Sesekali masak menu Hari Raya, anda kena ambil tahu macam mana nak simpan rendang tahan lama sampai 3 bulan. Sebab kalau salah gaya, boleh buat anda sakit perut!
Isyh, nak masak rendang memang lah tak susah sangat tetapi kenapa nak membazir. Sayang kalau nak buang dan dibiar cepat rosak. Haaa… jangan risau, Public Health Malaysia
ada kongsikan cara simpan rendang. Boleh lah anda makan berulang kali sekali masak.
Simpan Rendang Tahan lama, Cara Ini Boleh Makan Sampai 3 Bulan
- Masak sehingga kering untuk menyingkirkan air. Kelembapan adalah punca utama pertumbuhan bakteria.
- Selepas masak sehingga kering, masukkan di dalam bekas-bekas kecil dan masuk ke dalam peti sejuk.
- Hidang dalam kuantiti sedikit. Jangan hidang dalam bekas besar dan ceduk daripada bekas tersebut.
- Makanan selamat jika disimpan dalam suhu bilik maksimum selama 4 jam. Selepas dari tempoh itu, bakteria dalam makanan akan menjadi aktif.
- Panaskan dalam kuali dengan api perlahan dan pastikan pemanasan sekata. Jika disimpan dalam peti sejuk beku, nyahbekukan dalam ketuhar gelombang mikro atau suhu bilik sebelum dihangatkan.
- Pemanasan semula perlu dilakukan dalam masa dua jam selepas makanan dikeluarkan dari peti sejuk beku.
- Simpan dalam peti sejuk boleh tahan selama 3 hari. Simpan dalam peti beku boleh tahan selama 3 bulan.
Tip di atas bukan sahaja untuk elakkan daripada rendang cepat rosak tetapi untuk mencegah keracunan makanan juga.
Semoga bermanfaat!