Tidak dinafikan ramai antara kita tak dapat dipisahkan dengan masakan pedas. Jika setangkai dua cili tidak terasa pedasnya, tetapi kalau yang ambil banyak mesti tak cukup segelas minum air.
Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan memberitahu tip untuk hilangkan pedas yang keterlaluan. Antaranya adalah makan mentega kacang selain gula.
Namun beliau turut menasihat agar tidak keterlaluan makan pedas kerana boleh menyebabkan masalah gastritis dan juga cirit birit.
“PEDAS GILA! MACAM MANA NAK HILANGKAN?”
Kalau tak pedas, tak sedap, tapi kalau terlebih pedas, merana! Pijar lidah, berpeluh-peluh dahi, dan kadang-kadang tak tahu kenapa, sampai gatal kepala.
Apa nak buat kalau termakan makanan yang pedas gila? Minum air? Kemam air? Itu tak berapa berkesan. Ada cara lebih cepat dan efektif untuk kurangkan pijar lidah.
Rasa pedas pada cili dan cabai adalah disebabkan bahan yang dipanggil #capsaicin. Ia mempunyai sifat tidak larut air, sebab itu minum air atau kemam ais tak berapa efektif kurangkan kepedasan.
Capsaicin adalah bahan yang mudah larut dalam bahan berminyak atau berlemak. Oleh itu, bahan-bahan berikut sangat efektif untuk kurangkan kepedasan di lidah.
Susu
Susu dan keju mengandungi lemak serta casein( protein) yang boleh memisahkan capsaicin dari tunas rasa. Santan dan soya pun boleh.
Coklat
Ini sedap! Coklat, terutamanya coklat susu mempunyai banyak minyak dan lemak, maka ia efektif larutkan capsaicin.
Mentega Kacang
Ini pun sedap! Kacang mengandungi minyak, ia membuatkan rasanya berlemak dan berkesan untuk basmi kepedasan.
Asid
Makanan Thai banyak gunakan cili padi, serta limau, cuka dan mangga muda. Kenapa? Sebab bahan berasid boleh mengurangkan rasa pedas.
Gula
Biasa dengar kan, orang tambah gula dalam masakan untuk kurangkan kepedasan? Rasa manis boleh membantutkan pedas. Nak sihat, guna madu.
Roti
Roti serta makanan berkanji seperti nasi boleh serap capsaicin. Mungkin sebab tu makan makanan pedas, mesti nasi bertambah. Haha!
Makanan pedas-pedas ini memang nikmat, tapi hendaklah berpada-pada. Makanan terlalu pedas boleh menyebabkan gastritis, cirit birit, dan masalah kesihatan yang lain.
Kalau kepedasan dah tahu nak buat apa? Apa lagi, kongsi tips ni supaya orang lain pun tahu!
Kamarul Ariffin Nor Sadan
Tips Hilangkan Pedas
Nota: baca senarai terfikir Nutella. Ada coklat, susu, kacang hazel, gula. Sapu pula atas roti. Fuh!
Artikel Berkaitan:
Bantuan Sehingga RM50 Ribu Untuk Yang Hilang Upaya, Mati Disebabkan Suntikan Vaksin Covid-19
Rahsia Kulit Lembut & Licin Guna Skrub Barli & Beras. Gadis Ini Kongsi Cara Buatnya!
Jangan Minum Detoks Lemon Berlebihan, Walau Boleh Buang Toksin Tapi Rupanya Ada Kesan Sampingan