Tempahan untuk vaksin AstraZeneca telah dibuka kepada semua orang di Malaysia seperti tular di laman media sosial adalah palsu, demikian menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
Jawatankuasa itu dalam kenyataan malam ini memaklumkan pautan https://www.vaksincovid.gov.my/en/register yang ditularkan itu hanyalah untuk pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan bukan untuk vaksin AstraZeneca.
Justeru, jawatankuasa itu menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan mesej palsu tersebut dan hanya mendapatkan maklumat sahih menerusi laman web atau media sosial mereka di Facebook, Instagram atau akaun @JKJAVMY untuk Twitter.
Dalam pada itu, pihak JKJAV turut memberi nasihat kepada mereka yang akan pergi janii temu vaksinasi.
Antara adalah tepati masa dan datang 15 hingga 30 minit lebih awal.
Turut diingatkan juga untuk sentiasa patuh SOP ditetapkan. Bagaimanapun janj temu ini adalah untuk yang sudah berdaftar dan walk in tidak dibenarkan sama sekali.
Sumber: Bernama
Artikel Berkaitan:
Dalam Tempoh 3 Jam Je, Vaksin Slot AstraZeneca Habis Ditempah Warga Lembah Klang
Alami Sakit Kepala & Mengantuk, Pengalaman Elfira Loy Lepas 24 Jam Disuntik Vaksin AstraZeneca
Guna Kuasa Solekan Lukis Bendera Palestin Di Wajah, Tanda Solidariti MUA Bellaz