Lain orang lain cara masakannya. Begitu juga dengan seorang pengguna di laman sosial Facebook berkongsi cara masakannya dengan meletakkan satu sudu susu pekat dalam hidangan dimasak.
Tindakan itu telah mencetus pelbagai persoalan terutamanya kuantiti gula ‘tersembunyi’ sehingga mendapat perhatian Pensyarah Kanan Kimia, Universiti Teknologi Mara, Dr Fatimah Salim.
Menulis di Facebook, susu pekat manis merupakan susu yang dihasilkan daripada membuang lebih daripada 60 peratus kandungan air dalam susu lembu dan kemudiannya ditambahkan gula (45 peratus) dan ditinkan agar tahan lama.
Ayuh, ikuti perkongsiannya.
SUSU PEKAT MANIS TINGGI KANDUNGAN GULA
“Susu pekat manis merupakan susu yang dihasilkan daripada membuang lebih daripada 60% kandungan air dalam susu lembu yang mana kemudiannya ditambahkan gula (~45%) dan ditinkan agar tahan lama.
Ads
“Kebanyakkan susu pekat manis yang berada di pasaran juga ditambah dengan lemak kelapa sawit untuk mengurangkan penggunaan susu lembu dan boleh dijual dengan harga yang lebih murah (biasanya dilabel ‘filled milk’).
“Setiap 1 Oz (30 ml) susu ini mengandungi sekitar 15 g GULA (sukrosa dan laktosa), 2.5 g lemak (lebih separuh lemak tepu) dan 2.2 g protein. Ianya juga mengandungi kalsium, natrium, fosforus, selenium, riboflavin, vitamin B12 (biasanya ditambah vitamin A dan D3) dan choline.
“Susu pekat manis sangat popular digunakan dalam pelbagai jenis minuman dan makanan. Pengambilan susu pekat manis secara kerap dan berlebihan boleh membawa kepadapelbagai risiko kesihatan seperti diabetis yang mana akan menjadi pemangkin kepada penyakit lain.
Ads
“Disebabkan tinggi kandungan gula, alternatif yang lebih bagus ialah dengan mengantikannya dengan susu sejat. Ini kerana susu sejat juga dibuat daripada pepejal susu namun tiada penambahan gula.
“Susu pekat manis sebenarnya boleh dihasilkan sendiri di rumah dengan mencampurkan 1 bahagian susu sejat dengan 1 1/4 bahagian gula. Panaskan dan kacau sehingga gula cair, susu bertekstur pekat dan sejukkan. Atau boleh juga didihkan susu dengan gula sehingga ianya menjadi pekat (~60% kandungan air meruap).
Nota:
• Susu pekat manis yang sudah dibuka perlu disimpan dalam peti sejuk kerana jangka hayatnya berkurangan sekitar 2 minggu.
Ads
• Krimer manis/ sejat BERBEZA dengan susu pekat manis/ sejat. Krimer diperbuat daripada lemak minyak kelapa sawit. Sangat minima atau TIADA langsung kandungan susu! Oleh itu, baca label sebelum membeli.
Pelakon dan penyanyi, Amy Mastura menyifatkan segala pujian yang diterima soal awet muda adalah sebagai peringatan baginya.
Menurut laporan Harian Metro, Amy atau nama lengkapnya Amy Mastura Suhaimi berkata, dia enggan berlapang dada sebaliknya bersyukur.
“Alhamdulillah dengan pujian kelihatan seperti adik-beradik dengan anak-anak, namun sebagai manusia kita tidak dapat lari daripada kenyataan. Jangan perasan sangat, saya selalu ingatkan diri saya.
“Ini kerana, mak tetap mak, tak jauh lari dia. Walaupun sering menerima pujian, namun sebenarnya menjadi peringatan. Sila beringat!
“Tak ke mana pun sebenarnya, menuju ke arah yang sama saja. Namun, buat sementara ini, Alhamdulillah.. Itu saja yang dapat saya ucapkan,” katanya.
Terdahulu, nama Amy sentiasa meniti di bibir peminat kerana sering menerima pujian seperti pelakon filem popular Puteri Impian itu kekal awet muda.
Tip Cantik Amy Mastura
Berkongsi tentang penjagaan wajah dalam portal Eh!, Amy hanya menggunakan yang asas sahaja iaitu pencuci wajah, pelembap dan krim wajah bagi mengekalkan kelembapan wajah. Tapi Amy akan pastikan wajahnya sentiasa dicuci dengan bersih.
Dan bila disoal sama ada pernah melakukan rawatan kulit yang ekstrem, “Sejujurnya saya memang tidak tahu tentang rawatan kulit yang ada masa sekarang ini. Yang saya tahu hanya rawatan wajah yang biasa sahaja, itupun saya jarang lakukanya. Bila ada event yang penting baru saya pergi melakukanya,” ceritanya.
Bab solekan pula, sekiranya tidak mempunyai sebarang aktiviti atau persembahan, Amy memilih solekan yang natural dan hanya memakai gincu bibir sahaja.
Untuk info, Amy mendirikan rumah tangga bersama Alvin Tham Suffian sekitar tahun 2000. Hasil perkongsian hidup, mereka mereka mempunyai dua anak perempuan iaitu Adriana, 22, dan Adalia, 19.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak mudah nak buang jeragat yang sudah meriah di kulit wajah, tetapi kalau dibiar makin teruk lah jadinya. Paling takut jeragat tu makin tebal dan membuatkan kulit nampak gelap.
Jadi suka atau tidak, anda kena juga cari produk yang boleh bantu hilangkan masalah jeragat atau paling jimat guna petua orang lama seperti yang dikongsi wanita ini.
Cerita Puan Asrina Jamiran yang lebih mesra dengan panggilan Kak Sufi, katanya dia memang suka sangat pakai masker semenjak jadi beautician. Hah, patutlah tahu bab petua cantik!
Melalui perkongsiannya, masker adalah diantara rutin wajib penjagaan wajah Kak Sufi.
Apa yang menarik, aktiviti ini boleh buat dengan anak anak. Hasilnya, habis anak dara dapat kulit halus molek. Elok sangat kita kongsi petua orang lama pada generasi muda ini. Jimat poket mak ayah sekali.
Okay ini cara nak elakkan jeragat makin tebal di muka. Nanti amalkan ya.
Jom Buang Jeragat
Apa yang anda perlu ialah:
Segenngam beras
Kunyit hidup
Putih telur
Perahan Lemon / LImau nipis
1. Ambil segenggam beras dan rendam semalaman.
2. Toskan dan tumbuk bersama 1cm kunyit hidup atau boleh juga blend dan gunakan bersama 1 sudu kecil serbuk kunyit. KakSufi guna blend je.
3. Selepas tu campurkan dengan putih telur dan sedikit perahan lemon atau limau nipis.
4. Sapukan ke seluruh muka dan biarkan sekitar 10 minit. Bila dah kering, gosok manja kat semua kawasan masker tu. Kemudian bilas dengan air bersih
5. Untuk hasil yang memuaskan lakukan 2 kali seminggu. Bukan setakat bantu pudarkan jeragat, muka korang rasa anjal lepas pakai.
Senang tak nak cantik? Untuk info, masalah jeragat paling susah nak pulihkan. Jika anda langsung tak pakai pelindung wajah, lagi lah dia makin membiak. Jadi, rajin-rajinkan diri pakai masker ini ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tular video pelakon Liyana Jasmay tanpa mekap di media sosial yang dilihat sedang makan dengan wajah yang penat.
Dalam video yang dikongsikan, Liyana, 36, turut memberitahu dia tidak cukup tidur kerana sibuk menjalani penggambaran.
Pamer Wajah Tanpa Mekap
“Bila belum tidur lebih dari 16 jam. Dapat makan burger sedap, nak menangis! Semalam penat berlakon, kena rasuk, lebam kaki, telinga berdarah, mata kabur. Tapi alhamdulillah untuk semuanya. Saya sangat bersyukur,” tulis Liyana dalam TikTok.
Video yang dikongsikan pelakon filem Papadom itu kemudiannya meraih perhatian pengikutnya dalam media sosial, apabila rata-rata memuji sifatnya yang bersahaja, malah tidak kisah untuk mempamerkan wajahnya tanpa secalit solekan walaupun berstatus seorang selebriti.
Liyana Jasmay Dipuji Cantik Semula jadi
Liyana juga tidak menggunakan sebarang ‘filter’ pada aplikasi telefon pintarnya untuk menutup cela dan jerawat yang ada pada wajahnya.
“Antara artis yang berani tampil tanpa solekan. Tidak menipu. Awak sungguh ‘authentic’ (tulen),” tulis seorang pengikutnya.
“Saya nak beritahu awak sesuatu. Awak sungguh cantik walaupun tanpa solekan. Serius, sangat cantik! Sayang awak,” puji seorang peminatnya.
“Elok tak ada ‘control’ cantik walaupun artis. Jadi diri sendiri apa salahnya,” ujar seorang lagi netizen.
Namun, Liyana tidak terlepas daripada menerima beberapa komen jelik daripada netizen yang mengutuk wajahnya apabila disamakan seperti pembantu rumah atau bibik.
“Ini baru bibik yang sebenar,” kata seorang netizen.
“Ya Allah macam mana suami dia boleh suka?” ujar seorang lagi pengguna TikTok.
Pernah Dikecam Teruk
Sebelum ini, Liyana pernah dikecam netizen kerana warna kulitnya yang dikatakan semakin gelap berbanding sebelum ini.
Namun, dia tidak marah apabila dilemparkan kata-kata sebegitu malah mengakui takut untuk melalui kesan sampingan sekiranya mengambil suntikan suplimen pemutihan kulit.
Malahan Liyana juga bersyukur, suaminya, Fathuddin Mazlan tetap menerima dirinya seadanya tanpa mengira warna kulit.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!