Telur merupakan sumber protein yang tinggi khasiat dan menjadi hidangan paling pantas disediakan bersahur.
Malah telur juga mengandungi protein lengkap dan menu terbaik untuk bersahur. Kira-kira 97 peratus daripadanya boleh diserap oleh badan.
Ia juga mengandungi kolin yang membantu metabolism dan pusat sistem saraf berfungsi.
Namun untuk makan telur begitu saja pasti tidak berselera. Apa kata anda sediakan resipi sahur kilat dengan menyediakan telur dadar gebu berkeju yang hanya mengambil masa 10 minit disediakan.
Bahan-bahan
3 biji telur Gred A
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada sulah
1/2 sudu besar mentega
1 sudu besar susu segar
1/2 biji bawang besar yang dihiris
2 cendawan butang yang dihiris
1 keping roti Gardenia Original Classic dipotong dadu
1 tangkai daun sup, dihiris
1/4 cawan keju ceddar
1/4 kawan keju mozzarella (pilihan)
Cara penyediaan
1. Pukul telur bersama susu segar, garam dan lada sulah
2. Panaskan kuali dan cairkan mentega di atas api sederhana kecil
3. Kemudian tumiskan hirisan bawang dan cendawan sehingga layu
4. Masukkan roti Gardenia Original Classic yang dipotong dadu ke dalam bancuhan telur dan gaul seketika
5. Tuangkan bancuhan telur ke dalam bahan tumisan. Kacau seketika dan biarkan telur dadar masak sepenuhnya
6. Taburkan dengan daun sup dan parutan keju ceddar
7. Lipatkan telur dadar gebu berkeju dan terus hidangkan
8. Untuk mendapatkan hidangan yang seimbang, Telur Dadar Gebu Berkeju boleh dinikmati bersama ulam-ulaman dan disertakan dengan taburan roti rangup
Tips masakan
Pukul telur sehingga berbuih untuk mendapatkan telur dadar yang gebu.
Senangkan sangat untuk menyediakannya waktu bersahur. Dan hidangan ini juga boleh mengenyangkan dan membuat kita bertahan sehingga waktu berbuka nanti.
Artikel Berkaitan:
“Elak Beli Air Balang…” Pakar Nutrisi Kongsi Tip Pilih Makanan Lebih Sihat Di Bazaar Ramadan
Pemberian Vaksin AstraZeneca Bermula Hari Ini, KKM Ingatkan Penerima Jangan Lupa Bawa Mykad
Tampil Cantik Di Pagi Syawal, Dengan Sentuhan Mekap Jurusolek Popular, Datuk Alha Alfa