Nampak ‘Bersih’ Tapi Roti Dah Berkulat, Jangan Makan Elak Keracunan Makanan

Share

Roti antara hidangan simple yang wajib ada di setiap rumah. Boleh dimakan dengan apa saja sebagai sajian alternatif kepada nasi.

Namun ada kalanya roti yang ada sudah tamat tarikh luput dan menyebabkan ada beberapa bahagian berkulat.

Dan tanpa kita sedari, turut makan roti berkulat ini tanpa memikirkan kesan bahayanya.

Walaupun bahagian lain nampak bersih tanpa kulat, sebenarnya keseluruhan roti berkenaan adalah tidak bersih.

Seperti perkongsian laman sosial Facebook Public Health Malaysia berhubung perkara ini.

Jangan Sesekali Makan Bahagian ‘Bersih’ pada Roti Berkulat

Sebenarnya tidak pernah wujud bahagian ‘bersih’ pada roti yang berkulat.

Ini adalah kerana kulat adalah sejenis fungus seperti cendawan. seperti cendawan ianya mempunyai akar yang tersembunyi dikenali sebagai ‘hyphae’. Ianya merbahaya buat manusia.

Hyphae ini membentuk rangkaian akar di dalam roti, maka bahagian ‘bersih’ dalam roti pastinya tidak selamat!

Anda boleh mengalami keracunan makanan kerana memakan roti yang telah berkulat. Pastikan cek tarikh luput roti sebelum membeli dan walaupun belum tarikh luput, pastikan roti anda tidak berkulat.

Kredit: BKKM Labuan

Artikel Berkaitan:

Berjaya Hilangkan 21 Kg Dalam Masa 3 Bulan, Gadis Ini Kongsi 20 Menu Ringkas Diet Suku-Suku Separuh

Punca Berkaki Ayam Kaki Jadi Gatal & Bengkak, Wanita Kongsi Pengalaman Kaki Dimasuki Cacing!

Digelar Buah Eksotik, Buah Naga Paling Baik Diambil Untuk Bantu Penghadaman & Penghidap Diabetes

IKLAN