Kita sangat digalakkan untuk bersikap jujur apabila mahu bertemu doktor agar tidak berlaku sebarang masalah.
Misalnya perkongsian seorang Doktor Gigi, Dr Azila Mohd Kasim yang berdepan pengalaman seorang pesakit tidak memberitahu sejarah kesihatannya ketika datang membuat rawatan.
Pesakit yang mahu mencabut gigi tidak memberitahu mempunyai penyakit berjangkit menyebabkan dia mengalami pendarahan tanpa henti.
Gambar sekadar hiasan.
Ayuh, ikuti perkongsiannya
Datang ke klinik dengan tuala penuh berdarah, lepas cabut gigi
Setelah selesai sesi staff mengemas klinik di pagi hari. Tiba – tiba datang sepasang suami isteri. Si isteri menekup mulut dengan tuala, penuh berdarah sampai kena pada tudung dan bajunya.
Staff : Encik, kenapa dengan isteri encik?
Suami pesakit : Semalam pergi cabut gigi di klinik X tapi daripada malam tadi darah tak berhenti.
Staff : Boleh beri kad pengenalan isteri encik? Isteri encik ada masalah kesihatan? Contoh asma, darah tinggi, kencing manis, jantung, penyakit berjangkitatau apa – apa yang saya tak sebutkan?
Suami pesakit : Tiada, dia sihat saja..
Staff : Ok..tunggu sekejap. Saya panggil doktor.
Staff terus memanggilku dan menceritakan keadaan pesakit penuh berdarah itu. Aku bergegas ke bilik surgeri dan memanggil pesakit.
—————————————————————————–
Aku terus memeriksa pesakit, membersihkan dan mengawal hentikanpendarahan. Selepas darah berjaya berhenti, aku mula bertanya.
Doktor : Cabut gigi di mana? Ada tak mereka beri arahan selepas cabutan?
Suami pesakit : Di klinik X, doktor mereka ada beritahu arahan selepas cabutan.
Ads
Doktor : Puan ada berkumur atau meludah ke?
Pesakit : Ya doktor. Sebab saya tak selesa. Rasa berdarah.
Doktor : Puan ada usik-usik seperti cungkil bekas cabutan gigi ke?
Pesakit : Ada doktor..
Doktor : Sepatutnya puan tak boleh berkumur atau meludah. Apalagi cungkil tempat lepas cabut gigi. Puan ada masalah kesihatan ke?
Pesakit : Tak ada doktor.
—————————————————————————-
Rupanya setelah ditanya ada masalah kesihatan sebelum melakukan rawatan cabut gigi
Aku masih tidak puashati, lalu aku gasak lagi dengan soalan.
Doktor : Betul ni puan tak ada masalah kesihatan? Tapi, kenapa berdarah teruk sangat ni?
Ads
Pesakit : Sebenarnya doktor..saya carrier hepatitis B.
Doktor : Kenapa tak bagitahu? Dekat depan staff saya dah tanya, puan kata tak ada. Tak adil la bagi kami kalau puan tidak bagitahu. (suara ku agak tinggi)
Pesakit : Maaf doktor.
Doktor : Doktor yang cabut gigi awak tu tahu tak yang awak ada hepatitis B?
Pesakit : Tak tahu.
Doktor : Puan tak adil. Kesian pada mereka.
Lalu aku menerangkan kesan jangkitan penyakit nya pada perawat klinik gigi.
Setelah darah sudah berjaya di kawal, aku meminta pesakit tunggu di luar.
Jika tuan dan puan ada masalah kesihatan yang boleh berjangkit, tolong beritahu pihak klinik. Jangan aniaya orang yang bekerja di klinik.
———————————————————————-
Ads
Gambar sekadar hiasan.
Kena beritahu doktor jika adalah masalah kesihatan, jangan sembunyikan kerana boleh bahayakan petugas kesihatan dan diri sendiri
Sesetengah pesakit akan menyembunyikan sakit yang dihidapi kerana takutkan stigma, atau juga kerana bimbang doktor akan mengelak untuk merawat sekiranya doktor tahu mereka menghidap penyakit berjangkit. Jangan risau.
Tugas doktor memang untuk merawat anda. Cuma, sekiranya kita tahu anda ada penyakit berjangkit, sekurang-kurangnya kita mengambil langkah lebih berjaga-jaga dalam kawalan infeksi.
Jadi, jangan sekali-kali berbohong atau menyembunyikan riwayat kesihatan anda. Anda mungkin membahayakan diri anda sendiri dan petugas kesihatan yang merawat anda, juga orang lain. Beritahu riwayat kesihatan SEBELUM sebarang rawatan, BUKANNYA Semasa dan Selepas.
Selain untuk doktor dan anda, doktor gigi juga mungkin perlu melakukan langkah-langkah untuk mencegah atau mengurangkan risiko jangkitan kepada pesakit-pesakit lain.
Contohnya letak temujanji sebagai pesakit terakhir untuk hari itu, atau rawatan dibuat di bilik khusus (jarang berlaku). Ini semua untuk kawalan infeksi sahaja. Selain itu, rawatan dan layanan terhadap penghidap penyakit berjangkit sama saja seperti pesakit lain. Cuma, maklumkanlah.
Ya. Kita ada kawalan infeksi untuk semua pesakit. Tapi sekiranya kita tahu anda menghidap penyakit berjangkit tertentu, maka langkah lebih berjaga-jaga akan diambil.
Kita bukan mahu mendiskriminasi anda setelah mengetahui penyakit yang anda hidapi.
Tahu tak kentang juga cukup bermanfaat bagi kecantikan kulit? Percaya atau tidak, masker kentang ‘glamour’ kerana mampu meremajakan kulit, berkhasiat untuk menghilangkan kerutan di wajah serta mampu mengatasi beragam gangguan kulit lainnya.
Kulit Cantik Dengan Masker Kentang, Rugi Kalau Tak Cuba!
1. Kentang dapat menghilangkan lingkaran hitam pada mata secara alami. Caranya kita kupas kentang dan iris kentang bentuk bulat. Letakkan irisan kentang pada mata anda selama 15-20 minit. Setelah itu, cuci atau bilas wajah anda dengan air hangat.
2. Masker kentang memiliki zat anti penuaan yang sangat efektif dan bermanfaat untuk mengurangi kedutan di wajah. Jika anda menggunakan masker secara teratur, maka kulit anda akan lebih lembut dan bercahaya.
3. Menghilangkan bintik hitam pada wajah. Jika kita mempunyai bintik-bintik hitam pada wajah, kita boleh melakukan dengan kisar kentang dan oleskan pada wajah sambil memberikan pijatan lembut. Biarkan selama lima minit, setelah itu bilas wajah dengan air bersih.
4. Menghilangkan luka bakar akibat sinar matahari. Yang perlu dilakukan adalah hiris kentang dan letakkan irisan tersebut pada luka bakar. Hal ini akan memberikan sensasi menenangkan.
5. Memutihkan kulit wajah. Parut kentang dan oleskan parutan kentang pada wajah anda. Setelah 30 minit, bilas wajah anda. Jika anda menggunakan masker secara teratur, kulit wajah akan terasa halus, putih dan cerah.
6. Masker yang terbuat dari kentang juga sangat baik untuk mengangkat sel-sel kulit yang sudah mati pada wajah. Anda cukup menggunakan masker selama 10 minit setiap hari. Dengan pemakaian secara teratur, akan membantu kulit wajah menjadi lebih remaja.
7. Mengubati mata bengkak. Untuk menghilangkan bengkak di sekitar mata atau kantung mata, gunakan campuran timun dan kentang lalu oleskan di sekitar mata.
8. Jika anda memiliki kulit yang kering, anda dapat menggunakan masker yang terbuat dari parutan kentang yang di campur dengan curd.
Untuk penggunaannya cukup oleskan masker pada wajah selama 20 minit, lalu bilas. Masker kentang ini membantu melembabkan kulit anda dan menghilangkan garis-garis halus pada wajah.
Agak-agak yang mana satu anda rasa mampu untuk diamalkan setiap malam? Yang penting kena konsisten ya, baru dapat hasilnya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah beberapa bulan tidak sihat kerana masalah jantung, semalam bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kembali lakukan aktiviti mengayuh basikal.
Menurutnya dalam laman Instagram, Tun M memberitahu setelah lama tidak mengayuh, dia gembira dalam melakukan semula aktviti yang disukainya ini.
Malah beliau meihat ramai yang mengamalkan gaya hidup sihat dan mengucapkan tahniah kepada yang memilih amalan gaya hidup begini.
Sementara itu beliau juga turut memilih berkayuh di Tasik Putrajaya kerana mempunyai pemandangan landskap menarik.
Tambah Tun, landskap di tasik Putrajaya diinspirasikan daripada Lake Como, Italy dengan perumahan di kawasan sekitar yang menghidupkan suasana.
Bukan Tun sahaja yang mengayuh, malah isteri kesayangan, Tun Dr Siti Hasmah juga turut menyertai aktiviti berbasikal.
“Di Tasik Putrajaya pagi tadi, kayuh semula setelah beberapa bulan tak dapat kayuh gerek. Gerek ni perkataan Kedah untuk basikal. Saya tengok ramai yang amal gaya hidup sihat, alhamdulillah dan tahniah.
Saya pilih Tasik Putrajaya, tapi tak ramai yang tahu lanskap tasik ini sebenarnya diinspirasi daripada Lake Como di Italy, dengan perumahan di sekitarnya mengindahkan suasana”.
ezbidin Syukur Alhamdulillah Tun dah sihat. Jaga pemakanan & pastikan rehat yg cukup ya Tun. Semoga Allah terus memberi keberkatan & rezeki yg melimpah ruah. Amin
chik_rose_ Alhamdulillah…saya doa kan semoga Tun sekeluarga di beri kesihatan yg terbaik untuk mneruskan kehidupan di muka bumi Allah ini.we love you Tun…
Situasi ini tidak mendatangkan rasa sakit, cuma jika dibiarkan bimbang berlaku sesuatu yang boleh membawa kemudharat pada kesihatan.
Jika situasi ini berlaku, kita boleh lakukan beberapa perkara seperti disarankan oleh Dr Ezairy M.Sallih, Pakar Bedah, Telinga, Hidung & Tekak, Surgeri Kepala & Leher.
Beliau memberitahu cara terbaik mengatasi masalah ini jika berlaku pada diri seseorang.
Apabila berlaku pendarahan hidung, ini langkah yang perlu dilakukan.
Duduk, tundukkan kepala. Picit hidung daripada luar. Letak ais pada dahi atau muka.
Jangan dongakkan kepala. Ini akan menyebabkan darah mengalir ke belakang dan berisiko masuk ke salur pernafasan dan peparu.
Jom kita betulkan info yang tidak betul. Lakukan langkah tepat ketika kecemasan berlaku.
Dr Ezairy M.Sallih Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak Surgeri Kepala & Leher