Pakar Kongsi 10 Sumber ‘Real Food’ Boleh Je Cari Di Pasar Raya, Jadi Bekalan Sihat Untuk Anak. Ramai yang masih keliru apa maksud sebenar ‘real food’. ‘Real food’ atau bahasa mudahnya, sumber makanan asli yang kaya dengan mineral dan vitamin dihasilkan secara semula jadi.
Ia bukannya secara ultra proses iaitu makanan yang diproses secara berlebihan termasuklah campuran bahan kimia tambahan.
Contohnya, bagi pemanis asli boleh menggunakan madu, gula kelapa, gula tebu asli sebagai pengganti gula putih. Terdapat pelbagai sumber ‘real food’ di pasar raya yang mudah untuk didapati.
Perkongsian Dr Mazliana Mazlan memberitahu senarai real food yang sesuai diberikan pada anak dan boleh dibeli di pasaraya berhampiran.
“Ini tak sesuai, itu kena elakkan, jadi apa je anak boleh makan?”
Selalu tau saya dapat soalan macam ni. Jom harini kita tengok. Saya kumpul terus semua gambar kat sini.
Pilihan real food untuk anak di pasaraya terlalu banyak sebenarnya. Cuma kita je, mungkin jarang pergi ke bahagian macam ni.
Kita tour pasaraya secara virtual bersama jom. Cari bahagian yang sepatutnya kita pergi.
Sebab semuanya start dengan barang apa yang kita beli bawak balik ke rumah.
Barang baik dan segar kita beli, itu yang anak makan. Barang kurang baik dan tinggi proses kita beli, itu yang anak makan.
Yang sebenarnya, kita yang pilih nak beli barang baik atau kurang baik tu kan.
Semua real food dalam gambar ni, kita boleh olah jadi makanan pagi, tengahari, malam, dan snek anak.
Makan terus macam tu je pun boleh, atau nak masak pun boleh. Mana-mana yang memudahkan.
Kalau perlu beli makanan di luar sekalipun atas sebab kekangan kerja, cuba cari makanan yang tetap dibuat dari real food.
1. Sayur dan buah
– Snek paling mudah untuk anak kan.
2. Daging ayam, lembu dan seafood
3. Telur
– Breakfast paling mudah rebus dan terus makan.
4. Produk tenusu
– Cari produk tenusu tanpa perasa dan perisa, susu kambing lebih baik.
5. Nasi
– Nasi memang kenyangkan anak berbanding roti tinggi proses dengan perisa tambahan.
6. Kekacang dan bijirin
– Ajar anak makan bubur kacang hijau tinggi nutrisi berbanding cereal cepat tanpa khasiat.
7. Herba dan rempah ratus
– Ramuan asli semua ni, kuatkan imuniti anak.
8. Lemak baik
– Minyak sapi, minyak kelapa, pure butter antara pilijan yang baik.
9. Pemanis asli
10. Air putih atau air mineral
– Cukup je ajar air ni untuk jadi favourite anak-anak.
Kita cuba sama-sama ya, cari alternatif yang lebih baik buat anak dan keluarga. Pilihan sentiasa ada, cuma kita yang perlu cari.
Mazliana Mazlan
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Follow saya di sini jugak k.
instagram.com/mazliana.mazlan
t.me/sembangsihat