‘No Sugar’ & Tiada Pewarna Tiruan. Doktor Kongsi Tip Pilih Vitamin C Sesuai Untuk Anak!

Share

Selain mengambil suntikan vaksin sebagai salah satu cara menjaga kesihatan diri disebabkan pandemik Covid-19, kita juga sangat digalakkan untuk mengambil suplemen.

Bukan saja orang dewasa tetapi kanak-kanak juga antara golongan yang perlu dilindungi untuk mencegah dan mengelak terkena serangan virus ini.

Antara vitamin paling sesuai diambil adalah Vitamin C. Namun begitu, sebelum membeli Vitamin C kita sebagai ibu bapa perlu kenal pasti vitamin bagaimana perlu dipilih.

Perkongsian Doktor Wan Asmara di laman Tiktok @DrWanAsmara memberitahu cara betul pilih vitamin untuk kanak-kanak.

Pastikan No Sugar

Menurutnya jika mahu membeli Vitamin C pertama sekali perlu pastikan no sugar atau memang betul-betul free sugar.

Jangan tertipu kerana ada kalanya pembuat vitamin akan tulis dalam perkataan lain seperti Sucrose, Multodextrin, Aspartame dan macam-macam lagi yang membawa maksud ia adalah gula.

Kandungan gula ini sangat  tidak bagus diambil yang boleh menyebabkan budak jika makan menjadi lebih nakal.

Elakkan Ambil Yang Ada Pewarna Tiruan

Selain itu, jangan ambil Vitamin C yang ada kandungan pewarna tiruan. Walaupun ditulis di situ oren, sebenarnya bukan daripada buah oren tetapi pewarna Tartrazine atau guna kod tertentu digunakan.

Kalau ada kandungan ini sebenarnya tidak bagus ini kerana jika budak berusia bawah 12 tahun makan (yang mengandungi Tartrazine), akan jadi lebih nakal walaupun sudah makan vitamin.

Jadi sebagai ibu bapa, pastikan jika mahu membeli Vitamin C pastikan tidak ada benda ini dan juga kalau boleh jangan ada kandungan gluten.

 

@drwanasmaraAMARAN! Jangan sembarangan beli Vitamin-C!!♬ bunyi asal – DrWanAsmara

Artikel Lain:

Selain Aktif Berlari, Amal Minum Air Lepas Bangun Tidur. Rahsia Vanidah Imran Kekal Fit Lewat Usia 40an!

Start Diet Bila Penyakit Datang Menyerang. 5 Bulan Berjaya Lenyapkan 25Kg Dari Berat Asal!

Bahaya ‘Hot Dog’ Boleh Bunuh Kanak-Kanak Dalam Beberapa Saat. Juga Boleh Jadi Sebab Kanser Usus!

 

Published by
Siti Zurina Mat Saman