Rupanya Guna Putik Kapas Jadi Penyebab Tahi Telinga Banyak, Walaupun Kerap Kali Dicuci

Share

Tahukah anda kotoran dalam telinga (earwax) merupakan zat yang terbentuk daripada kelenjar sebaceous dan ceruminous pada saluran telinga.

Jika tahi telinga ini tidak dibersihkan akan menyebabkan seseorang itu rasa tidak selesa dan menganggu seperti pendengaran dan kegatalan.

Namun sebenarnya pembentukan tahi telinga ini adalah normal, malah ia turut mempunyai beberapa manfaat termasuk melindungi telinga daripada benda asing.

Apa sebabnya pembentukan tahi telinga lebih banyak, walaupun kita telah membuangnya guna kapas telinga.

1. Jangkitan

Tahi telinga yang lebih banyak boleh disebabkan jangkitan dan kebiasaannya ramai tidak menyedarinya sehingga bahagian itu rasa gatal dan pendengaran seperti terjejas.

2. Penggunaan Putik Kapas

Penggunaan putik kapas untuk mengorek tahi telinga boleh menyumbang kepada pertambahan tahi telinga. Ini kerana putik kapas dapat memecahkan sel kulit di dalam telinga dan memicu pembentukan tahi lebih banyak.

Putik kapas juga boleh mendorong kotoran masuk lebih dalam dan menyebabkan masalah tersumbat seterusnya mengganggu pendengaran.

3. Air Dengan Klorin

Tahi telinga kalis terhadap air tetapi ketika anda berenang di dalam kolam renang berklorin, ia boleh menyebabkan kegatalan dan menyebabkan pembentukan tahi telinga lebih banyak sebagai bentuk perlindungan.

Sebab itu penting untuk mengeringkan bahagian ini selepas mandi bagi mengelakkan air tertinggal di dalam telinga.

4. Penggunaan Air Sabun, Syampu

Tanpa disedari, ada sisa produk mandian sepeerti sabun atau syampu yang tersangkut di saluran telinga dan ini boleh menyebabkan kegatalan dan peningkatakan tahi telinga.

Sekiranya ada produk digunakan menyebabkan tahi telinga semakin banyak, anda disarankan untuk menukar produk itu atau beralih kepada jenama yang lain.

Cara Betul Bersihkan Telinga Lebih Selamat

Menurut laman web HelloDoktor terdapat cara yang betul untuk membersihkan telinga bagi elak kecederaan.

1. Cara selamat untuk melakukan aspek penjagaan kebersihan telinga di rumah adalah dengan menggunakan ubat titisan telinga yang secara perlahan-lahan menyingkirkan lebihan earwax secara semula jadi. Ubat titisan telinga ini boleh didapati dari farmasi atau dari pakar audiologi.

2. Untuk pilihan lain, boleh digunakan titisan minyak zaitun atau minyak bayi untuk melembutkan tahi telinga – seandainya telinga tersumbat yang menyebabkan masalah kurang pendengaran.

3. Namun sekiranya anda bimbang, anda boleh mendapatkan khidmat individu terlatih atau pakar yang akan menggunakan alatan khas seperti mikroskop atau skop yang membantu untuk melihat ke dalam salur dan gegendang telinga dengan lebih jelas.

Proses pembersihan ini akan dilakukan di hospital atau klinik perubatan bagi mengelakkan sebarang risiko kemalangan atau kecederaan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti gegendang telinga terkoyak.

Sumber: Mstar 

Artikel Berkaitan:

Lepas Bedah, Eina Azman & Suami Pula Disahkan Positif Covid-19. Juga Penyanyi Aishah, Tapi Semakin Stabil!

Sebab PKP, Ramona Layan Senaman Online. Caranya Jaga Kesihatan & Kecantikan Wajah Di Usia 30-an!

Cantik, Bijak & Berenergi. Keistimewaan Sanna Marin, Perdana Menteri Finland Diiktiraf Paling Muda Di Dunia!

Published by
Siti Zurina Mat Saman