Tular baru-baru ini apabila dikatakan golongan selebriti dan kenamaan yang melakukan kaedah pembedahan pintasan perut atau bariatric hingga mengubah penampilan lebih cantik.
Namun begitu, adalah kaedah pembedahan ini membahayakan dan bagaimana kesannya pada kesihatan kita.
Melalui posting Public Health Malaysia memberitahu pembedahan pintasan perut ini bukanlah sekadar untuk kurus, sebaliknya satu solusi yang boleh dipertimbang bagi yang mengalami masalah berat badan berlebihan.
Malah kita perlu melihat kesan positif jika melakukannya kerana akan menyebabkan seseorang itu lebih berkeyakinan, memulihkan beberapa peyakit dihadapi seperti diabetes, sakit sendi dan sebagainya.
Adakah anda sudah berusaha untuk mengurangkan berat badan namun masih tidak menemui jalan keluar. Penyakit yang berpunca dari berat badan berlebihan mula hadir dan anda benar benar mahu melakukan perubahan?
Ini mungkin satu solusi yang boleh dipertimbangkan.
Pembedahan Bariatrik atau mengecilkan perut sesuai dijalankan ke atas mereka yang indeks jisim badan (BMI) melebihi 35 dan gagal mendapatkan penurunan badan kekal dan konsisten dengan cara lain.
Pembedahan ini BUKAN sebagai pemebedahan kosmetik ya, fungsi utama pembedahan bariatrik bukan sekadar tampak kurus tetapi lebih kepada pemulihan kesihatan kerana obesiti punca pelbagai penyakit kronik
Apa yang berlaku selepas anda menjalani pembedahan ini?
Selepas pembedahan, pesakit akan berasa cepat kenyang dan kurang selera makan serta menyebabkan sistem tubuh mengambil tenaga daripada lemak pada badan sebagai ganti kepada makanan yang biasa diambil.
Hasilnya, berat badan akan berkurangan. pesakit akan dapat melihat kesan positif seperti pengurangan berat badan yang ketara, tekanan darah menurun, memulihkan pesakit yang mengalami diabetes tahap 2 serta merendahkan kolesterol.
Selain itu, ia dapat memulihkan masalah pernafasan ketika tidur, pedih ulu hati, memperbaiki pergerakan anggota badan malah menghilangkan sakit teruk pada sendi-sendi tulang akibat berat badan yang berlebihan.
Masalah kitaran haid wanita obes yang tidak teratur sehingga mengganggu kesuburan juga dapat diperbaiki.
Dari segi psikologi juga semakin bagus kerana ia meningkatkan keyakinan diri dan pengawalan emosi
Pembedahan pintasan perut telah terbukti mampu mengurangkan berat badan sebanyak 60% dalam tempoh 2 tahun. Bukan sahaja penampilan fizikal akan bertambah baik, kebanyakan penyakit metabolik seperti kencing manis, kolesterol dan darah tinggi berjaya dikawal.
Beberapa selebriti tempatan popular seperti Aishah, Chef Zam, Rahim (sepahtu) , Micheal Ang telah menjalani pembedahan ini dan hasilnya boleh dilihat hari ini.
Artikel Berkaitan:
Lepas 5 Bulan, Pulih Dari ‘Breakout’. Gadis Ini Kongsi Rutin & Produk Drugstore Sembuhkan Wajahnya!