Tular kisah seorang suami tembak isteri yang tengah hamil dalam 5 bulan lebih lima das tembakan dengan menggunakan pistol Walter P99 dari jarak dekat dan mengenai bahagian muka di mata kirinya.
Mangsa, Safsufarnisya Salleh, 26 tahun dijumpai terbaring dalam bilik dan suaminya turut ada di situ.
Suami Tembak Isteri Hamil Dari Jarak Dekat, Risau Berkait Dengan Masalah Mental
Menerusi laporan daripada laman Harian Metro, polis sedang menyiasat daripada pelbagai aspek sama ada suspek terbabit dengan penyalahgunaan dadah, faktor kemurungan atau permasalahan membabitkan mental.
Tiada berlaku pergaduhan atau pertikaian di antara pasangan berkenaan yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga.
Jadi siasatan juga akan menjurus sama ada suspek mempunyai masalah mental atau sebagainya.
Menurut ibu mangsa, Che Mas Taha, 63, memberitahu bahawa menantunya itu dipercayai mempunyai masalah kemurungan beberapa tahun sebelum ini.
Ini disebabkan menantunya ada menunjukkan perilaku yang tidak menentu sebelum ini.
“Pada Aidiladha lalu, menantu saya ini pernah memandu tanpa hala tuju di lebuh raya seorang diri sehingga petrol keretanya habis.
Ads
“Apabila petrol sudah habis, dia kemudian bersolat di tepi lebuh raya itu dan kemudian menangis terisak-isak di tepi lebuh raya.
“Allahyarham terpaksa menghubungi tempat suaminya bertugas itu untuk mengesan dan membawanya pulang, jadi saya tidak menjangkakan ia berlarutan sehingga terjadinya kejadian semalam,” katanya.
Tiada Anak Dan Hamil Anak Pertama
Pasangan berkenaan tidak mempunyai anak dan suspek sudah empat tahun bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis.
Cerita Che Mas Taha, anak bongsu daripada empat beradik itu, hamil anak pertama selepas berkahwin dengan suspek selama dua tahun.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan suspek kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Kangar.
Ads
Bapa Safsufarnisya Maafkan Menantu
Ujian buat keluarga ini dan walau sukar untuk terima kenyataan dengan apa yang berlaku, namun bapa mangsa tetap memaafkan menantunya.
“Saya maafkan apa yang dia (menantu) lakukan dan terima ujian ini seadanya kerana saya sudah menganggapnya macam anak saya sendiri.”
Luahan ikhlas Salleh Eizan, 63, itu buat menantunya, seorang lans koperal polis yang menembak anaknya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat semalam.
Mangsa Sudah Membuat Persiapan Sambut Bayi Pertama
Sementara itu, apabila keluarga mangsa memasuki bilik diduduki arwah, mereka terkejut menemui beberapa pakaian bayi tersimpan kemas dalam plastik di dalam almari.
Ads
“Adik (Safsufarnisya) dengan suaminya, rupa-rupanya sudah menyediakan kelengkapan menyambut kelahiran bayi sulung mereka tanpa pengetahuan kami.
“Memang kami tahu Adik sedang hamil tetapi kami tidak pula tahu bila mereka beli baju dan seluar bayi ini.
“Apabila melihat baju dan seluar bayi, kami lebih sedih dan sayu teringatkan Adik,” katanya.
Kakak Safsufarnisya, Safsuzafira, 37, pula berkata, adik bongsunya itu menulis dengan gincu ‘Welcome Junior Ijat’ pada cermin meja solek di bilik tidurnya, sebagai meraikan kehamilan sulung.
Jenazah Safsufarnisya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Putra, Simpang Empat, Kangar.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini pelantun lagu Cinta Hanya sandaran, Siti Nordiana Alias berpantang minum kopi demi menjaga pita suaranya.
Walau cukup gemar minum kopi namun penyanyi yang berusia 40 tahun ini terpaksa berbuat demikian semata-mata kerjayanya.
Siti Nordiana Berpantang Minum Kopi
Berpunca Daripada Covid-19
Menurut Nana, gangguan pita suaranya itu dipercayai berpunca daripada jangkitan Covid-19 ketika musim pandemik. Namun keadaannya bertambah pulih selepas mendapat rawatan daripada pakar.
“Apabila menyertai GV10 keadaan menjadi semakin melarat selepas saya memaksa diri untuk meneruskan perjuangan hingga ke saat akhir.
“Biarpun semakin baik, saya kena berpantang kopi sejak setahun lalu bagi mengelakkan masalah lama berulang sedangkan sejak dulu memang tak boleh sehari pun tanpa kopi.
“Susah sebab saya setiap pagi memang akan minum kopi. Tapi saya memang kena buat sesuatu sebab ini (nyanyian) mata pencarian saya. Jadi saya terpaksa korbankan keinginan saya untuk minum kopi,” luahnya lagi.
Menerusi sumber internet, kopi mengandungi caffeine, asid dan minyak yang boleh memberi kesan rengsa pada lipatan vokal, menggalakkan produksi kahak dan kekakuan vokal.
Hadiri Kelas Vokal
Sementara itu, pelantun lagu Kesalahan Terindah ini mendedahkan dia masih menghadiri kelas intensif di bawah bimbingan Datuk Syafinaz Selamat bagi memantapkan lagi vokalnya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah tercalon dalam senarai 100 Wajah Tercantik 2022, model dan pelakon, Anna Jobling tidak lokek berkongsi tip cantik kepada pembaca.
Suka mengamalkan jamu dan merupakan salah seorang duta jamu, Anna memang fokus untuk menjaga kecantikan dari dalaman untuk bias luaran.
Tip Cantik Anna Jobling
Mengulas mengenai takrifan mengenai kecantikan, Anna berkata ia kena datang dari dalaman seseorang wanita.
Mungkin orang akan cakap cantik itu dari luaran tapi ia sangat subjektif. Walaupun klise tapi bagi saya kecantikan itu datang dari dalaman seseorang. Kalau ada sikap terpuji, karakter baik, secara automatik akan menjadikan seseorang cantik di luaran serta dalaman. Tak kisah paras rupa macam mana, tapi kalau sayang diri, yakin, secara langsung akan cantik dari segala segi.
Takut Nak Mendirikan Rumah Tangga
Berkongsi tentang hubungan percintaan, aktres jelita Anna Jobling mengakui pengalaman dicurangi oleh bekas kekasih sebelum ini membuatkan dirinya takut untuk mendirikan rumah tangga.
Anna atau nama penuhnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, berkata, pengalaman tersebut membuatkannya lebih selesa dengan kehidupan solo berbanding memiliki pasangan.
“Perkara (curang) ini buat saya takut nak kahwin. Lebih baik saya ‘single’ tetapi gembira daripada berkahwin kemudian sakit hati.
“Saya pernah kena curang beberapa kali. Isu curang ini bukan hanya tidak sepatutnya berlaku pada saya malah terhadap mana-mana wanita lain juga. Tiada alasan untuk anda melakukan kecurangan,” katanya lagi.
Selesa Dengan Status Privasi
Sementara itu, dia yang popular menerusi drama Melur Untuk Firdaus memberitahu lebih selesa untuk tidak berkongsi tentang kisah peribadinya dan membiarkan orang ramai terus berteka-teki mengenainya.
“Tiada sesiapa tahu semua benda tentang kehidupan dan hubungan peribadi saya.
“Saya suka menyimpannya segala-galanya secara privasi dan tidak akan menceritakansemuanya. Kalau orang nak buat tanggapan sendiri, lakukan,” ujarnya.
Tak Suka Jenis Hipokrit
Anna juga mengakui tidak menyukai dan mengelak daripada mempunyai hubungan dengan lelaki yang suka berpura-pura atau bersikap hipokrit.
“Saya paling benci yang individu sejenis hipokrit seperti melarang saya melakukan sesuatu perkara tetapi realitinya dia pula yang buat,” kongsinya.
Sebelum ini Anna sering dikaitkan dan didakwa mempunyai hubungan istimewa sengan aktor Meerqeen.
Namun, kedua-duanya menafikan hal tersebut dan menegaskan hubungan mereka hanya sekadar kawan rapat.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masker tepung beras ini khas untuk anda yang suka hasil natural beauty, yang kurang gemar mekap boleh cuba.
Perkongsian tip cantik daripada Puan Nurasykin Ali ini dikatakan membantu anda yang mahu kulit halus cantik dan kecilkan pori.
Masker Tepung Beras
Memang super jimat lah pakai produk makanan untuk kulit. Kak ekin terasa rajin pulak nak buat Masker TEPUNG BERAS + KUNYIT + MADU.
Selongkar je barang kat dapur, tak ada istilah ‘Beauty Is Pain’. Kalau korang nak lebih rajin binti lebih jimat cer try pinjam barang dapur kakak ipaq tuu.. confirm no pain!
Bahan-bahan:
1) 2 sudu besar Tepung Beras
2) 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
3) 2 sudu besar madu lebah
4) Sedikit air (bancuhan jangan terlalu cair)
Masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam mangkuk. Lepas tu gaul rata.
3 kombinasi hebat (Tepung beras+kunyit+madu) sangat efektif untuk kecutkan jerawat, kecilkan pori-pori, menghalus, melicin & glowingkan kulit wajah korang! Best sangat!
Tepung beras dan kunyit tu bedal la brand apa asal boleh. Madu tak kisah. Haip! Madu lebah okeh! Jangan silap pilih madu sudah haa..
Nak keluar dah tak payah pakai makeup tebal-tebal. Tanpa mekap pun still nampak fresh je muka tu. Natural giteww…. ni antara cara yang kak ekin amalkan.
Gaul sebati semua bahan. Agak-agak cukup nak tepek kat muka korang. Campurkan sedikit air. Bancuhan jangan terlalu cair. Sapu ke seluruh wajah. Biar selama 20-30 minit.
Waktu nak bilas tu gosok lembut muka korang secara memutar. Dan bilas bersih dengan air sejuk seperti biasa.
Masker ni sesuai untuk menghalus dan mencerahkan kulit, kecilkan pori, kecutkan jerawat dan glowingkan kulit. Cukup dengan 3 kombinasi hebat ni! Even korang jauh 1 km pun dah nampak bercahaya.
Kak ekin buat sebelum nak tidur malam. Tapi jangan pula lupa cuci sebelum lena ya.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!