Anorexia atau penyakit tak nak makan sebab takut gemuk memang wujud. Dia jenis berperang dengan perasaan sendiri dek kerana tak yakin dengan tubuhnya yang semakin melebar.
Haa… nak tahu lebih jauh tentang penyakit tak nak makan, baca perkongsian Dr. Ahmad Samhan ini.
Penyakit Tak Nak Makan Berkait Dengan Mental
“Doktor, saya perasan kebelakangan ni adik saya umur 15 tahun makin kurus.”
“Bila ajak makan, dia tolak. Kalau nak keluar, mesti berdiri lama depan cermin. Dia suka duduk sorang-sorang dalam bilik.”
Anorexia Nervosa adalah gangguan mental yang mana seseorang tidak mahu makan kerana takut menjadi gemuk.
Golongan itu juga akan merasakan yang dirinya lebih gemuk daripada keadaan sebenarnya, walaupun sebenarnya mempunyai kurang berat badan.
Penghidap penyakit itu akan merasakan yang dirinya tidak cukup kurus.
Kajian Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) mendapati 1% daripada populasi Malaysia mengalami penyakit itu akibat beberapa faktor.
90% pesakit anorexia adalah wanita dan umur permulaan dalam lingkungan 11 tahun.
APA PUNCANYA?
Faktor genetik
Risiko anoreksia meningkat di kalangan orang yang keluarga mereka mengalami penyakit yang sama, obesiti, bulimia nervosa, kemurungan, ketagihan alkohol dan ketagihan dadah.
Faktor umur
Remaja wanita yang menumpukan perhatian yang berlebihan kepada penampilan dan kecantikan diri boleh mengalami penyakit ini.
Keyakinan diri yang rendah
Seseorang yang tidak menyukai diri sendiri, membenci penampilan diri atau suka menetapkan sasaran yang susah untuk dicapai bagi diri untuk merasakan baik tentang diri sendiri.
Tekanan
Tekanan fizikal, psikologi, penderaan seksual atau peristiwa tekanan (kematian seorang sahabat atau saudara, perceraian) boleh menyumbang kepada perkembangan gangguan makan.
Pengaruh social media
Iklan-iklan yang dipaparkan di tv, internet dan media cetak selalunya memaparkan tip-tip bahawa badan yang kurus berkesan lebih baik dari segi penampilan dan kecantikan.
Penyakit-penyakit lain
Seperti “congenital adrenal hyperplasia” dan penyakit lupus boleh menyumbang kepada penyakit anoreksia.
CARA MENGATASINYA?
Melakukan senaman ringan ketika rasa stres.
Akui bahawa diri sendiri sedang menghadapi penyakit anoreksia.
Makan makanan seperti yang dinasihatkan oleh doktor.
Ikuti sesi kaunseling.
✅ Mengambil ubatan antidepresen, antipsikotik, dan penstabil mood seperti yang dinasihatkan oleh doktor
✅ Bersosial.
✅ Sokongan padu dari keluarga.
Jemput panjangkan sebab penyakit anorexia ini jika tidak dirawat boleh membawa maut akibat kegagalan organ.