Listerine antara benda wajib yang anda kena beli dan letakkan di dalam tandas di rumah. Amalkan selalu berkumur dengan Listerine untuk pastikan mulut sentiasa wangi.
Ini kalau nak ajar anak untuk amalkan perkara yang sama pun boleh, tetapi pastikan anak dah besar lah. Dalam umur 9 tahun dah OK sebab listerine memang bagus untuk gigi anak-anak yang suka sangat makan benda-benda manis.
Selain digunakan buat berkumur, Listerine juga bagus untuk kegunaan lain yang lebih efektif yang mungkin anda tak pernah tahu.
Mari saya kongsikan 10 cara kegunaan lain Listerine yang boleh korang amalkan.
1. Hilangkan bau busuk pada ketiak
Tuangkan sedikit Listerine ke atas bebola kapas atau kain putih dan sental ketiak korang. Listerine akan menghilangkan bau tengik korang tu dan memberikan bau yang lebih segar.
2. Hilangkan kegatalan akibat gigitan serangga
Sapukan sedikit Listerine ke kawasan yang kena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam.
Ads
3. Membasmi kuman di mangkuk tandas
Listerine bukan hanya boleh basmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas. Tuangkan sedikit Listerine dan sental mangkuk tandas tadi dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas korang pun berbau wangi.
4. Membantu hilangkan kelemumur
Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan Listerine secukup rasa ke atasnya. Urut dan usap Listerine tu ke seluruh bahagian rambut hingga terasa kedinginannya. Syoknya. Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut korang. Lebih jimat daripada anda bayar treatment for scalp kat salun.
5. Menghilangkan kutu di bulu haiwan
Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan Listerine dengan air dan spray ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut.
Ads
6. Membersihkan muka yang berjerawat
Jika anda dah beli macam-macam pencuci muka mahal tetapi jerawat tetap tak hilang-hilang, jangan pula sental dengan kertas pasir. Cuba guna Listerine, kemudian sapukan sedikit ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang.
7. Membasmi kuman di berus gigi
Anda selalu berus gigi untuk hilangkan kekotoran dan kuman di gigi, tapi bagaimana kalau berus yang digunakan itu berkuman? Tuangkan sedikit Listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi korang tadi selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman tu. Barulah korang boleh gunakan tanpa was-was.
Ads
8. Bersihkan skrin tv atau monitor komputer
Spray sedikit Listerine ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer korang. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata.
9. Hilangkan bau busuk di dalam tong sampah
Jika memang malas nak basuh tong sampah di rumah tu dan tak suka bau sampah yang busuk, ambil kain yang tidak di pakai dan rendam dengan sedikit Listerine. Kemudian tutupkan tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Listerine tadi akan menyerap bau tersebut.
10. Melegakan masalah kaki
Tuangkan Listerine ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki korang selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki korang berbau busuk dan bercagu tu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat.
Ini antara beberapa cara lain penggunaan Listerine. Kalau tak rajin nak cuba, beli jugalah Listerine tu untuk berkumur. Tak rugi pun ada sebotol, kalau tiba-tiba tak ada berus gigi, boleh juga kumur!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lemak di bahagian perut adalah sesuatu yang sangat mengganggu. Ia bukan sahaja berpunca daripada faktor pemakanan, tetapi terhasil kerana kurang bersenam.
Namun begitu, ada penyelesaian yang anda boleh buat jika anda benar-benar mahu kempiskan perut.
Syaratnya, mestilah rajin dan komited melakukan senaman ringan seperti yang dicadangkan.
1. Bicycle exercise
Cara melakukan bicycle exercise adalah anda perlu terlentang dan meletakkan kedua-dua tangan di belakang kepala. Angkat lutut kanan hingga ke dada dan secara serentak, kepala angkat ke hadapan dan diarahkan ke sebelah kiri. Lakukan secara berselang seli sebanyak 10 kiraan.
2. Vertical leg crunch
Senaman selanjutnya adalah vertical leg crunch. Pertama, anda harus berbaring dan letak kedua tangan di kepala. Seterusnya angkat kedua kaki lurus ke atas membentuk sudut 90 darjah. Kemudian, angkat bahu dan turunkan kembali. Ulangi hingga 10 kiraan.
3. Senam lilin
Posisi awal senam lilin tidak jauh bezanya dengan vertical leg crunch. Anda harus berbaring kemudian angkat kedua kaki. Letakkan tangan di pinggang. Seterusnya angkat kedua kaki sehingga perut terangkat. Untuk lebih mudah, anda boleh menggunakan tembok untuk menyandarkan kaki.
4. Sit up
Ini adalah gerakan senaman yang paling popular. Anda harus berbaring dan rapatkan kedua-dua lutut. Letakkan tangan di belakang kepala atau silangkan di bahu. Angkat tubuh perlahan hingga membentuk 90 darjah. Tahan posisi tersebut beberapa saat sebelum turunkan perlahan tubuh. Ulangi hingga beberapa kali.
Dengan perkongsian ini, anda tiada lagi alasan untuk kempiskan perut. Semoga senaman yang dilakukan ini akan memberikan hasil untuk anda. Yang penting, kena amalkan selalu!
Sudah lama tidak kelihatan penyanyi dan pelakon era 90an, Arni Nazira, ini perkembangan terkini kehidupannya bersama anak-anak dan suami tersayang.
Lama Arni Nazira menyepikan diri dari bidang seni setelah mendirikan rumahtangga buat kali kedua pada tahun 2009, sesekali lalu wajah anak-anak perempuannya yang kini sudah berjaya dalam pendidikan.
Buat anda yang merindui pelantun lagu Cinta Antara Benua, penyanyi ini kini bahagia bersama suami tercinta, Wan Mohd Hazrie Wan Mokhtar yang merupakan seorang usahawan.
Suka Amalkan Jamu
Dalam usia 45 tahun, Arni nampak cantik dengan penampilan bertudung dan abaya, kelihatan manis dengan aura mak-mak.
Saat ditanya apa rahsia ‘awet mudanya’ Arni Nazira tidak lokek untuk berkongsi amalannya selama ini.
“Atas nasihat ibu dan nenek saya amalkan jamu, minum air kosong secukupnya dan ulam-ulaman sejak usia muda.
“Alhamdulillah berkat konsisten dengan amalan itu ia telah menjadi salah satu asbab untuk kelihatan awet muda dalam usia sekarang. Paling penting kesihatan dalaman turut terjaga.”
Jaga Badan Waktu Bersalin
Arni turut mendedahkan, dia berdisiplin dalam amalan berpantang ketika bersalin.
“Dulu setiap kali bersalin ibu akan jaga saya sepanjang berpantang. Ibu seorang yang sangat menitikberatkan amalan berpantang. Kalau ikut cara berpantang dulu-dulu memang sangat ketat.
“Contohnya, cara berjalan dan makan ada pantangnya. Makanan sejuk-sejuk tak boleh ketika dalam pantang. Amalan bertungku dan ‘menyalai’ juga penting untuk kecutkan peranakan.”
Tak lupa, Arni turut berpesan kepada kaum wanita agar sentiasa menjaga kesihatan dan kecantikan luar dalam.
“Kita wanita ni kena sentiasa beringat. Jaga badan elok-elok luar dan dalam. Kerana pada usia ini badan akan mula mudah jatuh sakit.
“Tahap kesihatan kita dah tak sama seperti muda-muda dulu. Jadi amalkan gaya hidup sihat termasuk jaga pemakanan.”
Untuk rekod, Arni Nazira Anuar merupakan anak kelahiran Terengganu. Arni mula digilap bakatnya menerusi pertandingan nyanyian Asia Bagus 1996.
Setelah bergelar penyanyi, lagu Arni Nazira berjudul ‘Cinta Antara Benua’ mula menjadi siulan sekitar tahun 1997. Filem lakonan Arni Nazira ialah Nafas Cinta (1998) dan Bara (1999).
Rajin buat rawatan ‘Ice Facial’ segarkan kulit muka, rahsia wajah comel & awet muda Mira Filzah. Pelakon Mira Filzah antara selebriti yang beruntung kerana dianugerahkan kulit yang cantik, halus dan bebas tanpa masalah jerawat.
Malah wajah comelnya yang kelihatan seperti budak sekolah ini kekal berseri, biarpun tanpa mengenakan sebarang solekan.
Bagi ibu kepada seorang cahayamata ini pernah berkongsi rahsia dalam satu portal memberitahu beberapa tip untuk mengelak wajah ditumbuhi jerawat.
Rajin Buat Rawatan ‘Ice Facial’ Segarkan Kulit Muka
Menurut Mira Filzah untuk atasi masalah utama wanita ini dengan menasihat pengikutnya agar tidak mengambil makanan berminyak, banyakkan minum air putih dan elakkan diri daripada terlalu kerap menyentuh bahagian muka.
Selain itu, Mira yang berusia 29 tahun turut berkongsi rahsia untuk kekal awet muda adalah dengan mengamalkan ice facial.
Tambahnya ice facial ini mempunyai banyak manfaat antaranya mampu mengecutkan jerawat, melembut dan mencerahkan kulit, kurangkan kesan gelap bawah mata dan banyak lagi manfaatnya.
Jadi bagi yang mahu wajah kekal maintain awet muda boleh cuba petua daripada pelakon cantik ini.