Bukan kanak-kanak sahaja minum susu sebelum tidur, yang dewasa pun mengamalkan cara ini. Nak-nak wanita yang hamil. Itu biasa, yang luar biasa bila golongan suami pun amalkan gaya hidup seperti ini.
Tertanya-tanya juga ada manfaat ke minum susu sebelum tidur? Mungkin untuk mendapatkan tidur yang nyenyak atau manfaat kesihatan lain yang tidak ketahui.
Patutlah Orang Minum Susu Sebelum Tidur, Rugi Tak Buat!
Menurut Dr Zubaidi dalam satu kenyataan di laman Facebook, susu sendiri berasa manis disebabkan kehadiran gula kompleks (bukan gula ringkas) di dalamnya. Jadi para pelajar yang ingin mendapat tenaga setiap pagi, bersarapan dengaan minum air susu sudah cukup memberikan nilai kalori yang banyak.
Ini antara sebab kenapa ramai yang suka minum susu sebelum tidur, ya. Jemput baca.
Kurangkan makan tengah malam
Minum susu sebelum tidur satu cara yang baik untuk mengurangkan rasa lapar di tengah malam. Susu mengandungi karbonhidrat yang merupakan sumber tenaga utama untuk badan.
Ads
Kandungan lemak boleh digunakan sebagai simpanan tenaga, manakala protein memberikan rasa kenyang yang berterusan sepanjang malam.
Badan sentiasa bertenaga
Minum susu sebelum tidur boleh membuatkan badan anda bertenaga sehingga keesokan harinya. Ini kerana kandungan nutrisi susu yang diserap oleh badan anda pada waktu malam akan disimpan untuk kegunaan pada waktu pagi apabila anda bangun tidur.
Kesan ini menjadikan anda lebih bertenaga dengan keadaan fizikal dan mental yang lebih baik.
Ads
Tidur lebih nyenyak
Macam mana minum susu sebelum tidur membantu anda mendapatkan tidur yang nyenyak? Manfaat ini diperoleh daripada dua bahan dalam susu iaitu melatonin dan triptofan.
Hormon melatonin biasanya dikeluarkan oleh otak dan berfungsi untuk mengawal kitaran tidur. Manakala triptofan adalah asid amino yang berperanan dalam pembebasan bahan kimia otak yang dipanggil serotonin.
Ads
Serotonin mengawal mood, menggalakkan kelonggaran badan, dan juga mempengaruhi pengeluaran hormon melatonin dalam kitaran tidur.
Jaga kesihatan tulang dan otot
Bagaimana caranya? Tidur pada waktu malam adalah masa yang baik untuk tubuh memproses nutrien daripada makanan. Semasa proses ini, badan anda membantu membaiki pelbagai tisu, termasuk tulang dan otot.
Susu pula merupakan sumber protein, vitamin D dan kalsium. Jadi, nutrien ini diperlukan untuk memperbaharui tisu tulang dan otot yang rosak selepas melakukan aktiviti.
Nak pilih susu sejuk atau panas?
Tiada penyelidikan yang membandingkan kesan susu panas berbanding susu sejuk sebelum tidur. Namun, minuman suam umumnya mempunyai lebih banyak kesan menenangkan daripada minuman sejuk.
Jadi pilihlah cara yang terbaik dalam pemakanan harian ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
DVT Boleh Jadi Punca Kematian. Rupanya Wanita Sarat Hamil, Alami Masalah Kesihatan Sebelum Meninggal! Wanita yang sedang hamil sebenarnya terdedah dengan pelbagai kemungkinan sepanjang tempoh kehamilan.
Justeru itu, mereka ini diingatkan untuk sentiasa menjaga kesihatan dari awal kehamilan hingga waktu untuk melahirkan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini seperti kematian.
Dalam perkongsian Public Health Malaysia mendedah salah satu wanita hamil yang mengalami masalah Deep Vein Thrombosis (DVT) atau pembekuan darah beku di saluran darah boleh menyebabkan kematian.
DVT merupakan pembentukan darah beku di dalam saluran darah (vena) yang biasanya berlaku di bahagian betis atau peha.
DVT boleh mendatangkan bahaya dan kematian apabila darah beku pecah dan dibawa melalui saluran darah ke paru paru. Situasi ini dikenali sebagai PE (Pulmonary Embolism)
Apakah punca?
– Berusia lebih 60 tahun
– Mempunyai berat badan berlebihan
– Mempunyai urat varikos (saluran darah bengkak di kaki)
– Perjalanan yang jauh lebih daripada 3 jam dengan kapal terbang, kereta atau kereta api
– Sedang hamil atau jika anda telah melahirkan bayi dalam tempoh 6 minggu
– Mengalami dehidrasi
Dapatkan pemeriksaan dan rawatan segera jika ada gejala DVT, alami sesak nafas atau sakit dada.
Baru-baru ini viral kematian mengejut seorang wanita sarat hamil telah mendapat perhatian ramai. Dia yang hamil anak kelima telah pergi bersama bayi yang dikandungnya.
Sebelum dijemput Ilahi, arwah Aizura Zulkifli sempat menulis posting memberitahu situasi dirinya seperti mengalami simptom ‘angin tak lepas’ yang berkaitan dengan pernafasan dan penghadaman.
Nikmat bernafas, nikmat membuang air besar, nikmat kentut. Antara nikmat yang jarang kita syukuri kerana setiap hari dapat melakukannya tanpa masalah.
Bangun pagi sahaja sudah boleh menghirup udara segar. Masuk tandas boleh membuang air seperti biasa.
Sejak semasa membuka buku pink (mendaftarkan kehamilan) tempoh hari, aku sudah terbatuk-batuk kecil. Jururawat ada bertanya masa tu, tetapi aku beritahu sebab muntah lepas gosok gigi, maka tekak tidak selesa. Rupa-rupanya batuk itu bukan sekejap sahaja.
Batuk-batuk ini menyebabkan aku semakin mengah untuk bernafas hinggakan rakan sepejabat beranggapan aku berjogging.
Apabila batuk semakin teruk, apa yang dimakan semua aku muntahkan semula. Semuanya. Aku jadi tidak berselera untuk makan selepas itu. Muntahkan makanan, tidak makan, maka aku tidak membuang air besar
Beberapa hari selepas itu, Selasa 18 OKtober, aku batuk, mengah dan sakit dada sebelah kanan. Kahak pula ada sedikit darah. Aku ke klinik dan doktor berikan ubat batuk herba sahaja. Sarannya jika sakit dada keterlaluan boleh ambil paracetamol. Ubat lain memang tidak sesuai.
Hari Khamis, rasa agak baik dan ada selera makan. Jadi pada paginya makan bihun di pejabat. Tengah hari aku makan limau sejuk, selepas makan limau rasa tidak selesa pada dada kanan. Bukan rasa ketat dada tetapi sakit mencucuk. Aku agak ini angin.
Khamis malam sudah mula rasa tidak larat, beritahu suami tetapi beliau seperti berbelah bahagi untuk balik, ada urusan lagi.
Aku sudah tidak kisah kalau suami tidak balik, aku boleh telefon sahaja ambulans. Anak-anakm Yam dengan Haajar pandai-pandailah jaga diri. Aku tidak boleh berbaring, rasa sangat sakit. Tiada posisi yang selesa dan hanya boleh tidur duduk sahaja. Setiap kali tarik nafas dan batuk akan rasa sangat sakit pada dada.
Sebelum Subuh, suami sampai Johor, sekitar pukul 4.00 petang dadaku sangat sakit, nafas tercungap. Apabila tarik nafas dlam, dirasakan seperti ditikam. Aku buat keputusan untuk ambil ubat paracetamol, maka berkurangan sedikit rasa sakit. Tidak boleh tidur langsung, hanya pejamkan mata menahan sakit.
Pada Jumaat aku sekali lagi ke klinik. Oksigen turun sedikit maka doktor bagi rawatan nebulizer. Aku diberikan ubat sembelit juga kerana sudah seminggu tidak membuang air besar.
Alhamdulillah kini aku sudah boleh bernafas agak baik.Cuma kalau baring masih tidak selesa. Tarik nafas dalam pun ada rasa mencucuk dada, jadi aku bernafas pendek sahaja.
Semua aktiviti melibatkan otot dada dan perut seperti batuk, bersin, muntah, menguap, tarik nafas dalam, semuanya membuatkan aku rasa sakit. Kahak pada waktu pagi masik ada darah pekat. Agaknya aku batuk kuat sangat.
Aku tidak penah hadapi situasi seperti ini. Penyakit refluks asid (gastroesophageal reflux disease – GERD) atau apakah ini, memang tidak pernah.
Aku memang sudah berhenti minum kopi, kurangkan makanan gluten keranan rasa kembung selepas makan. Makanan tinggi histamin memang jarang ambil sepanjang kehamilan kerana aku memang ada isu berkaitan makanan itu.
Doakan aku sihat seperti biasa, gambar aku masa sakit sangat buruk. Aku masih tidak buang air besar, doakan ya. #catatanpregnantdiusia40.
Aizura dalam hantaran lain turut berkongsi degupan jantungnya laju dan rasa hendak pitam. Malah beliau berkongsi sakit pada kaki kanan dan terpaksa berjalan terhincut.
“Sakit kaki kanan dan mula kejang pada betis. Semasa memasak tempoh hari sedikit terpelecok. Urut sendiri, selepas urut esoknya rasa sakit hinggakan tidak boleh berpijak atas lantai. Doktor berikan ubat tahan sakit dan ubat surut bengkak, tetapi tidak makan
“Perasan ada biji pada tapak kaki, siang tadi memang sakit sangat. Kawan kata biji itu angin. Biji angin pada tapak kaki? Bagaimana hendak pecahkan, aduhai seksanya. Kaki kiri pun sudah mula sakit kerana berjalan tidak seimbang.
Takziah untuk keluarga arwah dan semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Siti Nurhaliza yang mengenakan dress merah jambu tampak begitu comel dan menarik persis patung barbie yang menjadi teman paling rapat kanak-kanak perempuan.
Bukan penampilan saja, wajah ibu kepada dua anak ini juga ditata rias cantik dengan solekan ala-ala pink yang kelihatan sangat segar dan comel.
Ramai yang tidak tahu, ada dua jenis tekstur pelembap di pasaran iaitu jenis krim dan gel. Jangan keliru ya, nampak sama tetapi AWAS! Tak semua sesuai digunakan untuk semua kulit.
Sebenarnya, pelembap jenis gel dicipta khas untuk mereka yang mengalami kulit berminyak.
Ini kerana pelembap jenis gel berasaskan dari air biasanya bebas dari sebarang minyak. Formulasi ini sangat baik untuk kulit berminyak kerana sifat gel yang ringan memudahkan daya penyerapan kulit.
Hasilnya kulit kekal terhidrat sepanjang harian tanpa gangguan pembentukan minyak sebum.
Tidak seperti pelembap jenis krim, pelembap gel tidak melekit kerana kaya dengan kandungan air serta hyaluronic acid. Kulit akan terasa lebih segar dan kebarangkalian untuk breakout sangat rendah!
Menurut dari pakar dermatologi, pelembap gel juga sangat baik dipakai ketika musim panas. Ini kerana hasil tekstur matte pada kulit tidak akan menggangu solekan serta dapat mengawal kilatan wajah.
Ini antara senarai pelembap gel terbaik yang Rapi ingin syorkan kepada anda;
Jadi buat anda yang memiliki kulit berminyak, cuba bertukar dengan pelembap gel. Anda akan dapat rasai perubahan kulit dan pengeluaran sebum minyak juga akan sedikit berkurangan.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!