Setiap wanita pastinya akan mengalami pengalaman berdepan masalah senggugut atau sakit ketika datang haid.
Masalah ini dianggap bukan sesuatu yang luar biasa bagi kebanyakan wanita tanpa mengira usia selagi sistem reproduktifnya masih aktif.
Kejang perut, kembung, sakit pinggang serta pelbagai lagi adalah antara gejala yang dialami, dan tahap kesakitannya juga berbeza.
Namun senggugut yang teruk boleh mengganggu kualiti kehidupan seseorang wanita. Malah menurut pakar obstetrik dan ginekologi, ada yang perlu mengambil ubat tahan sakit setiap kali haid.
Menurut mereka, umumnya kesakitan haid ini disebabkan masalah pada sistem peranakan, dan paling biasa ialah fibroid pada uterus dan adenomiosis, dua ketumbuhan benigna yang ditemukan pada rahim atau uterus.
Selain pengambilan ubat tahan sakit yang hanya memberi kelegaan sementara, ada kaedah rawatan lain yang boleh “membebaskan” wanita daripada senggugut seperti miomektomi dan adenomiomektomi, dua prosedur melibatkan pembedahan namun berisiko menyebabkan komplikasi semasa hamil, selain alternatif yang lebih drastik iaitu histerektomi – prosedur membuang uterus.
Namun tidak ramai wanita yang sanggup menjalani prosedur terbabit. Justeru, apa lagi pilihan yang ada?
Baru-baru ini, Mahkota Medical Centre (MMC) melancarkan kaedah rawatan berasaskan ultrabunyi yang pertama di negara ini – High-Intensity Focused Ultrasound (HIFU) – khusus untuk menangani masalah ginekologi terutamanya adenomiosis dan fibroid.
Ads
Pakar Obstetrik dan Ginekologi MMC Dr S. Selva ketika dihubungi Bernama, berkata HIFU merupakan kaedah rawatan tidak invasif yang menawarkan tempoh pulih lebih singkat selain tidak menjejaskan kesuburan wanita.
Tidak seperti prosedur lain, pesakit tidak perlu menunggu uterus mereka pulih sepenuhnya sebelum mencuba untuk hamil, jelas beliau, dan menambah HIFU merupakan penyelesaian terbaik yang dapat mengurangkan impak terhadap kesuburan serta risiko komplikasi yang dihadapi oleh wanita yang menjalani rawatan tipikal bagi fibroid dan adenomiosis.
“Menerusi teknologi HIFU ini, MMC mengubah landskap rawatan bagi wanita dengan opsyen rawatan tidak invasif dan canggih namun terbukti memberikan hasil positif secara klinikal selain mengekalkan tahap kesuburan mereka.
“Teknologi HIFU menggunakan tenaga bunyi tertumpu untuk memanaskan dan memusnahkan tisu sasaran. Teknologi ini digunakan bagi merawat pelbagai masalah kesihatan seperti batu karang, katarak, gangguan neurologi, nodul tiroid benigna, penyakit prostat dan tumor pepejal, selain digunakan dalam terapi paliatif. Dalam bidang ginekologi, teknologi HIFU boleh digunakan untuk merawat fibroid uterus dan adenomiosis,” katanya.
Cepat Sembuh Dan Tanpa Parut
Mengulas lanjut, Dr Selva berkata HIFU merupakan rawatan khas menggunakan transduser ultrabunyi berintensiti tinggi yang menumpukan gelombang bunyi di lokasi khusus, meningkatkan suhu setempat tisu daripada 60 darjah Celsius kepada 80 darjah Celsius dan menghasilkan nekrosis koagulatif tisu.
“HIFU dijalankan dengan berpandu sama ada pada Pengimejan Resonans Magnetik (MRgFUS) atau Ultrabunyi (USgHIFU) sebagai modaliti pengimejan bagi menyasarkan rawatan di kawasan fokus pada tisu dan pada masa sama mengelakkan kerosakan tisu-tisu lain.
Ads
“Kelebihan utama USgHIFU berbanding MRgFUS ialah kaedah tersebut menawarkan pengimejan pada masa sebenar, sekali gus membolehkan doktor melihat tisu yang berkenaan semasa prosedur dijalankan. Kaedah itu juga menggunakan transduser yang lebih besar dan lebih berkuasa, sekali gus memendekkan tempoh dan meningkatkan keberkesanan rawatan.
“USgHIFU turut memberikan akses lebih baik kepada pesakit selain fleksibiliti dalam posisi pesakit, justeru pesakit berasa lebih selesa, Selain itu, kaedah berkenaan juga lebih murah,” jelas beliau.
Memandangkan HIFU membabitkan prosedur tidak invasif, pesakit tidak memerlukan anestesia am semasa menjalani prosedur selain rawatan juga tidak meninggalkan kesan parut pada pesakit.
Prosedur tersebut mempunyai tempoh pulih yang lebih singkat berbanding miomektomi dan histerektomi. Rawatan HIFU juga lebih sesuai bagi wanita yang berhasrat untuk hamil kerana prosedur berkenaan tidak menjejaskan otot dan tisu lain pada uterus.
Menurut Dr Selva, disebabkan teknologi HIFU tidak meninggalkan kesan parut yang banyak pada dinding uterus, pengembangan rahim semasa kehamilan dan kontraktiliti ketika proses melahirkan dapat dikekalkan.
Ads
“Sesi rawatan HIFU berdasarkan ultrabunyi berlangsung selama satu hingga empat jam, dan dalam kebanyakan kes, rawatan boleh dilakukan dalam satu sesi sahaja. Pesakit dengan jumlah fibroid yang banyak atau bersaiz besar mungkin memerlukan beberapa sesi. Prosedur ini juga tidak menyebabkan pesakit kehilangan darah, bermakna pemindahan darah tidak perlu.
“HIFU juga boleh mengurangkan risiko komplikasi berpotensi yang mungkin berlaku semasa pembedahan membuang adenomioma atau fibroid. Paling penting, pesakit yang berhasrat untuk hamil tidak perlu menunggu sehingga rahim mereka pulih sepenuhnya sebelum cuba mengandung,” katanya.
Selain itu, pesakit juga boleh mengadakan hubungan seks selepas kitaran haid yang seterusnya berakhir memandangkan beberapa kajian terkini menunjukkan pesakit berjaya hamil dalam tempoh beberapa bulan sahaja selepas menjalani rawatan HIFU, sama ada mengandung secara semula jadi atau dibantu melalui rawatan reproduktif.
Apabila seseorang dijangkiti virus Covid-19, pelbagai simptom akan dapat dikesan seperti hilang deria bau selain mengalami demam dan batuk.
Malah jika dijangkiti dalam stage 5, berkemungkinan boleh menyebabkan kematian dan dan sehingga hari ini di Malaysia virus Covid-19 telah membunuh lebih 3000 pesakit.
Dan satu lagi pembunuh senyap Covid-19 yang juga patut kita takuti adalah Happy Hypoxia, terutamanya bagi golongan muda.
Dengarkan penjelasan Dr Samhan di laman twitter berkaitan Happy Hypoxia ini.
Ini kerana pesakit Covid-19 kelihatan tenang, normal dan ceria seperti biasa tetapi tahap oksigen mereka rendah.
Mereka tidak menunjukkan sebarang gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam badan rendah.
Ini menyebabkan kekeliruan apabila doktor sukar mengenal pasti pesakit Covid-19 yang alami Hypoxia kerana otot pernafasan mereka tidak menunjukkan tanda sukar bernafas.
Happy Hypoxia ini boleh menjadi pembunuh senyap kerana apabila masalah kekurangan oksigen ini tidak dapat dikesan dan dirawat lebih awal, pesakit Covid-19 boleh meninggal dunia.
Gambar sekadar hiasan.
Jadi, bagaimana ingin mengesan Happy Hypoxia?
Sekiranya pesakit Covid-19 ini berada di hospital, maka Hypoxia boleh dikesan awal kerana tahap oksigen pesakit sentiasa dipantau setiap empat jam.
Bagi pesakit Covid-19 yang dikuarantin dirumah, kalian digalakkan membeli Pulse Oximeter(gambar) untuk memantau tahap oksigen mereka dan segeralah ke hospital jika tahap bacaan oksigen kurang daripada 95 peratus.
Guna Pulse Oximeter untuk pantau tahap oksigen.
Baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mendedahkan, Happy Hypoxia mula dikesan menyerang segelintir pesakit Covid-19 di negara ini hasil pemerhatian klinikal yang dibuat kebelakangan ini.
Tidak hanya di Malaysia, gejala ini yang kebanyakannya menyerang pesakit Covid-19 dalam kalangan individu muda turut berlaku dilaporkan di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, India dan Indonesia.
Bagi anda yang ada masalah kulit kusam, kering, dan jeragat tebal wajib cuba petua yang dikongsikan oleh Puan Puteri Kasim yang dikatakan jimat tetapi berkesan.
Sebenarnya rawatan ini dipanggil Hydrating Mask Scrub. Anda boleh amalkan hydrating mask ini untuk kelembapan kulit muka agar mulus dan glow, mengecilkan pori-pori, serta sapu sekitar kaki dan tumit kaki yang kering atau merekah.
Petua Rawat Kulit Kusam, Kering Dan Jeragat Tebal
Cara – caranya:⠀
1. Sediakan sebiji tomato. Tomato ini boleh digunakan sehingga 3 kali. Setelah itu, korek isi tomato tersebut.⠀
2. Masukkan 2 sudu beras hancur untuk dijadikan scrub muka. Anda tidak perlu membasuh beras terlebih dahulu ya. ⠀
3. Masukkan Yogurt asli untuk kesan optimum, anda boleh lakukan detox skin dan detox body.
4. Masukkan 1 sudu madu asli.
5. Campurkan semua bahan di atas dan kacau sehingga sebati. Dia agak cair sikit boleh je nak tambah beras kalau tak cukup.
6. Wrap dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit atau 1 jam.⠀
7. Sapukan campuran bahan-bahan tadi dan biarkan 15 minit atau 20 minit.
Kalau nak 30 minit pun boleh. Kemudian scrub sehingga kalian berpuas hati. Sangat elok hydrating mask digunakan dalam suhu yang sejuk.
⠀
Proses ini akan menjadikan pori-pori mengecil. Kulit akan kelihatan mulus dan halus. lebih segar.⠀
8. Selepas 30 minit. Buang semua black head dan white head. Kemudian cuci menggunakan hydrating mask kembali dan bilas.⠀
9. Untuk proses yang terakhir, boleh sapukan ais ke kulit wajah anda untuk menambahkan kesegaran kulit dan mengecilkan pori-pori dengan lebih baik.⠀
⠀
Jika anda memang tak rajin nak pakai skincare yang belum tentu selamat untuk wajah, eloklah cuba petua ini ya. Sekurang-kurangnya anda ada usaha untuk jaga kulit wajah dengan cara jimat!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi impian setiap gadis bergelar ratu sehari yang paling cantik dan menawan di hari bersejarah.
Namun semua yang diimpikan tidak semestinya akan berlaku. Disebabkan nasib yang tidak menyebelahi apa yang dihajatkan tidak terlaksana.
Seperti perkongsian seorang wanita yang juga bergelar ratu sehari, Yana Nazaruddin di laman sosial apabila dirinya didandan sambil lewa oleh Mak Andam dan hasilnya sangat mengecewakan.
Meluahkan rasa tidak puas hati kerana menjadi penipuan Mak Andam berkenaan lebih-lebih lagi di hari berbahagianya.
Menurutnya bayaran dimahal bukanlah murah, tetapi habis ratusan ringgit. Malah dia diberitahu MUA yang dijanjikan ditukar kepada MUA terjun lain. Apabila ditegur jadi sentap.
Nilai upah makeup yang dibayar bukan lah murah tetapi ratusan ringt. Dijanjikan Mua lain yang makeup tapi ditukar last minute kepada Mua terjun.
Selepas proses makeup dilakukan keluarga saya sudah menegur Mua tersebut tetapi tak diterima dan memberi alasan ‘jangan bandingkn makeup dia dengan makeup yang lain ‘. Bila disuruh untuk diubah terus sentap dan balik.
Kecewa dengan hasilnya dan terpaksa buang dan mekap sendiri untuk sanding. Malah menurutnya juga proses mekap tidak profesional serta tak menjaga kebersihan.
Saya sangat kecewa bila dapat hasil makeup yang macam tu. Sampai terpaksa remove sendiri dan makeup sendiri untuk bersanding walaupun barang tak cukup. Proses makeup yang sangat tidak professional, tiada face base dan hygiene dilakukan.
Malah eyelashes pun diminta refund ‘boleh lagi 5 orang pakai ‘ . Apabila diminta berbincang baik-baik untuk refund makeup tapi yang dilayan ibarat diri ni dihalau.
Bukan itu saja, malah crown digayakan juga reput dan mudah patah jika tersentuh. Walaupun tahu crown berkenaan memang ada yang patah dan batuan hanya digam.
Lepas tu bagi crown pun dah reput tersentuh sikit pun boleh patah dituntut harga crown sehingga 200 wlaupun pada asalnya crown memang dah ada yang patah dan hilang batu nya dan mempunyai kesan gam.
Veil yang diberi pun sudah lusuh. Bila dibuka pelamin sampai rosak kipas rumah kami dan Dijanjikan untuk dibaiki tapi sehingga sekarang tiada apa-apa respond pun. Satu permintaan maaf dari beliau tak wujud langsung. Kecewa sungguh jadi macam ni pada hari bahagia
Namun setelah kisahnya viral di media sosial, jurusolek terkenal di utara, MUA Bellaz berhajat untuk menaja semula mekap dan pakaian untuk wanita ini. Dan jika sudah mendapat kebenaran rentas negeri, dia akan berjumpoa dengan MUA Bellaz.
Bismillah Assalamualaikum.terima kasih yang mendoakan dan terima kasih jugak kepada Mua2 yg sudi sponser makeup. InshaAllah lepas pkpb dan dapat kebenaran merentas negeri saya akan berjumpa Mua Bellaz.
Kisahnya juga turut mendapat simpati netizen. Ramai tidak menyangka hasilnya sangat mengecewakan, lebih-lebih lagi di hari perkahwinannya yang sepatutnya jadi memori terindah.
Faiszah Jamil Kami pon pernah terkena. Tapi ni mua dari kedah la. Bayangkan tengok2 cermin ‘Ya Allah, kenapa muka aku jadi macam ni’ Sampai ada org cakap muka mcam vampire Tu pun tak cerita lagi pasai bercapuk Walaupun dah dua tahun lebih, masih segar dalam ingatan
Fatihah Radulan Kesian yana sabar bnyk ii ye yana makeup zaman bile lah tuu
Nur Syuhadah Hm makeup xikhlas langsung
Nurnasuha Ummairah Adawiyah Kesiannya… Hari bahagia kot
Azween Shafini Rusman Muka awk tnpa make up lg ok..xyah makeup pun xpe klau camni jdnya..dr hr bhgia jd hr bersejarah dah klau mke up mcm ni
XerraRose Sz Mcm and tk logik.. zaman skrg Ada mak andam make up org mcm ni lgi
Semoga kisah ini jadi panduan kepada semua. Setiap dari kita pastinya mahu tampil cantik dan anggun di hari perkahwinan.
Tidak salah untuk kita belajar bersolek sendiri melalui laman youtube, kerana jika terjadi perkara sebegini, apa plan B yang boleh dilakukan.