Nak Diet, Menu Kena Menarik. Ini 5 Resepi Untuk Bawa Bekal Ke Tempat Kerja

Share

Ada yang nak diet tetapi tak tahu macam mana nak mula. Malah bila dah buat, risau cepat bosan dan akhirnya sekerat jalan. Ini sebenarnya cara yang salah.

Jom baca tip Puan Noor Mila Hamid, pernah tak dengar ada antara kenalan kita bila kita tanya ‘Tak makan ke?’ Dan dia jawab “DIET”.

Nak Diet, Menu Kena Menarik!

Kena betulkan ya, diet bukannya tak makan, buat apa nak tahan diri berlapar dengan tak makan.

Dalam mengamalkankan diet pun boleh makan makanan yang sedap dengan pemakanan yang sihat.

Tak semestinya hari-hari roti atau hari-hari makan telur rebus, masuk 3 hari berdiet makan roti dan telur sahaja, kita akan boring dan jemu.

Jadi, kita kena pelbagaikan menu diet, kenalpasti cara masak yang sesuai supaya kita tak rasa bosan dan dapat enjoy makanan diet kita dan diet kita pun boleh berterusan dalam tempoh jangka masa yang panjang.

Turun lemak atau turun berat badan, mana lebih penting?

Turun lemak = FAT LOST lebih penting dari turun berat badan. Sebabnya, apabila turun percent lemak, keberangkalian nak naik semula agak lambat.

Lebih banyak otot kita ada, lebih tinggi kadar pembakatan lemak dan badan kelihatan lebih slim. Sebab tu bila ada 2 orang berbeza, seorang mengamalkan diet untuk turun berat dan seorang lagi mengamalkan diet untuk turun lemak, kita boleh nampak berat sama tapi bentuk badan yang berbeza.

 

1. Resepi Oglio Olio

Bahan:

– Spegetti yang direbus
– Isi ayam yang dicincang
– Sotong direbus terlebih dahulu
– Kiub ayam
– Sedikit serbuk lada hitam
– Sedikit cili flakes
– Sedikit garam
– Daun ketumbar dicincang
– Bawang putih
– Sedikit minyak untuk menumis

Cara masak:

– Panaskan minyak, tumis bawang putih
– Masukkan isi ayam yang dicincang, kemudian masukkan sotong..
– Masukkan spegtti
– Perasakan dengan garam, kiub ayam, serbuk lada hitam, dan daun ketumbar.

2. Resepi Ayam Grill Lada Hitam

Bahan:

– Ayam yang dipotong dan dibuang kulit
– Sos tiram
– Lada hitam ditumbuk kasar
– Halia ditumbuk halus
– Bawang putih ditumbuk halus
– Sedikit garam

Cara masak :

– Perap ayam dengan semua bahan sekurangnya 30 minit
– Grill didalam oven selama 40 minit (saya suka letak dalam aluminium foil supaya ayam lembab dan tak kering)

3. Resepi Kubis Roll

Bahan:

-Kubis panjang dicelur untuk dijadikan kulit
– Isi ayam yg dicincang
– Bawang holand yang dicincang
– Karet yang disagat halus
– Sedikit garam
– Serbuk lada hitam

Cara masak:

– Satukan semua bahan kecuali kubis untuk dijadikan inti.
– Letakkan bahan inti pada kubis dan gulung.
– Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.

4. Resepi Pad Kra Pao

Bahan:

– Isi ayam yang dicincang
– 2-3 ulas bawang putih dicingcang
– Cili api dipotong
– 2-3 sudu sos tiram
– 2-3 sudu sos cili
– 2-3 sudu kicap
– sedikit lada putih
– Segenggam daun selasih
– 1/4 sudu teh gula
– sedikit minyak untuk menumis

Cara masak:

– Tumis bawang putih, masukkan isi ayam..
– Masukkan semua sos, lada putih dan gula
– Agak masak isi ayam, masukkan daun selasih dan cili api.. tutup api.

5. Resepi Kebab Daging

Bahan:

– Daging yang dicincang
– Roti pita
– Timun yang dipotong dadu
– Karet dipotong dadu
– Bawang holand yang dipotong dadu
– Lada putih
– Sos cili
– 1/2 sudu serbuk kari
– Mayonis untuk disapukan sedikit dalam roti pita
– Daun salad
– Sedikit air
– Sedikit garam

Cara masak:

– Panaskan Kuali non stick. Masukkan daging cincang tadi, biar sampai air daging kering.
– Kemudian masukkan rempah daging dan sedikit air.. masukkan timun, karet dan bawang holand.
– Masukkan lada putih dan garam.. masak sampai kering.
– Masukkan salada dalam roti pita yang telah disapu mayonis. Kemudian masukkan daging yang siap dimasak tadi.

Hah, mudah dan menarik semua menu ini, bukan? Nampak lah warna warni dalam penyediaan makanan, barulah selera nak telan. Nanti cuba ya!

Published by
Nadia