Jom buat senaman 5 minit di rumah, tak perlu pun berebut nak masuk gym bagai sebab nak slim dan hilangkan tekanan.
Nak beli alat senam bagai pun rasanya tak perlu kalau anda jenis tak rajin bersenam. Kali ini cuba usahakan buat senaman di rumah di atas katil sahaja. Pun dah cukup bagus!
Seperti yang dikongsi oleh saudari Aishah, sekejap sahaja buatnya. Tetapi bagus untuk hilangkan tekanan buat rutin harian.
Jangan risau, senaman ini boleh buat sambil baring sahaja di atas katil. Sambil main phone pun boleh!
Nanti biasakan buat ya, elok bangun pagi terus angkat kaki seperti yang ditunjuk dalam gambar dan bertahanlah dalam 5 minit.
Selamat bersenam!