenis kulit. Best tau, wangi pun wangi, lepas pakai muka rasa fresh.
TIP :
Lepas dah cuci muka tadi,ambil kapas, tuang toner kat kapas, usap pada muka pastu jangan biar saja, picit muka guna jari supaya toner tu absorb betul-betul dalam kulit. Tunggu lebih kurang 2-3 minit kalau nak apply apa-apa di muka lepas pakai toner.
Toner wajib ada untuk balance balik pH level kulit kita. Toner lah yang menutup semula liang roma terbuka waktu kita cuci muka tadi.
Tak kesah lah serum apa pun yang anda guna, tapi serum ini paling magic yang sis pernah try, highly recomended. Dia ada dua, lagi satu tu anti kedut, tapi sis pilih yang ini Bio essence rose gold for glowing skin. Hari-hari guna sampai tak perasan dah nak habis.
TIP :
Pilih serum yang sesuai dengan masalah kulit kita. Pakai serum lepas pakai toner tadi, kalau siang sis cuci muka+toner+serum dan then baru makeup, malam repeat step yang sama cleanser+toner+serum pastu tidur. Kena konsisten buat hari-hari baru dapat result yang positif.
Cara apply letak sikit kat tapak tangan, sapu dan ratakan ke seluruh wajah, buat urutan muka perlahan-lahan sampai serum meresap ke dalam kulit.
Serum penting untuk merawat kulit kita yang semakin kurang kolagen seiring dgn peningkatan usia. Serum menjadikan kulit muka lebih halus dan lembut. Biasanya mua akan apply serum sebelum makeup orang untuk dapat effect makeup lebih flawless, tahan lama anda boleh try sapu ais di muka sebelum makeup.
Skrub pilih Fresh Skin St Ives. Sebenarnya dia ada tiga, pilih ikut masalah kulit masing-masing, yang green tea untuk anda yang nak clear blackhead & whitehead, tetapi Apricot Blemish control tu utk kulit berjerawat. Jadi kulit yang ada masalah selain daripada tu boleh guna yang Apricot Fresh Skin.
TIP :
Skrub muka seminggu sekali, buat selang seli. Minggu ini skrub minggu depan masker. Kalau rajin dan ada masa buat lah 2 kali seminggu, tapi jangan too much, exfoliate skin memang bagus. Tapi kalau over nanti kulit boleh meradang dan semakin nipis.
Scrub muka lepas cuci muka, sebelum pakai toner. Ini untuk menanggalkan sel-sel kulit mati, memudarkan parut dan melicinkan kulit. Orang yang sering makeup sangat memerlukan skrub untuk mencegah pori pori muka daripada tersumbat.
Masker memang guna bahan-bahan semula jadi. Ada banyak tapi ni lah 3 benda yang selalu repeat. Yogurt asli, tomato yang dibekukan dan madu.
TIP :
Masker pakai seminggu sekali dah ok. Kalau rajin buat jadual, contoh ambil hari Isnin & Khamis. Isnin scrub, khamis masker so setiap minggu hari khamis tu tukar lah, minggu ni yogurt, minggu depan madu pula.
Yogurt tu terus apply lepas cuci muka, biarkan 15 minit dan bilas, nak campur sikit yogurt dengan soda bikarbonat pun boleh.
Tomato tonyoh setiap malam di muka sebelum tidur. Kalau hari biasa nak jadikan masker, campur dengan madu, biarkan 15 minit dan cuci. Kalau nak apply just madu sahaja atas kulit pun boleh.
Kandungan dalam yogurt mampu mencerahkan kulit dan memudarkan parut. Madu tu pula ada 1001 khasiat, antaranya termasuklah menghilangkan jerawat dan menghaluskan kulit. Keistimewaan tomato pula dapat mengatasi kulit berminyak, melembut dan glowing kan wajah.
Bedak ini boleh hilangkan jerawat pasir? Alhamdulillah berkesan sampai sekarang tak pernah lagi ada jerawat pasir kat muka.
Jangan risau, kulit tak akan jadi kasar. Sapu pada bahagian kulit yang ada masalah saja ya.
Kejap je berkesan, waktu malam sapu pada bahagian yang tumbuh jerawat batu, insha’Allah esoknya bangun dah okay.
TIP :
Kalau tumbuh jerawat jangan picit kalau tak nak kulit berparut!
Ada dua, 1 lagi warna pink . Tetapi saya pilih blue one untuk oily skin. Guna ini sebelum cuci muka balik kerja sebelum tidur.
Caranyaambil kapas, tuang sikit pastu usap di muka, maka akan keluarlah segala kotoran. Makeup remover kena ada sebab cuci muka sahaja memang tak cukup bersih
Guna ini setiap hari sebagai pelembap bibir dan setiap malam sebelum tidur sapu kat bulu mata atas dan bawah. Hasilnya sekarang bulu mata bawah dah ada dan tumbuh dengan lebatnya.
Vaseline ini serbaguna, termasuklah mencerahkan siku dan melembutkan kulit kasar di tumit.
Sekian untuk perkongsian kali ini, semoga bermanfaat untuk anda semua. Tak perlu habis beribu untuk dapatkan kulit yang bersih. Owh ya, jangan lupa minum air kosong sekurang-kurangnya 1 hari 2 Liter untuk kulit yang sihat dan cantik.
Bergelar ibu merupakan detik paling indah dalam hidup seorang wanita.
Kalau boleh masa yang ada mahu dihabiskan dengan si kecil penceria bagi sebuah kehidupan berumah tangga.
Jika orang lain risau mengalami kenaikan berat badan mendadak selepas melahirkan, tetapi bagi penyanyi Ayda Jebat menguruskan anak kecilnya menyebabkan berat badan turun mendadak.
Mengakui dirinya turut terkejut dengan penurunan berat berkenaan kerana dia tidak berdiet.
“Mungkin sebab letih uruskan anak depan mata menyebabkan berat turun. Tak sangka pula, sebab apa yang lakukan hanyalah jaga Ana, berpantang dan makan banyak.
“Mungkin juga sebab menyusu badan, sebab tahu-tahu je berat dah turun sampai 45 kg,” katanya.
Tambah Ayda lagi, dia tidak kisah penat asalkan dapat bersama anaknya setiap masa. Ayda turut meluahkan rasa syukur suaminya, Nabil Mahir banyak membantunya untuk menjaga dan menguruskan anak mereka.
“Saya gembira habiskan masa dengan Ana, tak kisahlah penat sikit, asalkan kami dapat melihat anak setiap masa dan menguruskan keperluannya.
“Kalau nak tahu Nabil banyak jaga Anak. Memang kalau boleh semua hal tentang anak Nabil akan cuba settlekan.
“Most of the time pun Nabil yang jaga, dia suruh saya rehat. Tapi saya pula yang kurus,” katanya yang melalui fasa mencabar sepantang tempoh berpantang itu.
Namun pelantun lagu Temberang ini mengakui gembira dapat melihat perkembangan anak kesayanganya setiap hari depan mata.
“Jujurnya memang saya gembira dapat tengok anak, dapat main dengan dia dan dapat memanjakannya. Ibu mana di dunia ini yang tak bahagia apabila sudah ada penceria dalam keluarga,” katanya lagi.