Rupanya sayur sawi sangat bagus untuk kulit cantik, malah yang ada masalah ekzema digalakkan makan untuk pulihkan masalah kulit.
Kalau nak ikutkan, bukan senang nak pupuk anak-anak makan sayur sawi dengan mudah. Namun menurut Doktor Mazliana Mazlan, sawi kena ada kat rumah paling kurang seminggu sekali. Antara sayur yang selamat untuk anak-anak makan.
Amalkan Sayur Sawi Peringkat Awal
Ajak anak makan sawi dari kecil. Ajar anak eczema untuk suka makan sawi, bagus untuk kulit diorang.
Kita boleh kenalkan anak dengan sawi seawal umur 6 bulan. Blend buat puree boleh, masukkan dalam bubur nasi pun boleh.
Ads
Dulu saya suka buat bubur baby, letak daging dan sawi je, gula garam takde pun. Tapi sedap sangat manis daging dan sawi, anak suka betul makan.
Ads
Banyak sangat khasiat yang ada pada sawi tau.
Kalsium. Iron Magnesium. Fosforus. Zink. Vitamin A. Vitamin K. Vitamin C.
Ads
Sawi tinggi jugak dengan antioksida dan bersifat antiradang. Bagus sangat untuk kulit. Sesuai untuk anak eczema makan.
Ramai tanya sayur apa bagus untuk anak eczema. Haaaaa… inilah dia sawi yang korang kena cuba sampai anak suka makan.
Kita cuba sama-sama ya, sukakan anak dengan sayur sawi baik untuk kulit.
Selepas ini mak-mak kena rajin beli sayur sawi dan paling senang nak pikat anak makan sayur, kisar sayur itu buat cucur. Perlahan-lahan, nanti boleh ajar dia makan yang texture kasar pula. Mak, jangan mengalah!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain pengambilan roti wholemeal, ramai juga memilih makan yogurt terutama yang rendah lemak dalam pengambilan harian untuk menjaga diet.
Dan selalunya kita akan membeli dalam kuantiti yang banyak sebagai simpanan di rumah. Namun ada kalanya terlupa untuk memakannya menyebabkan yogurt berkenaan sudah melepasi tarikh luput.
Adakah dibolehkan dan selamat untuk kita makan jika sudah melepasi tarikh luput ini. Dengarkan penjelasan Ahli Kimia, Dr Fatimah Salim berkenaan isu ini.
Bolehkah Yogurt yang melepasi Tarikh Luput (expired) dimakan?
Yogurt merupakan makanan separa pejal yang disediakan melalui fermentasi susu oleh bakteria yang baik (aka probiotik) seperti Lactobacillus delbrueckii subspecies bulgaricus dan Streptococcus thermophilus. Dengan kata lain, susu sengaja dibasikan.
Semasa proses fermentasi, bahan kimia lactose (iaitu komponen gula dalam susu) akan ditukarkan oleh bakteria kepada bahan kimia asid laktik. Peningkatan jumlah asid laktik akan membuatkan rasa yogurt menjadi masam dan teksturnya menjadi padat.
Sekiranya anda takut untuk memakan makanan yang telah melepasi tarikh luput, ketahuilah kecuali susu formula bayi, untuk kebanyakkan produk makanan lain, tarikh luput hanya bertujuan menentukan kualiti, bukan isu keselamatan produk berkenaan. Ini bermaksud makanan sebegini adalah SELAMAT untuk dimakan.
Begitulah juga yogurt. Ya, tarikh luput pada yogurt adalah untuk pengeluar menjamin kualitinya sehingga tarikh ini sahaja. Ini benar kerana yogurt yang sudah melepasi tarikh luput, akan berubah menjadi lebih masam dan teksturnya akan menjadi lebih berair disebabkan pertambahan jumlah bakteria yang beraktiviti. Inilah yang dinamakan kualitinya sudah berkurangan.
Apabila dimakan begitu saja, sesetengah sistem penghadaman tidak tahan lalu boleh menyebabkan cirit birit dan sakit perut. Namun jika dicampurkan dalam masakan, tiada masalah kerana bakteria ini akan mati dengan suhu memasak.
Namun, tidaklah bermakna yogurt itu boleh disimpan selama mungkin. Umumnya yogurt kosong (plain yogurt) yang BELUM dibuka boleh dimakan setelah sebulan daripada tarikh luput. Bagi produk yang telah dibuka terutamanya yang telah disenduk ke mulut, biasanya selamat setelah tempoh seminggu. Ini kerana yogurt telah terdedah dengan bakteria luar daripada air liur pada senduk dan udara yang akan mempercepatkan ianya rosak.
Untuk yogurt berbuah atau berperisa pula, biasanya lebih mudah rosak disebabkan pertumbuhan yis dan kulat.
Yogurt yang sudah rosak ini sebenarnya boleh ditentukan melalui deria melalui hidung, mata dan lidah kita. Selain daripada yogurt menjadi lebih masam dan berair, perubahan lain dari segi rupa, warna, bau dan rasa adalah indikasi ianya sudah tidak selamat dimakan.
Makanan yang telah dicemari bakteria luar, berkulat atau beryis boleh menyebabkan keracunan makanan. Antara gejala keracunan makana ini adalah cirit birit, sakit perut dan muntah-muntah. Sekiranya gejala berterusan, dapatkan rawatan dengan segera.
Tips untuk memanjangkan jangka hayat yogurt:
• Setelah dibeli, cepat-cepat simpan dalam peti sejuk. Suhu yang sejuk boleh memperlahankan aktiviti bakteria sedia ada dalam yogurt.
• Tidak perlu membuka bungkusan yogurt selagi belum dimakan atau digunakan.
• Sekiranya anda menyenduk yogurt, pastikan senduk adalah bersih termasuklah tidak terdedah dengan air liur. Ini boleh mengelakkan kontaminasi bakteria luar daripada udara dan air liur.
• Dan pastikan tutup rapat yogurt bagi mengelakkan cemaran silang dari peti sejuk dan udara disebabkan aktiviti kerap membuka peti sejuk.
• Untuk simpanan yang lebih lama, bekukan yogurt dalam peti sejuk beku. Suhu beku akan merencatkan aktiviti bakteria dalam yogurt. Cuma mungkin teksturnya sedikit berubah apabila dinyahbeku kelak.
Kesimpulannya, yogurt yang sudah melepasi tarikh luput masih lagi boleh dan selamat dimakan. Cuma pastikan rupa, warna, bau dan rasa yogurt masih berkeadaan elok.
Oleh kerana kes jangkitan Covid-19 masih lagi tinggi di mana kes mencecah lebih 20 ribu sehari, jadi kita perlu sentiasa membuat persediaan dalam menghadapi segala kemungkinan.
Salah satu persediaan adalah dengan menyediakan ubat yang sesuai jika dijangkiti virus merbahaya ini.
Agaknya ubåt apa yang sesuai ada dalam peti ubat di rumah kita. Senang atau tidak untuk mencari stok ubat ini kerana pasarannya laku seperti pisang goreng.
Awal Januari lalu, Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin mengumumkan akan memperkenalkan akta baharu bagi melarang aktiviti merokok dan pemilikan sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik (vape) terhadap generasi muda yang lahir selepas 2005.
Polisi itu juga dikenali sebagai Generational End Game (Generasi Penamat, GEG).
Langkah itu diambil bagi mengurangkan pendedahan generasi akan datang kepada rokok dan produk tembakau kerana pengambilannya adalah faktor utama kanser dan menyumbang 22 peratus kematian akibat kanser.
Dalam satu perkongsian di Tik Toknya hari ini, Khairy Jamaludin menjelaskan terdapat sekitar 400 kematian saban minggu berlaku di Malaysia akibat rokok sekaligus menjelaskan pengambilan berlebihan tembakau menjadi faktor utama pencetus kanser yang menjadi penyakit utama penyebab kematian di hospital.
Di peringkat dunia, seramai 6 juta orang mati setiap tahun disebabkan perbuatan merokok.
Jelasnya, produk tembakau juga menyebabkan ketagihan nikotin iaitu salah satu kandungan dalam rokok.
“Ia mengambil masa kurang daripada 10 saat untuk sampai ke otak sebaik sahaja perokok menyebut asap rokok.
“Sebab itu sukar perokok untuk berhenti, menjadikan ramai merokok sepanjang hayat dan menghadapi pelbagai jenis penyakit,” katanya menerusi hantaran di Tiktok.
Jelas Khairy lagi, rokok menyebabkan pelbagai penyakit kronik kepada perokok tetapi ia bukan hanya membahayakan diri perokok saja bahkan orang sekeliling walau mereka tidak merokok. Ia membahayakan orang sekeliling kita walau mereka tidak merokok.
“Ingat tiada kuantiti atau jumlah tembakau yang selamat untuk kita. Ia sangat membahayakan.
“Jauhi rokok. Mainkan peranan anda dalam melahirkan generasi bebas rokok,” katanya sambil meminta orang ramai menyokong Generational End Game (GEG).
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.