MySejahtera Tak Lagi Bertukar Kuning Kalau Jadi Kontak Rapat Kes Positif. Ini 5 Info Perlu Tahu & Faham Maksud TRISS!

Share

Jika sebelum ini setiap kali kita mendaftar masuk ke mana-mana premis, pasti aplikasi MySejahtera akan kesan anda sebagai kontak kasual jika sekiranya terdapat kes positif.

Justeru paparan sebagai Kontak Kasual berwarna kuning akan terpampang secara rasmi di aplikasi berkenaan.

Situasi ini memberi sedikit masalah jika ada antara premis tidak membenarkan anda masuk untuk makan atau membeli barangan.

Bagaimanapun ia tidak lagi akan berlaku pada masa akan datang. Berikut pembaharuan yang dilakukan dan langkah yang perlu diambil apabila disahkan menjadi Kontak Kasual.

1- Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan melalui Twitter tiada lagi perubahan status kepada kontak kasual berwarna kuning pada MySejahtera.

2-“ Sebelum ini apabila MySejahtera Trace/Check-in mengesan anda sebagai Kontak Kasual kes positif, status di MySejahtera akan bertukar kepada Kontak Kasual (kuning).

3- “Kini tiada lagi perubahan status. Tetapi anda akan menerima notifikasi,” ciapnya.

4- Khairy menasihatkan kontak kasual yang bergejala perlu bertindak mengasingkan diri dan melakukan ujian kendiri.

5- Di samping itu, beliau turut menyarankan lima langkah Penilaian Kendiri Covid-19 iaitu TRIIS.

 

TRIIS

1. TEST
Segera lakukan ujian saringan Covid-19 secara kendiri sekiranya mengalami simptom-simptom jangkitan seperti selesema, demam batuk dan lain-lain.

2. REPORT
Laporkan keputusan saringan secepat mungkin di aplikasi MySejahtera.

3. ISOLATE
Lakukan kuarantin atau pengasingan kendiri dengan segera dengan penuh disiplin sekiranya didapati positif. Patuhi perintah Pemerhatian di Rumah (Home Surveillance Order-HSO) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

4. INFORM
Segera maklumkan kepada kontak rapat sekiranya keputusan pengesanan Covid-19 positif. Memaklumkan kepada pihak berwajib atau Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) berhampiran sekiranya situasi kesihatan diri semakin merosot semasa menjalani kuarantin kendiri di rumah.

5. SEEK
Dapatkan rawatan segera di pusat-pusat perubatan atau CAC berhampiran sekiranya mengalami gejala berat seperti kesukaran bernafas dan suhu badan terlalu tinggi.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan mengumumkan pemansuhan prosedur pengasingan bagi kontak rapat.

Kontak rapat kepada kes Covid-19 yang tidak bergejala, dalam kumpulan berumur 18 tahun dan ke atas serta telah menerima dos penggalak, mereka tidak perlu menjalani Perintah Pemantauan dan Pemerhatian di Rumah (HSO). Protokol berkenaan berkuat kuasa pada 1 Mac 2022.

Setakat 28 Februari, 281,714 atau 96 peratus kes aktif menjalani kuarantin di rumah.

Sumber: Sinar Plus & Twitter KJ

Published by
Siti Zurina Mat Saman