Bertahun melalui penyakit bipolar, akhirnya Janna Nick berkongsi macam mana dia lawan untuk rasa bahagia dalam kehidupan hariannya.
Pernah dikongsinya suatu ketika dulu, penyakit bipolar ini telah mempengaruhi sebahagian besar kehidupannya, membuatkan dia tidak dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Selepas berjumpa dengan pakar psikiatri dan melakukan pelbagai cara untuk merawat penyakit bipolarnya itu, Janna Nick ada mengongsikan beberapa tip yang dilakukannya untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik dan ceria.
Antaranya adalah, pada setiap pagi Janna Nick akan mulakan harinya dengan senaman. Katanya, sekiranya badan dan emosi tidak berada dalam keadaan stabil, melakukan senaman pagi dapat membantunya untuk mendapat mood yang baik.
“Kalau rasa tak best, moody tak tentu pasal, stress and down, exercise lah sebab it will help you release endorphins and stimulate various brain chemicals. (Natural painkillers and mood elevators).”
Manakala untuk kekal gembira dan kawal emosi walaupun menghidapi masalah kesihatan mental, Janna Nick mendedahkan yang dirinya akan jalani kehidupan yang aktif. Bukan itu sahaja, dia juga pastikan dirinya mengambil makanan yang berkhasiat untuk badan.
Sekadar info, penyakit bipolar melibatkan perubahan mood yang drastik antara tahap euforia (mania) dan tahap kesedihan yang mendalam (depresi).