Rebecca Nur Islam Akhirnya Turut Positif. Setelah Hampir Tumbang Jaga Ahli Keluarga Dijangkiti Covid-19!

Apabila kita disahkan positif Covid-19 dan hanya wajib kuarantin di rumah, penjagaannya masih tétap sama.

Perlu kuarantin kendiri di bilik masing-masing bagi mengelak jangkitan virus terkena orang lain.

Dan ketika inilah khidmat ahli keluarga yang masih sihat diperlukan bagi memastikan keperluan mereka yang dikuarantin terjaga sebaiknya.

Namun sekuat mana, akhirnya tewas juga dengan virus ini apabila turut dijangkiti covid-19.

Situasi inilah dialami dan dirasai oleh pelakon dan usahawan Datin Rebecca Nur Al Islam yang berkongsi berita apabila dirinya turut disahkan positif.

Dia yang sebelum ini berkongsi kisah duka apabila semua, enam anak serta pembantu rumah turut disahkan positif menyebabkan Rebecca perlu menguruskan segalanya.

Rebecca yang juga turut dipangil MummyBecca memberitahu dirinya hampir tumbang kerana tidak boleh tidur dan tidak menyangka segalanya berlaku dalam sekelip mata.

Oleh kerana kasihan melihat keadaan suami serta anak-anak, dia terpaksa bercampur dengan mereka semua untuk memberi ubat dan uruskan segalanya.

Rebecca juga reda dengan ujian yang menimpa dan berterima kasih atas doa yang diberikan untuk mereka sekeluarga.

Pada Awal nya Saya Negative-

Akhirnya MUMMYBECCA juga di sahKan

#PositiveCovid19 setelah menjaga suami dan anak anak TerCINTA 

Doain MUMMYBECCA Serta Seluruh Keluarga

SIHAT seperti Sedia Kala Ya semua,

Secara JUJUR mummy juga Hampir tumbang semalam kerana tidak boleh tidur dan terFikir Dgn Sekelip Mata Segala nya Dari Sang PENCIPTA

TerLalu Laju,Bahaya Sgt2 #Covid19 ni..

Kesian Tgk Suami dan Anak Anak Semua..

Jadi MUMMYBECCA tak sampai hati,dan TerPaksa Masuk BerCampur dgn mereka Semua utk memberi ubat dan sebagainya

Demi Anak anak Dan Suami Yg TerLalu lemah,MUMMYBECCA Cuba KuatKan diri,Dan Akhirnya Malam Tadi,MUMMYBECCA juga Di sahKan #positiveCovid19

Saya REDHA dgn Ujian Ini #InsyaAllah

Terima Kasih Diatas DOA Anda Semua 

#SayaAmatHargai
#mummybecca

#mummybeccasupermom

#mummybeccafamilyCovid19

#10072021

#0230am

#KasihIbuHinggaSyurga
#TrustInAllah

Kredit Foto: Instagram Rebecca Nur Islam

Artikel Berkaitan:

Selesai Terima Vaksin Covid-19, Ayda Jebat Kongsi Cara Dapatkan Tarikh Temujanji Melalui MySejahtera

Kes Makin Tinggi, Pesakit Covid-19 Terpaksa Letak Di Luar Emergancy Hospital. Bekalan Oksigen Pula Kena Kongsi!

Ganggu Rawatan Pesakit Kanser? Pakar Jelaskan Vaksin Covid-19 Boleh Lindungi Kadar Jangkitan!

Siti Zurina Mat Saman

Rutin Kecantikan Datuk Syafinaz – Rahsia Awet Muda & Kulit Sihat Sejak Remaja

Tak puas tengok air wajah penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat, walaupun sudah berusia…

11 bulan

Rutin Urut Wajah, Daripada Chubby Berubah Jadi V-Shape

Setiap pagi atau sebelum tidur, elok urut wajah untuk hilangkan masalah dagu berlapis dan jadikan…

11 bulan

Maintain Kecil Molek, Nora Danish Tak Memilih Bab Makan, Telur Pun Cukup!

Semakin jelita dan tubuh badannya maintain kecil molek, Nora Danish memang salah seorang artis wanita…

11 bulan

Kurangkan Masalah Gelap Bawah Mata, Perlukan 2 Barang Sahaja Dan Hasilnya Wow!

Stress juga kalau hadap masalah gelap bawah mata, nak-nak kalau mahu keluar ke majlis tertentu…

11 bulan

Rupanya Beauty Hack Ini Semua Mitos, Jangan Cuba Kalau Tak Nak Kulit Rosak

Masih ramai yang terpengaruh dengan beauty hack dikongsikan di media sosial, ada yang kononya membantu…

11 bulan

Cara Ketahui Warna Sesuai Dengan Kulit, Senang Nak Pilih Baju Raya Nanti

Ini cara ketahui warna sesuai dengan kulit sebelum beli baju cantik! Raya Aidilfitri pun semakin…

11 bulan